Solat Time

Thursday, March 4, 2010

Hectic is my new middlename

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan dirahmati Allah Azza wa Jalla selalu.

Sibuk! Sibuk! Sibuk! Perkataan keramat yang menjadi ratib aku sehari-harian. Saja nak kongsi pengalaman hidup sama kawan-kawan kat sini. Aku rasa ramai di kalangan kita yang dah lalu dan punyai pengalaman yang baru dan sedang aku lalui ni. This is my story. My hectic week.

Pertamanya, bermulanya minggu pertama untuk aku mengadaptasikan suasana kehidupan baru aku sekeluarga tanpa kehadiran mak mertuaku yang telah banyak menolong menguruskan kehidupan kami sekeluarga. Dia balik ke kampung di Kuala Terengganu untuk persediaan ke Makkah menunaikan ibadah haji tahun ni, insyaAllah. Lagipun, dah sampai masa untuk dia berehat sebab dimamah usia. Faktor kesihatan tubuh badannya yang semakin tak berapa nak larat satu, kerenah anak-anak aku yang sedang mekar menjadi dara sunti pun satu hal juga.

Keduanya, kerenah anak sulung aku yang cukup susah nak pergi ke sekolah. Adakah terlebih manja dibelai tokmanya? Ataupun sesi dan suasana persekolahannya membosankan? Ataupun dia tidak paham apa yang diajar? Ataupan ada sang pembuli? Aku pun tak tahu dan tak paham. Dah abih aku selidik tanya anak dara sulung aku nan sorang tu kenapa takmau ke sekolah. Dia tak boleh bagi jawapan yang jitu. aku pun dah bertanyakan pada guru (anak dara aku panggil teacher) akan masalah anak aku di sekolah. Katanya tiada. Malah, cepat menangkap (ni kata cikgu anak aku la). Aku baca dan kutip ilmu di internet, banyak yang sarankan pujuk dan terangkan secara lembut. Jangan gunakan kekerasan. Aku pun cuba ikut. Hasilnya, hari pertama memang cun. Masuk hari kedua, buat balik perangai lama. Hasilnya, bini aku lewat sejam masuk kerja dua hari berturut-turut. Proses pujuk rayu yang memakan masa hampir sejam. Baru boleh masuk dalam kereta. dalam kereta buat perangai. Pergh.. Allah Maha Mengetahui betapa maksud perkataan 'sabar' cukup besar dan berat untuk dipenuhi.

Ketiganya, anak kedua aku yang asyik batuk dan selsema tak mau nak sihat-sihat. Pergi klinik pakar, pakar bagi ubat, pergi klinik tak pakar, bagi ubat. Tengok hujung minggu ni, kalau tak baik-baik juga, aku bawa pergi x-ray paru-paru. Mana tahu kalau-kalau ada jangkitan kuman, nauzubillah.

Keempatnya, buku Laporan Tahunan Hospital Sungai Buloh 2008 yang berpuaka dah makin dekat dengan deadline. Tak sampai suku yang siap. Buku Nur Islam pun sama. Deadline minggu depan.

Kelimanya, CC aku yang sudah ditutup. Barang-barang dalam CC tu nak treban mana pun aku taktau. Semuanya kena setel dalam minggu ni.

Apa tujuan aku kongsi masalah sehari-harian aku dengan kawan-kawan? Nak bagitau, aku takdan nak kemaskinikan blog. Ni pun curi-curi tulis sebab dah lama entri baru tak ditulis. Harap kawan-kawan paham. Dan pasal masalah anak-anak aku, sapa ada boleh bagi cadangan? Aku dah fenin dengan tugasan yang keliling pinggang. Ditambah lagi dengan kerenah anak-anak. Setakat suruh sabar, aku tengah buat la ni.. dan makin nipis kesabaran ni. Selawat pun berbuih, istighfar pun dah jenuh. Minta Allah Taala kurangkan bebanan.

10 comments:

Anonymous said...

a'kum,
ala...biasala,tgk la dulu pak nya mcmana? cuba hang ingat dulu hang tukar sekolah dulu pasai apa? adakah reasonnya kukuh kalau kita pikirkan pada masa skrg?dan cuba pikiaq betapa peninnya arwah pak hang pada masa tu,mgkn dia jgk penin mncari sbbnya,adakah sbb kena buli?atau sbb x blh terima pelajaran?
aku ckp ni bkn utk hang sj man,tp utk semua yg ada anak.pokok pangkainya SABAQ....

abuateif said...

SIMPATI AKU NGAN NASIB YANG MENIMPA DIRI N KELUARGA HANG...MENGADULAH DENGAN ALLAH KETIKA ORANG LAIN KHUSYUK BUAT TAIK MATA..KENA YAKIN SETIAP KESUSAHAN ADA JALAN KELUARNYA..GUNAKANLAH KAPSUL BARAKA

marn said...

tenkiu..tenkiu.. tapi masalahnya, ni budak umoq 6 taon. kalau degey, takkan nak balun kot?

