Assalamualaikum..
Untuk makluman semua, aku dan abg Mart dah duduk semeja berbincang akan beberapa perkara mengenai majlis seperti tajuk di atas. Antara perkara yang disentuh ialah masa, lokasi, aturcara/tentatif, bajet (makan/minum/hadiah), penyelarasan program, fasilitator aktiviti dan lain-lain.
Beberapa isu timbul. Antaranya ialah kekangan dari segi kewangan dan tempat. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak pengajur telah bersetuju untuk mengadakan majlis di Villa Ukhwah (masih dalam proses mendapatkan tempahan pada tarikh yang telah ditetapkan yakni 27 Nov 2010) yang terletak di dalam Taman Tasik Titiwangsa. Kekangan dari segi kewangan disebabkan pihak pengajur telah menyerap kos tambahan demi untuk mengekalkan harga lama seperti di Pulau Pangkor sebelum ini. Dan juga mengambil kira faktor tambang dan perbelanjaan pergi-balik para tetamu yang berada di luar kawasan.
Berbalik kepada Villa Ukhwah. Hanya terdapat 9 bilik sahaja di villa tersebut. Dan daripada 9 buah bilik tersebut, sebuah bilik akan diperuntukkan kepada fasilitator untuk berehat, mengelolakan anak-anak serta bersalin pakaian. Secara rasminya, hanya 8 bilik yang tersedia untuk para tetamu yang akan hadir insyaAllah. Sekiranya kedatangan para tetamu dari luar kawasan melebihi bilik yang tersedia, pihak pengajur akan menempatkan para tetamu di beberapa lokasi yang difikirkan sesuai. Pihak pengajur akan menggunapakai konsep '1st come, 1st serve'. Siapa cepat, dia dapat. Tidak timbul soal pilih kasih. Moralnya di sini, pohon beri kata putus sama ada nak menghadirkan diri ataupun tidak dengan kadar segera.
Walau bagaimanapun, sayugia diingatkan akan berlaku kesulitan dan kerumitan yang bakal timbul kelak memandangkan lokasi Villa Ukhwah dan tempat penginapan yang tidak sama lokasi kedudukannya. Jarak antara tempat penginapan (sekiranya villa tidak dapat menampung) tidaklah jauh. Masih di dalam KL dan berdekatan dengan Jalan TAR (ni untuk makluman para ibu). Cumanya, dikhuatirkan akan berlaku kesesakan jalanraya. Almaklumlah, dalam KL. Moral: rancang perjalanan anda dengan baik.
Justeru, akan timbul kerumitan. Harap maklum awal-awal. Jangan nanti asyik nak komplen ja. Aku tak suka bunyi2 belakang. Ada masalah, bagitau cepat. Senang nak tangani masalah yang timbul. Tujuan kita kumpul ramai-ramai nak eratkan ukhuwwah sesama kita, bukannya nak cari salah dan kelemahan serta bermusuh. Segala kekurangan dan kelemahan pengajuran kali ini, harap maklum. Bak kata Wonderpets: "Apa yang penting, kerjasama..!!"
Villa Ukhwah. Siap kolam renang lagi ha. Huhuhuhu..
Bilik Mesyuarat (untuk buat aktiviti dalam dewan)
contoh bilik 1
contoh bilik 2
bersambung di episod akan datang.