Solat Time

Wednesday, February 17, 2010

Halalkah telur yang kita makan?

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu. Harapan cuti tahun baru cina dapat melegakan perasaan dan tekanan perasaan. Cuti baru ni, aku tak pergi mana-mana pun. Anak kedua aku, Nadia kena serangan asthma. Dok ulang-alik klinik 3-4 kali untuk sedut ubat. Alhamdulillah, asthmanya dah tiada. Cuma batuk sikit-sikit.
Dalam dok sibuk menguruskan sakit anak aku, makan pun tak berselera. Tapau je. Antaranya. beli burger kat stall tepi jalan berhampiran rumah aku. Semalam, aku dok perhati satu stall burger ni, telurnya tak dibasuh/bilas dengan air. Masih ada najis ayam kat kulit telur tu. Bila ditanya basuh ke tidak, dengan selambe budak burger tu jawab: "Saya lap je bang". Hangin aku satu badan. Aku pun tegurlah perihal halal sesuatu makanan tu bukan sekadar bersih, tapi mesti suci. Asal hukum memakan telur tu harus, tapi menjadi haram bilamana bercampur dengan najis. Kenapa Islam melarang kita memakan najis dan bangkai? Sebab boleh membawa mudharat. Kelat je muka mamat tu bila dengar teguran aku. Sama ada dia basuh ataupun tidak lepas dengar kuliah isya' aku, Wallahu a'laam.


Sama juga dengan isu murtabak, char koeteaw dan lain-lain. Dalam sedar tak sedar, berapa banyak najis ayam dah kita telan? Memang kedainya ada logo halal, peniaganya melayu Islam. Tapi berapa kerat yang ambil peduli pasal kebersihan dan kesucian makanan yang dihidangkan? Aku jadi takut bila fikir balik tentang sikap dan tanggungjawab sesama Muslim dalam bab-bab kesucian sesuatu makanan ni. Kedai arab pun sama. Kalau yang prihatin, insyaAllah dibasuh telur-telur tu. Yang tak prihatin? Belum tentu basuh. Tu pun kena tau cara basuhan, kalau rendam sebakul telur dalam besen, tak sah dan tak suci. Sebab air yang bercampur najis kurang daripada dua kolah, tidak menyucikan najis! Kena basuh dengan air lalu.

Mana tidaknya, kalau dah tangan yang sama pegang kulit telur yang bernajis, pecahkan kulit, agak-agak serdak najis ayam tu pi mana? Tangan tu selalunya tak dibasuh, terus jamah perencah dan bahan masakan yang lain. Habis semua hidangan jadi haram. Alang-alang dah haram, baik makan babi, biawak, monyet, siamang dan siput babi.

Bila kita perhatikan balik, memang kita ni dah banyak makan najis ayam sebab apa jua perancangan dan program, banyaknya hangat-hangat taik ayam! Mula je meletup-letup, lepas tu sejuk je. Takde respon. Tiada istiqomah. Marilah kita sama-sama menghangatkan kembali perhubungan sesama kita demi kesejahteraan hidup tanpa memakan najis ayam. Biarlah najis ayam kekal sebagai baja tumbuh-tumbuhan dan bukannya makanan ruji rakyat Malaysia. Mari bebaskan diri dari memakan najis ayam.

Caranya ialah dengan bertanyakan di setiap kedai yang kita makan dengan soalan berikut: "Telur ayam basuh tak?". Kalau ternampak di depan mata kita macam stall burger, char koeteow dan sebagainya, tengok dan perhatikan dengan teliti telur2 yang tersusun cantik di depan mata sama ada terdapat kesan ataupun najis pada kulit telur tu. Tegurlah demi agama, demi kesucian dan demi keturunan ummat nabi Muhammad SAW.

Trivia: Hangpa tau tak, kedai mamak bukannya reti buat scramble egg. Kalau tak percaya, hangpa cuba order sekali, tapi pastikan telurnya dibasuh.

"Kita, apa yang kita makan".

8 comments:

Anonymous said...

Jgn ambik mudah perkara ni. Nmpk leceh, tapi ni soal bab halal haram. Tu blom kita bincang bab logo x seragam yg merata cerok ada di kedai2 kopitiam n yg sewaktu dgnnya. Ramai peniaga non muslim main letak ja. Yg peniaga muslim plak, x endah langsung pasal sijil halal. Menjadi muslim bukanlah riket utk buktikan kita ni produce mknn halal. Eg: kes telur x basuh ni.

