Pages

Solat Time

Wednesday, August 25, 2010

Mari la pergi berbuka bersama Bu Atief

Assalamualaikum..

Besar hati bilamana ada cadangan dan pelawaan untuk berbuka puasa di rumah kawan. Besar lagi hati kawan yang menjemput. Ha.. tunggu apa lagi? Jom kita pakat-pakat pi kutip pahala sorang sikit dan bagi meriah!!! Tapi... Bila? Kat mana? Lauk apa? Teruskan bacaan anda.
  • Bila? : 4 September bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Kat mana? : No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Pukui brapa? : Time bukak posa la bang oi..!
  • Makan apa? : Kambing dan pelbagai juadah bukak posa la ya akhi..!
  • Apa lagi? : Solat Maghrib sama Isyak siap tarawikh oleh sdr. Sohibul Samahah (bakal mufti kita la).
  • Sapa dia? : Ish! budak nih.. banyak tanya aih! Dok tanya-tanya ni, hang nak jadi imam ka?
  • Ok.. ok.. lagi?: Ha, jangan mai tangan kosong. Bawak la sorang sikit juadah untuk berbuka. Kan ka maneh di sisi pandangan masyarakat timur.
  • Sapa yang boleh mai?: Sapa yang hang nak bawak mai? Anak bini cukup la. Mak ayah kalau nak join skali pun, no hal. Tapi tok ketua, tekong marhaban, makcik Lijah tepi rumah, ketua kompang sama tok siak toksah la hangpa gatai2 nak ajak. Kang tak jadi la kita nak buat parti liar bersama kamben di perdupaan.
  • Tema? : Tema apa lagi? Aku tema hidung tu karang! Bukak posa pun nak tema-tema? Okla, temanya: Tubna ilallah, wa raja'na ilallah, wa nadimna 'ala maa fa'alna. Bulih???
Sekali lagi, terima kasihlah buat Bu Atief sebab sudi nak jadi tuan rumah lagi sekali tahun ni. Baik hati punya pasai, kawan-kawan nanti pi bawak la duit lebih sikit, Bu Atief tu orang menega. menega Habbatul Baraka. Boleh la tolong dia cari duit raya. Dia ada anak bini. Tolong eh..?!

Satu lagi, yang aku mintak kawan-kawan bawak mai sorang sikit juadah bukan apa, ni aku kongsi bersama fadhilat bulan Ramadhan ni. Macam dalam hadis ni: Daripada Anas telah berkata: Telah ditanya wahai Rasulullah, apakah sedekah yang lebih afdhal? Sabda nabi SAW yang bermaksud: Sedekah pada bulan Ramadhan- Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn Jauzi dan Al-Baghawi.

Dan lagi satu: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Baihaqi. Paham? Tak paham? Kena paham la.

11 comments:

marn said...

Ha, sapa dia yang nak pi ni? Aku insyaallah. Geng kl stakat yang aku tau; Marty Mart, Sepultura Asr, aku. Jamil kompem tak join sebab bini enitaim ja nak deliver 3rd baby.

Muahahahahaha.. Nak naik pangkat dah mamat tu. Aku ja yang dok Lans Koperal cabok lagi. Tak bleh jadi nih. Kena azam dan latih tubih selalu la kalau macam nih. Eh.. ni crita nak bukak posa la yob!!! Yang hang dok crita pasai pangkat cabok sama anak ramai tu buat menatang apa?! Nyanyok? Ka sebab tak bersoq pagi tadi? - pun ya jugak. Mangkit tidoq pagi tadi pukui 6.05 pagi. Paneh hati la...

Abe Bub said...

Abg Ezz pon join kot insyallah.. dan ada kejutan hahahah hahahah hahahah tunggguuuuu

mail ninja said...

a'kum,
aku minta maaf, dah lama x tengok blog ni.org lain mungkin layan face book kot.nasib baik la, mat sms kat aku. insyallah aku akan hadir.jaminan tu xde, sebab mak ayah aku x sihat.

Marn said...

Selagi ada kudrat yang Allah Taala berikan, selagi itulah akan ku teruskan blog usang ni. Skang orang main fesbuk. Aku maleh nak layan produk2 yahudi mabok ni. tu yang aku stick ngan blog ni je. Muahahahahaha

abuhusnie said...

aku insya Allah pi, sape2 dari tepeng nak join boleh la tumpang aku...

Marn said...

Tu dia.. sohibul Samahah from tepen with love nak mai dan kompem. Jeng.. Jeng.. Jeng.. rugi la weh sapa yang tak pi.

Aku blom tentu..

Anonymous said...

a'kum dan salam ramadhan,
maaf le sahabat sekalian ,ana tak dapat join majlis ifftor tu,wife dah plan nak balik KL tuk bukak pada hari jumaat ni, jadi terlepas le hajat nak pegi, apapun semoga majlis berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya, kirim salam kepada yang hadir

Azmir

borg said...

a'kum,
td aku ada jmpa akhi hisham(rmh anak yatim darul ihsan)aku ada inform kat dia pasal iftor ni,tp nk tanya la tuan tanah dulu,boleh ke aku jmput dia?

Ahmad Zaki @ abuateif said...

mr gbox...hang jemput la dia aku tak der hal...jemputan hang adalah jemputan aku jugak..tapi orang yang paling aku nanti adalah hang gbox...harap2 tiada majlis pertunangan saudara di bulan ramadhan ni...tolong laaa

Akhie Mart said...

Akhie hisyam le imam tarawikh mlm tuh.. jeng2 jeng2 masa muda belia pon tak larat nk berdiri lama ni dh remaja purba hahahahahaah er bg usetat jamenul ler jawapnya bc dua ayat jer hihihihhi

Mart Z said...

Jutaan terima kasih buat tuan rumah yg sudi mengadakan Iftor lagi. Hanya Allah yg mampu membalas jasa budi Abu Atief sekeluarga.