Anonymous said...

Cadangan aku, bangun malam buat solat hajat dan banyakkan berdoa. Alhamdulillah dua orang anak lelaki aku sorang 5 tahun dan sorang 4 tahun tak buat perangai cuma liat nak mandi pagi je. 6.50 isteri aku hantar ke Taski Abim, pukul 2.30 baru ambik. Dah masuk bulan ketiga, si abang bersemangat buat kerja sekolah asal balik ke rumah dan adiknya jadi tukang kacau bila abang buat kerja. Ini saja pengalaman aku bila anak bersekolah. Bab sabar ni orang perempuan memang kuat kesabarannya, kita yang lelaki kadang2 guna psikologi tapi bila hilang sabar tangan naik jugak, baik ada isteri yang penyabar dengan kerenah anak-anak.

Lukman

Bear Bub said...

1) Kalau ada masa, rajin2 la baca surah Alam Nasyrah sekali pastu tiup kat ubun kepala dier masa dia tgh lalok nk tdo..

2)Selalu ajak dier doa skali sewaktu nak memulakan sesuatu projek yg nak dibuat bersama2 anak. Kalau hari hujan lagi cantik sambil doa elah musibah doa skali kebaikan utk hang sekeluarga (masa hujan doa senang naik ke langit beb, oportunis sket, kena anak lak yg mangaminkan lagi cun) , doa jer dalam bahasa melayu lagi bagus sebab nnti anak kita paham apa yg kita pohon pada tuhan.

3) Kena pandai bagi justifikasi kenapa di kena pergi sekolah. Mcm aku selalu bagi semangat kat anak aku supaya tidak ketinggalan dlm pelajaran dgn sepupu2 dier. Ngko bleh guna ank aku la sbg benchmark..

4) Lu kena start ajar anak tidur awal.. kul 9 dh kena tidur.. aku cas anak hang mengantuk tu yg sebab dier tak nak pegi skolah.. lu dgn isteri kena berkorban la tgk rancangan TV.. kalu tak tdo jugak guna pendekatan psychology budak biasanya akan tdo bila dier penat, selesa & sejuk.. so demi nk bagi dier tdo awal tiap2 minggu kena tuka sarong bantal, bukak aircon & kipas tembak direct kat depa TAPI jgn ler sampai pagi agak2 depa dh stone hg back to normal la.. kalu depa dh tdi bleh la hg nk tgk TV ka nak junuban ka kot suka hang la jamnul oiii

Tu lah sahaja petua dr Abe bub..

hasnul said...

mungkin faktor terlalu lama dijaga oleh tok atau tokwan dia kut,sbb biasala cucu kesayangan,kadang2 benda yg salah pun diiakan/tak ditegur,budak2 ni bukan tau bezakan mana yg salah dan mana yg betul,kalau semua dia buat di anggap betul,tu la masalahnya..

hasnul said...

Pasai tido awal tu betul mat,mak bapak kena berkorban utk tak tengok tv,lg satu kalau boleh jgn tengok citer hantu atau yg ganas2 macam wrestling,budak2 cepat terpengaruh la.Banyak kan baca surah Luqman,terutama dr ayat 12 sampai 19.

Anonymous said...

Terima kasih tidak terhingga di atas segala saranan dan komen yg telah diberikan. Mcm ni la yg kita mau. Saling nasihat menasihati. Addeenu nasihah.

from kuching with love said...

assalamualaikum wbt

tq guys, coz bagi panduan dan petua cara menangani mehnah dan tribulasi bebudak zaman skrg yang semakin canggih ni. Sekali kita suruh seribu alasan yang diberikan utk menangkisnya...... Mungkin ini kifarah yg Allah kpd kita (yg terlibat sj ) atas perbuatan kita dulu... fikir-fikirkan

Abe Mark said...

Td aku dengar ceramah YBhg Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dgn topik "Cara Ibadah Sepanjang Masa"
dia ada sentuh pasal kerapuhan institusi kekeluargaan & kerenah anak2. Satu dari nasihat beliau yg aku nk kongsi dgn sahabat2 ialah apabila kita hendak berpesan dgn anak2 kena spesifik jgn terlalu umum sbg contoh kita cakap "ha belajor sungguh2 tau".. nak bersungguh2 macam maner ngadap buku meneran2 ker. Tak jelas sbb sungguh2 ank2 tak boleh nk relate secara visual. Kalu spesifik it could be.. "ha nanti nak nak mula jwb periksa jgn lupa baca bismillah.. "so ank2 clear & insyallah depa ingat. Begitulah lebih kurang..

Sekian bak kata Saiful Islam "Erti Hidup Pada Memberi"