Pages

Solat Time

Thursday, February 24, 2011

Musim & Pilihanraya

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang sahabat-sahabat lakukan. terima kasih kerana masih sudi menjengok blog ini yang makin lama makin nak sirna sinarnya. Makin kurang kemaskini, dan makin kurang pengunjung. Al-maklumlah, sekarang dah banyak medium sebagai pengganti blog ni. Antaranya, Twitter, Facebook, MySpace dan lain-lain. Mungkin ramai sahabat yang lebih suka menggunakan medium selain blog ini sebagai penghubung antara satu sama lain. Walau apapun jua, aku ucapkan tahniah kerana masih berhubung sesama kita. Ada dua musim skang ni. Satu, musim batuk. Satu lagi musim pilihanraya. 

Satu:
Musim batuk, ramai yang terkan batuk. Aku bernasib baik sebab tak kena batuk. Tapi anak2 tersayang dah terkena. Abih ratusan jugak untuk bli ubat2an. Masa ni sapa yang ada klinik, memang bikin untung. Cuaca yang tak menentu adalah faktor utama penyumbang kepada gejala ni. Banyakkan minum air kosong yang dimasak ataupun air mineral. Kurangkan pengambilan masakan yang berminyak dan kurangkan aktiviti luar. 
Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk. Aku copy-paste dari blog sapa ntah.

  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


Petua aku pulak, ambik daun cekor mang dua tiga helai, lepas tu basuh, selawat (selawat syifa') terus kunyah kasi hancur dan telan. Insyaallah, mujarab. sebab aku dok amal. Alhamdulillah, so far berkesan yob.
ni le rupe pokok dan daun cekor.

Dua:
Musim pilihanraya. PRK mendatang ada dua. Satu di Merlimau, Melaka dan yang kedua di Kerdau, Pahang. Aku takmau sentuh yang tu sebab memang dah tau sapa yang menang. Belum pun mula tempoh berkempen, BN dah mula kempen. Memang busuk perut depa tu. Tak boleh buat apa dah. Kita pakat-pakat doa minta kita dan depa diberikan hidayah Ilahi supaya diberikan cahaya dan petunjuk kebenaran. Moga Allah memberikan kesabaran yang ampuh kepada para pejuang kebenaran. Hat yang dok atas pagar ni, resmi lalang. Tak boleh pakai. Ikut arah angin bertiup ja. Puak-puak ni banyak komen, tapi tak buat kerja. Cakap ja pandai. Kerja malas nak buat. Ni pandangan aku. Hang pa tak setuju, tu hak demokrasi hangpa.

Yang aku nak sentuh hari ni, perihal pilihanraya kampus yang baru selesai. Tu pun Universiti Perlis tak selesai lagi. Boleh kata ProAspirasi (ni penyokong kerajaan BN) banyak pegang kerusi di rata-rata universiti di Malaysia nih. Tu pun setelah mendapat sokongan padu pihak universiti berserta tipu helah yang nyata.


Yang terbaru, kes di UPM. Sampai pecah-pecah kaca dan ada yang tercedera. Kesnya, 10 calon ProMahasiswa (ni kita kata pembangkang) dibatalkan kemenangan. Kecoh beb! Sampai gaduh-gaduh. Kes bermula bilamana timbalan Naib Canselor UPM Prof Dr Fauzi Ramlan membatalkan kemenangan 10 calon yang menang. Budak-budak tu tak puas hati walaupun selepas perjumpaan diadakan dan pihak Universiti memberikan balik kemenangan pada mereka. Depa nak Prof berayun mangkuk 14 tingkat tu mintak maap secara terbuka. Pembatalan kemenangan dibuat atas alasan ada terima bantahan daripada pihak ProAspirasi. Antara lainnya ialah atas alasan berkempen secara berkumpulan. What the fish??? Atas alasan tu ja?
Ni la 'dia'nya
Aku dah malu dengan kualiti prof yang ada di Malaysia ni. Depa nak mengajaq ka depa nak berpolitik? Kalau nak berpolitik, masuk dan pilih mana-mana platform la bhai. Apa cer? Dengan budak-budak pun hang nak tindaih? Perut busuk sungguh la. Ka dia rasa BN ni yang bagi rezeki kat dia? Nampak sangat jenih tak reti nak pi surau dan mengaji ikut kuliah agama. Tu yang 'tak reti' tuh. Orang cakap jahil, marah. Tapi kalau 'tak reti', takpa. Muahahahahaha..

Apa-apa pun, selamat dalam menempuh cabaran yang mendatang. Selamat berjuang duhai para pejuang kebenaran. Doaku bersama kalian.


5 comments:

cikgu cabuk said...

mcmana tak jd lagu tu..sistem pendidikan diperingkat rendah pun dh caca marba,saps-sapa yg ngajor sklh rendah dia tau la...dasar bertukar-tukar,kejap-kejap KBSR,pastu sistem periksa nk dihapuskan(akai ada ka?),pastu mate sains dlm bahasa ing(ni lagi lawak),yg terbaru ni plk KSSR,tu tak msuk lg bidang pentadbiran di peringkat kementerian,lg la huru hara,sat-sat x pyh bayaq yuran,sat-sat plk kena bayaq,pastu nk bg org x marah sgt tukaq plk istilah yuran kpd SUWA la dan tah hapa-hapa lg lah..nasib baik la org malaysia ni bangang-bangang belaka especially melayu yg blh ditipu dan redha utk ditipu,klu x dh lama dh jd mcm kat mesir tu.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

TNC UPM yang mangkok hayon ni mmg bengong...namanya doktot nak bodek rosmah punya pasal sanggup pedajai student..
tolong sebarkan gambo bengong ni lekat kat tiang letrik n tandas2 awam supaya orang kenal...jumpa baling selipar or terompah kat kepala dia

demonstrator tegar said...

bila la nk jd mcm mesir ni,x sabo nk tggu.

marn said...

muahahahaha.. marah bunyinya komen2 yang aku dapat.

soalan: sediakah kita menukarkan kerajaan? ce mengkome bagi senarai kabinet bayangan. Cadangkan le. Sape yang patut jadi menteri pelajaran. Calon2 Kabinet Bayangan tu tolak terus kroni BN.

Setakat komen, budak kecik pun bleh komen bhai. Ce bagi alternatif selain komen. Setakat nak demonstrasi, tak jadi bhai.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

tuko jer KERAjaan sekarang ni...dah tak laghat nungguner yop...kat pangkor nanti kita bincang kabinet banyangan...pangkor?jadi ka ni...lama dah merindui loban panggang ni