Assalamualaikum..
Seperti mana maraknya api membakar ranting dan dedaunan kering. Begitulah rakusnya nafsu sekira dibiarkan tanpa diubati. Dunia hari ini lebih mementingkan jasmani daripada rohani. Kita bersantap santapan seperti madghut, briyani, Milo ais dan lain-lain setiap hari. Demi kelangsungan hidup dan tenaga diri, kita makan. Tetapi kita kurang memberikan diri kita santapan rohani.
Semua sedia maklum bahawa rohani kita memerlukan santapan yang secukupnya. Yakni amal ibadah, sedekah, berakhlak mulia dan menentang kezaliman. Definisinya cukup luas. Cuma yang aku nak sentuh di sini ialah bersedekah. Berapakah daripada gaji bulanan yang kita dapat yang diperuntukkan untuk bersedekah? Baru-baru ni aku berbicara dengan seorang kontraktor berbangsa cina. Namanya Alex. Dia seorang penganut Buddha. Dia selalu bertanyakan tentang Islam dari pelbagai perspektif. Katanya minta pencerahan dan pemahaman.
Dia kagum dengan muslim yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Katanya: "Saya tengok orang Islam bila ditimpa bencana dan kesusahan, masih mampu tersenyum. Kenapa ya?" Dengan ilmu yang sekelumit cuma, aku menjawab: "Kerana seorang muslim itu dididik untuk bersabar dan berlapang dada dengan segala mehnah dan tribulasi kehidupan. Islam mengajar umatnya supaya sabar dan redha. Tiada jalan singkat untuk kecapi kesenangan. Sedangkan Rasulullah SAW pun diberikan ujian yang berat-berat walaupun baginda kekasih Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan cacat-cela."
"Kenapa Allah uji orang Islam dengan ujian? Bukankah lebih baik jika diberikan kesenangan semasa hidup demi membuktikan bahawa muslim itu adalah yang terpilih di sisi Allah? soalnya lagi. Aku jawab: "Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Awak nak senang sementara atau selama-lamanya? Sudah tentulah nak yang selama-lamanya kan? Kehidupan itu tidak terhenti dengan kematian. Bahkan kematian itu tanda permulaan yang baru.
Kehidupan baru di alam roh itu tidak seperti mana yang kamu paham seperti kelahiran semula. Di alam itulah segala-galanya. Bak kata Maximus Decimus Meridus di dalam kisah Gladiator: "What you do in life echoes in eternity". Susah di dunia tidak bermakna kita susah di akhirat. Dengan kita berlapang dada dan sabar dengan ujian yang datang, Allah akan beri ganjaran di akhirat kelak kerana redha dengan ujianNya. Allah juga tidak perlukan bukti yang menunjukkan Dia Maha Hebat. Kita manusia lah yang perlukan bukti untuk percaya kepada sesuatu perkara. Bukti bukan sekadar dengan melihat. Seperti aroma kentut. Wujud tanda adanya kentut melalui deria bau. Boleh kita tunjukkan rupa bentuk kentut tu? Of course lah tak boleh. Tapi kita tau ada seseorang yang melepaskan gas berbau durjana yang berdekatan dengan kita." Alex tersenyum mendengar jawapan aku. Aku harap dia paham maksud jawapan aku tu. Mohon Allah SWT memberikan hidayah kepadanya.

Alex bercerita perihal abangnya yang kuat berpegang kepada agama Kristian. Setiap bulan akan diperuntukkan sebanyak 10% daripada hasil pendapatannya kepada gereja. Dan ramai di kalangan rakan-rakan abangnya berbuat demikian. Membuatkan gereja mereka punyai dana yang cukup besar untuk kerja-kerja dakyah. Gereja mampu memberi makanan, tempat berteduh dan bantuan percuma kepada orang susah dan miskin. Terpukul aku dengan cerita tersebut. Terpukul kerana Islam itu hebat, tetapi sebagai seorang muslim yang percaya bahawa Islam adalah satu-satunya agama di sisi Allah SWT tidak mampu berbuat seperti abangnya Alex.
Justeru, aku berjanji dengan diriku sendiri untuk memperuntukkan sebahagian daripada perolehan yang aku dapat setiap bulan, didermakan kepada mereka yang berhajat. Aku mengajak semua sahabat untuk sama-sama berfikir dan merenung sejenak, apakah sumbangan kita kepada agama? Mampu dan mahukah kita berkongsi rezeki yang diberikan kepada kita bersama orang lain?
Jom kita banyak-banyakkan bersedekah selain daripada senyuman (ni dikira juga sebagai sedekah). Sila lawati http://darulmulkan.blogspot.com sekiranya tuan/puan punyai lebihan untuk bersedekah.