Solat Time

Monday, March 28, 2011

Berita semasa

Assalamualaikum..

Maklumat terkini:

  1. Ayah sdr. Ahmad Suzaini sudah stabil dan dalam keadaan separa sedar. Insyaallah dalam minggu ni, kalau tubuhnya semakin kaut, doktor akan menebuk lubang di bahagian tekak untuk melancarkan laluan udara dan membuang kahak serta lendir yang berada di dalam saluran pernafasan. Manakala bondanya masih lagi tidak sihat seperti biasa. 
  2. Ayah sdr. Saiful Yusrin juga semakin sihat. Selepas menerima rawatan dan membuang kanser limfoma di bahagian tengkuk, keadaannya semakin memberangsangkan. Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh.
  3. Sdr. kita al-Fadhil Ustaz Fariz Jalaluddin, sedang sibuk berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan besar. Rumah baru sdr kita tu terletak di dalam Taman Matang Utama, Jalan Kuala Sepetang. Moga Allah SWT memberikan lebih kebahagiaan dan dimurahkan lagi rezekinya. Tahniah dan selamat menduduki rumah baru.
  4. Tahniah juga buat para guru yang bersusah-payah mendidik anak-anak murid sehingga berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Tak lupa juga kepada para guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah. Kalau bukan kerana jasa para guru peringkat sekolah rendah yang mendidik perkara asas, nescaya tiadalah pelajar peringkat menengah yang cemerlang. 
Walaupun tsunami dan gempa bumi yang datang melanda, kita tetap dengan kesibukan tugasan harian kita. Laksanakan tugasan kita dengan penuh amanah, berhemah, ikhlas dan yang pentingnya; lillahi Taala. Bukan sebab gaji aa..!

4 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

hamdanlillah kita doakan abah mat n yusrin sehat walafiat n panjang umo...
tahniah gak buat alfadhil sheh alfariz krn dapat dok umah baru...boleh dipertimbangkan sbg lokasi utk next kambination.

abuhusnie said...

Alhamdulillah, semoga ayahanda Mat dan Yusrin sihat walafiat...
Teman dah pindah ke rumah baru, tak le beso sesgt macam rumah abuateif...tapi kalo nak dijadikan lokasi utk kambination...boleh la kalo semue setuju....

marn said...

Yang terbaik gitu... alhamdulillah.. dah ada dua pot yang cun untuk buat kambination.

Ya Ba Husni.. bila nak panggey buat kambination sempena house warmin'? Teman menunggu ja jemputan nih.. Muahahahahah..

Rasanya, dah lama x buat kambination nih.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

sesungguhnya sesiapa diantara kita yang pernah pergi ke istana gbox kat lekir tu nescaya akan terpegun dan akan mengatakan semua rumah2 di alam yang fana ini kecil sesangat klu nak di bandingkan ngan umah gbox...
memang sesuai utk buat kambination bulan posa ni hehehe..

abu husni...kecil tapi penuh barakah lebih baik dari besar yang tiada apa2 didalamnya kecuali kotak baraka