Pages

Solat Time

Tuesday, February 9, 2010

Suka ke tak suka ke.. Hapa aku pedulik!

Assalamualaikum..

Ni aku copy/paste daripada blog Aduka Taruna tanpa izin.. aku rasa elok sangat la kita kongsi ramai-ramai. Suka ke, tak suka ke. Hapa aku pedulik! Jom kita cernakan maklumat-maklumat seperti di bawah:

11 sebab kenapa kita perlu sokong UMNO:

1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Cina, India, Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu, skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

"Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

"So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak... x_x

Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

6 comments:

Anonymous said...

Zambry kau tetap haram jadah sampai bila-bila....

Lukman.

marn said...

Hang maki bekandaq pun tak guna jugak Man oi.. Biaq pi la dia nak jadi MB.

Lagipun, blom tentu Nizar dpt bubar DUN. Kena pekenan sultan dulu. Sultan mmg tak suka kat Nizar. Time tu lagi haru. Pastu, UMNO bleh cakap Nizar ni MB Mahkamah.

PR pun tengah bergolak sakan. Biaq la kita setel halehwal dalam kelambu kita dulu, barulah bleh confront dengan jiran hat dok curi buah deghoyan kita.

Anonymous said...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Lukman.

abu_ateif said...

hang cerita la marn sejuta kegampangan dan keharamjadahan yang dibuat oleh umno...melayu ttp bermatian sokong umno...apa punya ghapla jingga la melayu kat mesia ni...tak paham2..aku mmg tak paham

Anonymous said...

Kan aku dah cakap UMNO - Untuk Melayu No Otak.

Lukman.

Anonymous said...

Hg tau apa sebab org Melayu sokong? Sebab keistimewaan org2 melayu. Walaupun yg dpt keistimewaan tu Umnoputra dan bknnya bumiputra. Peniaga dan pemodal Melayu takut hilang projek 'direct nego', skim cepat kaya thru kenalan politik dan kuasa politik.

Hat tok2 guru dan yg mengaji agama pun sentimennya lebih condong kepada kelangsungan survival melayu, bukannya Islam. Tu yang jadi sebab utama.

Apa PR punya tindakan? Nothing!!! Kalau PR boleh bg alternatif dan jaminan hak keistimewaan org melayu serta maklumat sampai, insyaallah akan berlaku anjakan paradigma dan keterbukaan minda.

Berapa kerat org melayu yg boleh berpikir di luar kotak? Berapa kerat melayu yg duduk di luar sistem? Makan gaji dikira sebagai duduk dalam sistem. Org yg berada dlm posisi di luar sistem adalah pembuat sistem. Maka, siapa yg mendapat untung? Para pemodal dan peniaga. Tak kira, melayu, india dan cina, depa nk survive. So, pendekatannya ialah matlamat menghalalkan cara ikut acuan michaivelli.

Soal moral dan kelaku buruk tolak tepi sebab agama hanya pada hari jumaat, kematian dan maulidur rasul shj.