Solat Time

Wednesday, August 18, 2010

ESQ dan fatwa Mufti

Assalamualaikum..

Aku baru dapat emel daripada seorang sahabat berkenaan fatwa tentang pengharaman ESQ dan ajaran yang sewaktu dengannya. Rasanya dulu aku ada sebut sikit pasai ESQ ni. So, ambik la yang baik, buang yang buruk. Macam mana cara menapis baik-buruk ni? Bukan sekadar niat ikhlas Lillahi Taala ja tuan-tuan dan puan-puan. Ni nak kena guna ilmu dan pengetahuan. Kalau tak tahu, rujuklah pada yang mengaji dan yang arif. Mengaji tapi arif pun tak guna jugak.

Bersama-sama ini, aku selitkan sekali salinan surat dan sebab-musabab yang pada pendapat aku pejabat Mufti dan JAWI dah buat kajian teliti tentang ESQ ni. Aku tak nak komen banyak-banyak, cumanya aku nak tau la sapa di kalangan sahabat semua yang pernah hadiri kursus ESQ ni? Setakat la maklum-balas yang aku terima daripada peserta ESQ ni, banyaknya positif secara luaran dan umum. Bila aku tanya untuk dapat maklumat terperinci, terus saja ajak aku pi join ESQ ni. Masalahnya modai la. Main ribu-ribu. Tu yang tak tahan tu. Kuliah percuma pun banyak yang tak pi. Ada hati nak pi hat berbayar.

Pihak JAWI mengatakan ajaran ESQ ni sesat dan telah diwartakan mengikut surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh jabatan tersebut dan telah di'endorse'kan/disahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Jun 2010. Manakala, kalau tuan/puan merujuk kepada website ESQ Training: http://esq.com.my/v1/, Sahibul Samahah Datuk Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang pula berpendapat sebaliknya. Aku salin/tampal (copy/paste) akan kata-kata beliau dalam website tersebut: "Saya telah mengikuti ESQ Training dan saya mendapati pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik dan sesuai pada masa kini. Sebab pendekatan ESQ ini adalah pendekatan berbentuk ilmiah, iaitu berdasarkan daripada ayat Al-Quran, kemudian disepadukan dengan akidah. Walau dipaparkan penemuan astronomi atau ilmu sains dan sebagainya tetapi ia Berjaya dikaitkan dengan keyakinan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Bagi saya apa yang dibuat oleh ESQ adalah training terbaik yang pernah saya ikuti."

Jadi, mana satu ni? Sesat ke tidak? Ni bukan isu hak sesapa. Yang ni berkaitan akidah. Kalau kita sebagai muslim dok diam dan ambil jalan selamat macam Pak Jib, tak berkesudahanlah akan kemelut ni. Bukan apa, Islam ni syumul, tapi bilamana ada tangan-tangan dajjal kecil yang nak tokok-tambah dan main tafsir ayat Quran ikut sedap kaki, sedangkan ilmu alat takdak, tu yang jadi carca-marba tu. Abih pecah kesatuan ummah. Kalau ajaran ESQ ni ok, baguslah sebab boleh jadi cabang dakwah yang berkesan. Kalau tak ok, kita punya tugasan untuk sekat ajaran ni daripada menular ke dalam masyarakat. Takkan nak serah kat Abuya Jibtuya, Chua Soi Lek @ Uncle Sammy kot?

Walau apa pun jua, aku nak ajak teman-teman berkongsi pendapat. What say y'all?

23 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

tahniah mr presiden...nampak byk posting tubik bulan ramdhan ni.

aku pun ada jgk baca ttg pendapat alim ulamak ttg esq ni...bagi aku dlm pgoram ni yang bercanggah n buruk tu lebih byk dari yang ok...nilai komersial dia lebih sesgt dari tujuan nak membetulkan manusia.

tapi apa2 hal pun tok peti negeri aku antara yang sokong esq ni...umno dia sokong esq pun dia sokong...lantak p la ke dia

marn said...

Segala pujian buat Allah Taala jua. Ada masa lebih, kita pakat2 isi dengan benda baik.

Dan tambah memeningkan, tanggal 14 Julai 2010, Majlis Fatwa Kebangsaan bagi kebenaran pulak dah kat ESQ untuk terus jalankan kursus dengan syarat: Panel Shariah ESQ sendiri membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan dan apa jua aktiviti/perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan.