Marn

abuhusnie said...
This comment has been removed by the author.
abuhusnie said...

Artikel yang baik tuan presiden.
Patutlah umat Islam kita ni tengin ya amat, pase byk bebenor mentekedaghah taik...

Anonymous said...

SALAM ...

HE HE HE ... RUMAH AKU DAH PASANG STREAMYX BOLEH LE NAK BUKAK BLOG NI BILA-BIKA MAS AJE. DULU AKU PAKAI DIAL-UP . ASYIK SLOW MEMANJANG . AKU TUKAR KE STREAMYX . NAK PAKAI P1 WYMAX ... KAT CNI SIGNALNYA RTARAK . IKLAN BUKAN MAIN LG . HANGIN-HANGIN .

SEBUT PASAI TELUR ... TERINGAT AKU KAT PAK MAT JUAL MARTABAK DI KUALA NI . KALAU BULAN POSA MESTI ORANG BERATUR NAK BELI MURTABAK NYA . TERMASUK LER BUDAK IDRISIAH ZAMAN KITA DULU .

AKU TNYA LER LER KAT ANAK DIA APA RAHSIA MURTABAK BAPAKNYA COZ RAMAI ORANG NAK BELI ... DIA CAKAP BAPAK DIA PAKAI TERLUR AYAM YANG DIBASUH DULU SEBELUM BUAT MURTABAK ... LOGIK KE TAK LOGIK , ITU MENYEBABKAN MURTABAK BAPAKNYA JADI LAKU DAN CEPAT HABIS BILA BULAN POSA . TAK CAYA TANYA LOKMAN

ADIOS SPEKI

Anonymous said...

Ye la Mior, pandai kamu tanya aku. Aku pun jarang makan murtabak Pak Mat.Kat Kamunting ni ada satu pakcik jual murtabak siap tulis lagi telur dibasuh dan masuk waktu, mesti solat dulu bergilir dengan isteri dia. Kalau nak jumpa dia berniaga kat pasar malam Tmn Mewah setiap hari Isnin. Saja promosi....

Lukman.

abuateif said...

pendapat ko marn cukup marveles...byk yang tak sedar n tak ambek berat bab2 yang cenggini.
Meor - ko kena siasat gak murtabak pak mat tu...cakap anak dia tak leh pakai 100%..orang ramai datang beli tak semestinya produk tu halal n suci...elok makan habatul barakah...dia tak pakai telur.

Anonymous said...

salam ...

Ate , ape jalan penyelesaiannya . Macam anak aku ler , kalau nak makan nasi mesti ada telur goreng , kena cari lak telur yang kurang kolestrol ( bukan promosi ye )supaya tak ler ada kesan sampingan nanti . Aku kalu bab telur ni ... paling tak suka terlur rebus , apatah lagi kalau buat gulai kurma .

Adios . speki

marn said...

aku balun je apa jenih telo tolak telo kemuruk je. hat tu, kaau jamu kat jin tanah sekalipun, sure dia maki hamunnye tukang jamu tuh. takde telo, tak jantan le beb. Muahahahaha..

Tapi kena kluo duit lebih sikit la, cari yang kurang kolestrol. Telo ayam kampung ie memang baguih. Di pekan beso mcm kl ni kena cari la. Kalo takde kampung, jawabnye yg pekan punye lah. Cucuk sana-sini. Tu yang penyakit mcm2 la ni. Semuanya nak cepat.

Abu atief, mane ade orang makan nasik berlaukkan habbatus sauda'. Tokey habbatus sauda' pun tak berlaukkan habbatus sauda' bila makan nasik. Memang le baguih habbatus sauda' tu. Abg teman pun dok berniaga habbatus sauda'. In fact, aku pun berniaga habbatus sauda'. Muahahahaha..

Petua orang tetua, telan telo ayam kampung mentah yang dimasukkan madu setiap pagi. Tu yang tak terbuat tu. Hidup hari ni walaupun banyak pakai remote control, tapi masa masih jugak tak cukup2.Nak buat gumana? Dah lifestyle hidup masakini dah macam ni..