Solat Time

Friday, March 11, 2011

Pemberitahuan!!!

Assalamualaikum..

Terkini...!

Berat hati aku maklumkan bahawa ayahnya sdr Ahmad Suzaini masih berada di dalam keadaan koma. Cumanya, setelah didialisis, menunjukkan sedikit kesan positif. Tetapi masih belum sedar. Ada isu lain pula yang timbul; saluran darah aka uratnya semakin mengecil. Boleh jadi kesan daripada ubat yang telah diberikan oleh para doktor yang bertungkus-lumus menangani situasi ayah sahabat kita.

Dan juga berita perihal ayahnda kepada sahabat kita yang sorang lagi, sdr Saiful Yusrin. Hasil laporan  yang disahkan oleh doktor, ayahnya mengidap kanser limfoma yakni kelenjar. Kesihatan beliau terjejas dek kerana serangan kanser tersebut.

Sama-samalah kita berdoa semoga ayahnda dan bonda kita serta seluruh ahli keluarga diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan. Moga dengan ujian, mehnah serta tribulasi kehidupan merapatkan lagi hubungan sesama manusia dan Sang Pencipta. Di mana ada kesusahan dan ujian, di situ jua ada tersembunyi hikmah dan barakah Allah Azza wa Jalla.

Harapan semoga yang telah, sedang dan akan diuji dengan ujian yang ringan mahupun berat, berlapang dada dan bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Posting asal:

Jumaat datang dan Jumaat pergi. Kita yang masih bernyawa ini, perlu mengisi tabungan ukhrawi dengan zikir, ibadah dan muhasabah diri. Selamat kembali Jumaat yang diberkati. Moga kita ketemu lagi. 

Pemberitahuan buat sahabat-sahabat semua. Semalam aku terima mesej ringkas daripada sdr kita Ahmad Suzaini. Ayahnya sekarang di peringkat yang kritikal. Terlantar di ICU tidak sedarkan diri. akibat daripada keracunan darah kerana kegagalan buah pinggang. 

Kepada sahabat-sahabat yang berada di Bandaraya Ipoh dan sekitarnya, bolehlah menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya (nombor dia tak kasi aku siarkan di blog ni). Cik Ahmad memohon maaf kerana semalam dia tak menjawab panggilan kerana sibuk dengan urusan yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Dia juga mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi menghantar mesej. Pembakar dan menguatkan semangat katanya. 

Maklumat terkini yang aku dapat sehingga pagi tadi, ayahnya masih lagi berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wad 7D, Hospital Besar Ipoh. Mengikut kata doktor yang merawat, harapan ayahnya cik Ahmad yakni Pakcik Hashim ialah 50-50. Sekarang, menggunakan mesin sokongan hayat dan masih koma. 

Dan juga untuk pengetahuan kalian, bonda cik Ahmad sekarang ini terlantar sakit di rumahnya di Kg Dato Ahmad Said Tambahan II, Manjoi, Ipoh. Tak boleh bercakap, tidak boleh menyelenggara dirinya sendiri. Buat masa terdekat ni, sdr Ahmad dan isterinyalah yang membantu mengelola dan menguruskan urusan harian. Sesungguhnya berat hati aku bila menulis posting ni bila memikirkan situasi yang menimpa sdr Timb. Presiden kita. 

Aku harap sesangat kawan-kawan yang ada kesempatan untuk meluangkan masa sama ada menelefon / SMS atau lagi cantiknya pergi ziarah sahabat kita yang sekarang ini amat-amat memerlukan sokongan moral daripada sahabat-sahabat semua.

Marilah kita semua berdoa dan memohon semoga Allah SWT memberikan yang terbaik buat keluarga sdr Ahmad Suzaini dan supaya cik Ahmad sekeluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Ilahi. Amin..!

2 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam...
buat mat jeni moga tabah n sabar hadapi dugaan allah ni...

aku n kengkawan doakan moga ibu n ayah mat jeni sehat walafiat...apa pun ketetapan allah kena terima dgn hati terbuka kerana allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya..

salam.

abuhusnie said...

Salam,

Mat! aku sekeluarga doakan mak dan ayah hang sihat walafiat...banyakkan bersabar Mat...

Wassalam.