Mana satu ni? Lesen hangpa diberi tapi warning: hangpa sendiri kena ubah perangai? Bukankah sepatutnya: lesen anda digantung sementara waktu dan akan diberikan semula setelah panel penilai Majlis Fatwa Kebangsaan berpuashati dengan pengubahsuaian, penambahbaikan, perubahan serta pembetulan fakta-fakta yang mengelirukan. Majlis Fatwa macam malaih buat kerja ja... Pastu 'passing baton' kat panel ESQ.

Aku tak suka nak sesatkan orang, tapi kalau dah sesat, kena kata sesat. Tak boleh cakap ni salah satu cabang dalam Islam. Muahahahaha...

Nak kena dapatkan pendapat ketiga. Kalau tanya ESQ direct, sure depa kata barang depa hebat. Tanya mufti-mufta, ada yang sokong, ada yang tidak. Depa pun celaru, tak terpakai.

Anonymous said...

Pasal ESQ boleh tgk kat laman zaharuddin.net sbb dia pernah join kursus tu.

Lukman

abuhusnie said...

ade member nak sponsor aku join, mujor tak pegi, pasey tak berape yakin dgn intipati kursus dan kos utk menyertainya yng melampo2, ate tak gamak nak nengok member bayor yuran penyertaan mencecah RM1000.00, mahey bebenor deme melantak duit oghang...

Ahmad Zaki @ abuateif said...

aku pun dengo bayarannye mmg tinggi...mungkin kos nak buat kusus tu mahai..guna segala yang canggih manggih..tu bagi aku tak dak masalah...depa mmg bisnes.

tapi cuba bayangkan RM1000 tu kalau buat beli barakah leh dapat dalam 80 kotak wooo...aku dapat untung sikit depa dapat sehat hahaha

marn said...

Huish.. takkan takde sorang pun yang pernah join ESQ ni? Aku tak minat sebab bayaran mehey bebeno. Pada aku la, kalo tak rajin nak pegi kuliah same membace buku, dengo mp3 takpun cd dah kira ok. Lepah tu, ada nombo tepon osetat yang kita kondifen dia boleh bantu kita bila2 masa. Senang bila tak paham, leh rujuk. Semua info, petik jari dan celah kuku je skang ni. Nak ngan tanak je..

Nak berubah? Senang je yob... che buat tahajjud 40 mlm berturut2, lepaih tu buat pulak sunat dhuha, pose isnin/khamih. Istiqomah yang pentingnye (ni teman pun tak lalu nak membuatnye). InsyaAllah akan ada perubahan. Aih...! kate nak berubah?! Duit sanggup perabih, yang fri tak ndak buat. Ape ke koman beno otak mike ni? Nak yang bayo punye jugak2? Ate.. macam le banyak beno duit mike? Kalau udah banyak sangat, meh nak ngabokan: Sekolah Rendah Bistari Darul Mulkan perlukan dana untuk menampung keperluan harian. Muahahaha..! (gelak setan) Ada brani?! (muka kembali serius).

Tak payah buat motivasi2 yang harga premium nih.. Hangat2 taik kucin je yob. Bukan aku merendah2kan sape yang ngikut motivasi ni. Ade yang berubah baiknye. Idak le semue burok. Tapi ciput je yang terkesan bawak sampe ke mati. Most of the participants, hangatnye ade le kot seminggu-due. Lepah tu? Haram...! Tak bebekah kate orang Perak. Udah balik tido macam tak pernah pegi motivasi. Lebam rupe itu jugak nyudahnye. Duit udah mata'a leboh.

Yang kaye, si anu tukang buat motivasi same cine kedey. Yang kopak-kapik, orang yang same, perangey tak berubah. Duit tak mandang, hutang kelilin pinggang. Balik rumah, penerajang anak-bini sebab mintak duit buat belanje dapo same sekolah.

Che Mart G Mart Kueh Tart said...

Ish buruk beno sangka kamu tu Marn... Jangan ler rhoper tu... kita sangka baik jer lah.. kurang2nya itu usaha depa untuk menambahkan aura positif di muka bumi Allah nihh.. nita depa nak pulun sakan duit tu hanya Allah sahaja yang tahu.. Kita yg tak pegi ni tak payah ler nak pertikai sangat2 sbb kalu tidak takkan dapat sambutan yg hangat dr rakyat M'sia nih.. & rata2 yg pegi pon bukan koman2 kebykkannya Top2 Gun.. Lagi satu dr pengamatan aku lately ni org2 kaya sblh pekan ni dh mula nk mencari ilmu agama dan kalau stakat 1k tu mmg tak der hal lah.. Kita ni sbb dr Skolah Old Skool tu sbb kita mcm tak konfiden dgn method yg baru nihh.. Tp yg penting titik persamaan nya ialah mencari keredhaan Allah..

