Pages

Solat Time

Friday, March 12, 2010

Jumaat datang lagi..

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi. Penghulu hari untuk setiap minggu. Banyak kelebihan hari Jumaat. Jangan kita mensia-siakan kedatangan hari Jumaat. Sama-sama kita renung dan mengambil iktibar daripada hadis Nabi Muhammad SAW akan kelebihan hari Jumaat. Perbanyakkanlah amalan semasa hidup untuk bekalan di akhirat kelak.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW jug bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

1 comment:

Abear said...

Tapi tu la dia.. buat yg makan gaji ari jumaat ni mmg cukup berat la mak aii mcm dh kira dl, cuti dh.. nak2 pas smayang jumaat...