Pages

Solat Time

Wednesday, April 28, 2010

Syukur

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, di pagi yang tenang ini baru ada kelapangan untuk aku kemaskinikan blog Komuniti87 ni. Alhamdulillah juga kerana majlis tahlil yang dicadangkan pada Sabtu malam Ahad baru-baru ini berjalan dengan penuh kesederhanaan. Hampir sepuluh sahabat menghadirkan diri untuk sama-sama beribadah dan beramah-mesra.

Terima kasih buat semua terutamanya sdr. kita Suhaimi Yusuf kerana bawa stok makanan yang banyak. Pertama kali dia bawa isteri tersayangnya. Pertama kali jua aku bertemu dengan isterinya. Harap lepas ni, jangan serik nak datang lagi sebab malam tu isteri dia sorang ja yang sertai majlis tahlil. Isterinya Mart bersama anak-anak daranya datang kemudian sikit.

Suasana memang meriah. Disusuli dengan upacara membakar kambing. Sambil gelak-tawa melatari suasana malam yang indah, diwangikan lagi dengan bau daging kambing yang terlentok cantik di atas perdupaan. Disepuh dengan bara-bara api yang mencanai, lalu transformasi berlaku. Daripada daging yang merah, menjadi santapan jasmani juga jambatan santapan rohani. Terpatri dan lestarinya sebuah kenangan buat ingatan di masa hadapan.

Insyaallah, jika tiada aral mahupun celaka datang menerpa, akan diusahakan lagi perjumpaan seumpamanya di masa mendatang.

Buat yang berduka dek kerana kekalahan PRK HS, sayugia ingin diingatkan bahawa perjuangan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jalan perjuangan itu penuh dengan mehnah dan diwarnai dengan tribulasi. Moga tabah mengharunginya.

p/s: gue masih menanti emel yang berisi gambar-gambar aktiviti di malam tersebut.


Tuesday, April 20, 2010

Kematian dan majlis tahlil

Assalamulaikum..

Hidup ini bagai lampu pelita. Yang dinyalakan di malam hari. Apabila minyak sudah kering, ia kan pasti terpadam sendiri. Hidup juga satu perjalanan roh di dalam sebuah kenderaan yang bernama jasad. Jasad @ tubuh badan kita ini hanyalah satu pinjaman daripada Allah Azza wa Jalla. Gunakanlah sebaik2nya pinjaman yang sementara untuk mengutip bekalan di Akhirat kelak.

Kepada semua sahabat yang berada di luar sana, di sini ingin aku maklumkan berita sedih buat sahabat2 semua perihal kematian seorang ayah kepada salah sorang sahabat kita, iaitu ayahnda kepada Karim rahmat CNI.

Beliau pergi menyahut seruan Ilahi pada pukul 9 malam tadi. Al-Faatihah. Moga Allah SWT merahmati dan menempatkan rohnya bersama orang2 yang diredhaiNya.

Di kesempatan ini juga, ingin aku maklumkan kepada kalian semua bahawa akan diadakan satu majlis tahlil untuk ayah Karim. Maklumatnya seperti berikut:

  • Majlis Tahlil dan doa selamat serta ziarah ayah Izanee.
  • Tarikh: 24hb April 2010 (Sabtu).
  • Masa: 8.45malam.
  • Tempat: Rumah ayah Izanee di Taman Melawati.
Kepada yang berminat, silalah menghadirkan diri untuk bersama-sama beribadat di samping menziarahi ayah Izanee yang uzur. Diharap buat mereka yang tidak mempunyai sebarang aktiviti pada malam minggu tersebut dapat bersama-sama berkumpul, beribadat dan beramah-mesra.

Di majlis itu juga nanti, akan diadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai 'venue' dan masa untuk 'reunion' besar Komuniti87 kali yang ke-3.

Saturday, April 17, 2010

Let's not forget and forgive and always remember...!

Assalamualaikum..



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

p/s: lagu ni sedap beb... lirik power. Tu dia.. artis kita dok asyik buat lagu cinta lentoq ja.. Mat saleh yang buat lagu ni bukan Islam pun. But still, ada masa nak bikin lagu untuk orang Islam yang ditindas. Bukalah mata hati kita untuk sama-sama empati dengan kesengsaraan saudara seagama kita. Nak donlod lagu ni, pi masuk kat bee mp3. Free ja. Taip tajuk lagu tu, pastu right click donlod and, voila..!

Michael Heart - We will not go down (GAZA) .mp3
Found at bee mp3 search engine

Thursday, April 8, 2010

Setin air

Assalamualaikum..

Hikmah diciptakan perempuan daripada tulang rusuk kiri lelaki dan bukannya daripada tulang kaki waimma tulang kepala adalah kerana letaknya di sisi sang lelaki. Tidak rendah martabatnya dan tidak tinggi darjatnya. Sama-sama saling lengkap-melengkapi. Diambil pula di sisi kiri dan bukannya di kanan kerana di situ letaknya hati. Supaya didampingi dan sayangi. Walaupun rumah-tangga seringkali bergolak dengan pelbagai hal dan kerenah baik daripada suami mahupun isteri, percayalah bahawasanya di dalam sesuatu perkara yang berlaku itu ada tersirat hikmah di sebaliknya. Ianya juga satu tarbiah untuk mematangkan kita.

Kiranya jodoh sudah tiada dan berpisah adalah jalan yang terbaik, maka berpisahlah dengan sebaik-baik perpisahan. Kerana dalam hati akan sentiasa ada taman. Jangan diracuni taman itu dengan racun kebencian dan dendam tak sudah.

Mohon diringankan beban dugaan suami-isteri dan dikurniakan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi, aamin ya Robb..!

KISAH SETIN AIR.

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk menentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Di pejabat kadi, nak minta nasihat. Al-fadhil tuan kadi pun bertanyakan kepada si isteri...

"Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? tanya si kadi.
Si isteri menjawab: "Saya yang mengandungkan anak tu. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya."

Si suami terkedu sebab dia tahu selepas gilirannya pula. "Ahhh... Sudah. Mende aku nak goreng kadi tua ni...." getus hatinya.
Kadi pun bertanya pula pada si suami: "Hah... kamu, bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela?"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, lepas saya 'tekan' satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi: "Hak kamu le.."
Suami tu sambung cakap: "Hah...sama le dengan kes ni pun. Kan tuan, kan... kan...?!"

P/S :

1. Jangan samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jangan samakan anak anda macam air tin
3. Jangan samakan 'anu' anda macam duit syiling... hehehehehhe