Ulasan dibuat hasil dr sembang2 & membaca blog depa yg pegi

TU pendapat gua lah...

marn said...

Tu le yob, teman kabokan harga PREMIUM level teman. Kalau banyak beno duit, tu ha... yang makan siput melambak2 mart oi.. gigit plastik cicah ayo suam pun ade mat oi..

Teman idak buruk sangke, cumenye pade teman tak meletakkan keutamaan pada tempat yang sepatutnya. Macam pegi umrah berkali2 la yob. Daripada pegi umrah berkali2, baiklah nolong orang susah. Pade teman tu lagi la banyak pahalanya yob. Bantu bayo yuran anak2 orang miskin ke, bagi makan ke.

Maap cakap le yob, motivasi tu baguih. Takde le pulak teman nidakkan. Tapi harga PREMIUM tu yang tak baguihnye yob. Baik, kalau betui2 nak cari agama, why pay? Why not go for free? Top2 gun teman taktahu deme punye cara hidup. Kalau udah RM1K tu celah gigi, alhamdulillah le Allah Taala bagi rezeki lebih. Tapi baik le sponsor tok-tok guru buat kelas pengajian. Lagi banyak ilmu di dalamnya, lagi lama dan tersusun pelajarannya. Bukan one time. On top of that, murah dan berbaloi-baloi...

It doesnt matter if we were from OldSkool punya skool of thot. Teman setuju buat motivasi. Motivasi is good. I do confident using motivational courses as a method to educate people. But, with premium charges? So, orang berada je la yang bleh dapat dan jadi cemerlang? That's how i look at the picture.

What's you angle? Titik persamaan. So, we're talking in different view. Do we agree to disagree, than?

kirk said...

a,kum,
biase le yob,dunia akhir zaman ni mcm tu le,semuanya komersial,ilmu pun deme buat meniaga,nabi dh pesan dh dulu,ha kan sekarang dh jd,
skrg ni nak ilmu kena bayo 1k,jgn kome heran besok bwk duit seguni pun blm tentu ada org nak ajor,
jd apa lagi yob,moh le kite pekemeh kan diri lagi,bkn ape,takut tak sempat.tak gitu?

Marty Mart said...

hai kirky kirk just to let you know hari2 teman belasah cucur ikan bilis.. tinggi beno level protien teman skang ni jgn kena GAUT udah.. aku ingat marn pon sure dh ghaib sekilo ikan bilisnya hahahahahah ketagih siut...

kirk said...

a'kum,
betoi la mart,lepeh jmpa kome hari tu aku cuba menghayati keenakan bilis dan pecaya atau tidak skrg ni setengah kilo stok bilis kat rmh aku hanya dapat bertahan lima hari je,padahal sebelum ni tak brp nak mandang pun.menunya goreng bilis ngan kacang n cmpr bawang skt mcm yg man ckp tu,kdg2 tak dan mkn dgn nasik pun,ratah mcm tu je heh..heh..

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam kirk...
bernafsu aku utk menaip bila nampak nama kirk ada kat sini...teringin gak aku nak pekena cuco ikan bilis kirk tapi pernah ngajak pun.

kirk said...

a'kum,

boleh x de hal punya,iftor camner?
jd ke? dah kompem ke blm?klu x de hal waktu hari iftor nnt aku bwk bilis pastu boleh srh bini ngko goreng cuco bilis amacam?

mart jeni said...

Bwk kirk jgn tak bwk.. aku nk 5kg..

Marn said...

aku rase kan, kalo qoranul karim tu nabi taruk copyright reserve.. sure dia manusia paling kaya ataih dunia nih.

Pastu, kalo nak satu hadis takpun ngajo sejam, caj RM1K, agak2 brapa dia bikin beb? Bukan aku nak nak buat lawak mahupun persendakan Nabi SAW, tapi.. just imagine that!!! Akhir zaman ni, kalo takde caj premium, tak dibuat dalam ballrooms waimma bilik lain di hotel-hotel, apatah lagi kalo dapat gedabak punya venue macam Convention Centre, sure Top2 Gun dan yang cas topgun pun tak berapa mau join. 'No class' kata bahasa penjajah.

Tapi bila pikir2 balik, sebut aja pasai titik persamaan kan, aku teringat pulak kisah Saidina Abu Bakar RA serang dan bakar golongan yang takmo bayaq zakat selepas Rasulullah SAW wafat. Awat dia tak pikiaq pasai 'titik persamaan' tu aa? Adakah menghukum itu lebih baik daripada mendidik?

Kalau Saidina Umar al-Khattab, aku tak pertikai sangat sebab dia memang tegas. Ni yang ambik tindakan ni Saidina Abu Bakar we talking about. One of the coolest person ever lived.

Ka tak perlu didik dah geng2 yang memang degey dan munafiq such as golongan yang engkar zakat?

So, kat mana kita patut pilih uslub/method 'titik persamaan' dan di mana tidak? Anyone? Care for some points to share?

Marny (The Hammer) Marn said...

Kirky Kirk Hamlet.. lu tny Marty Mart petua aku bagi kasi tambah perisa jadi manthob lagi bilisan Pangkorian tuh.

Kalo Marty Mart tak buat lagi ikut petua aku, sure dia antara manusia yang rugi serugi-ruginya. Tiada yang rugi, melainkan yang rugi-rugi belaka. Ibarat jua sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya.. walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gun.... eh..! ni aku merepek apa? Tu lagu nasid... bukannya pepatah lama..

Ahmad Zaki @ abuateif said...

kirk...
akan ku tunggu ikan bilis yang ko janjikan tu...tapi kena tengok la dulu tarikh tu 4/9 kot2 ada sedara2 ko yang BERTUNANG pada tarikh tersebut...maka melepas la kengkawan nak rasa ikan bilis paling sedap

Marny (The Hammer) Marn said...

hang ni bu atiep oi... saja nak provok si kirk helmet tu.. jangan nah..! kang dia merajuk, susah nak pujuk. Dah terlepaih nak makan ikan bilisan pangkorian yang tersohor tu.

Bagi dia sampai kat venue pada tarikh dan masa yang telah dipersetujui. Pastu, lu nak blasah ka, camdet ka, provok level yahudi zionist ka, pedulik hapa aku. Biaq bagi sampai ikan bilisan tu dulu la.

Peace first, war seken.

Mart said...

Aku rasa isu caj yg dikatakan mahal tu tak perlu diperbesarkan sbb itu adalah suatu pilihan.. nk perr buat lah mcm yg hang ckp dulu tu.. tak pon pg ja mana2 kuliah kat masjid.. Tapi bagi yg mampu apa salahnya.. ni kira yg benar2 mampu bukan cas mampu mcm ada sesetengah orang yg sanggup berhutang bagai utk membeli aksesori ie hanpon, muffler la sport rims la.. yg penting depa mau saja... err ni kita cerita bab caj jer kan...

Ahmad Zaki @ abuateif said...

ooo lagu tu ka...

kepada saudaraku yang ku kasihi mr kirk helmet...sekiranya ko ada kelapangan aku dengan segala hormatnya menjemput ko ke iftor jamai'komuniti kita 4/9 nanti...

harap2 sgt hang mai n tiada keuzuran seperti pertunangan saudara dll.

KIRK said...

insyallah,klu x de ape2 aku dtg,
dan dgn ini secara rasminya tempahan bilis DIBUKA!

Marty Mart said...

Ok wa nk 5kg buat sekilo2 kalu buleh saiz kecik sket dr aritu tp kalu cam ari tu pon takper & sekor ikan masin kurau.. tu jer tak byk pon...

Summary
1) ikan bilis 5kg (1kg x 5 pac)
2) Ikan kurau masin kurau sekor

TQ

marn said...

Orang dok cerita pasai ESQ, depa pi bukak market bileh pangkoq pulak dah kat sini. Hish..! Depa ni ke laut habih.

Pasai ESQ, betui la kata Marty Mart. Tu pilihan. Sapa ada duit lebih, pi la tgk dan belajaq apa patut. Aku nak komen lelebih, tak pernah join. No case lah. Tapi dah alang2 kluaq belanja level premium, biaq bagi berbaloi2 lah. Jangan hangat2 taik kucin ja. Hat tu jadi membaziaq pulak.

Hat ESQ pulak, mengkala ada yang kontroversi tu, ubah2 la supaya api fitnah tu cepat dipadamkan. Kita tak suka difitnah, tapi dlm masa yang sama kita dok bukak pintu fitnah dan pelawa orang fitnah kita. Ha... lagu tu tak kena lah. Niat mau betui, pendekatan pun mau betui jugak. Jangan matlamat menghalalkan cara. Hat tu tak boleh.

A'la kulli haal, semoga kita berlapang dada dengan segala mehnah dan tribulasi yang melanda dalam menjaga agama.