Solat Time

Thursday, February 11, 2010

Selamat Tahun Baru Cina: Tahun Harimau

Assalamualaikum..

Bersempena cuti yang bakal datang tak lama lagi, aku ucapkan kepada sahabat-sahabat semua Gong Xi Fa Chai. Jangan skeptikal! Tak salah untuk kita tumpang raikan perayaan kebudayaan. Yang salah dan jatuh berdosa sekiranya kita sama-sama merayakan perayaan keugamaan. Sementara sahabat-sahabat sedang sibuk dengan membeli-belah sebab jualan murah hari raya cina, dinasihatkan belilah stok makanan banyak sikit kerana nanti lepas raya cina, susah nak dapat bekalan barangan segar macam sayur, ayam dan yang sewaktu dengannya. Ni yang kata Tanah Melayu ni? Cina yang pegang dan kuasai ekonomi. Yang melayu tau beli dan berbelanja kalau ada duit.

Bosan dengan cuaca politik tempatan, aku mengajak sahabat-sahabat semua mengenali dengan lebih lanjut tentang tahun-tahun di dalam kalendar cina terutamanya Tahun Harimau. Mari belajar tentang zodiak cina.

Tahun Harimau

Mengikut kalendar masyarakat kaum cina, tahun 2010 merupakan Tahun Harimau Emas, yang jatuh pada Februari 14, 2010. Harimau merupakan tanda ataupun zodiak ketiga di dalam putaran Zodiak Cina yang mengandungi 12 zodiak haiwan di dalam kalendar masyarakat cina.

Harimau merupakan haiwan yang dikenali sebagai berani, garang dan ditakuti. Mengikut pandangan masyarakat cina, harimau mewakili simbol sifat dan tenaga kewanitaan Yin yang berlawanan dengan semangat simbol kejantanan Yang iaitu naga. Orang cina ketika era dinasti kuno beranggapan bahawa naga merupakan simbol DiRaja, manakala harimau adalah simbol ketenteraan yang tertinggi mewakili semangat tidak gentar dan kejayaan. Kekuatan dan kehebatan sang harimau banyak mempengaruhi gerakan-gerakan di dalam ilmu kungfu.

Tanda dan sifat manusia yang lahir dalam Tahun Harimau

Masyarakat cina percaya mereka yang lahir pada Tahun Harimau disukai ramai oleh kerana personaliti yang mempersonakan. Mereka juga termasuk di dalam golongan yang suka berterus-terang, tidak dapat dijangka dan menarik, pandai di dalam menyusun strategi dan taktik. Selalunya mempunyai agenda tersembunyi. Penuh dengan syak-prangsangka dan kadangkala membuat keputusan yang tergopoh-gapah. Manakala sesetengahnya pula dilahirkan mempunyai perasaan simpati yang kuat, menyayangi kanak-kanak dan apa jua yang merangsang imaginasi.



Manusia yang lahir pada Tahun Harimau amat berbangga dengan perbezaan berbanding orang lain yang terdapat di dalam diri mereka. Mereka adalah pelajar yang cepat memahami sesuatu yang dipelajari, mahukan cabaran dan selalu bekerja bersendirian. Sesetengahnya suka bertukar-tukar kerjaya kerana cepat bosan. Cekap di dalam kerja yang menjurus kepada pangkat dan kuasa (berhati-hati!). Golongan ini juga kadang-kala mempunyai tabiat suka berbelanja kerana tahu mereka boleh memperolehi wang yang lebih daripada yang dibelanjakan.

Tahun-tahun Harimau dan unsur-unsurnya:

02/08/1902 - 01/28/1903 (Air), 01/26/1914 - 02/13/1915 (Kayu), 02/13/1926 - 02/01/1927 (Api), 01/31/1938 - 02/18/1939 (Tanah), 02/17/1950 - 02/05/1951 (Besi), 02/05/1962 to 01/24/1963 (Air), 01/23/1974 - 02/10/1975 (Kayu), 02/09/1986 - 01/28/1987 (Api), 01/28/1998 - 02/15/1999 (Tanah), 02/14/2010 - 02/02/2011 (Besi).

Serba ringkas mengenai Tahun Harimau. Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan yang dicoretkan di sini. Di kesempatan ini juga, aku berdoa agar kalian semua selamat di dalam apa jua pekerjaan. Berhati-hati di jalanraya dan rancang perjalanan anda terlebih dahulu supaya tidak teperangkap di dalam kesesakan jalanraya.

3 comments:

marn said...

Hangpa toksah percaya sangat dengan tulisan dalam posting tu. Sekadar bacaan ringan. Kalau ada juga sifat-sifat dalam tulisan dengan diri masing-masing, tu secara kebetulan ja terjadi. Allah jua Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Salam ..

Baru aku tau yangaku ni dilhirakan pada tahun Harimau ( hari hari mau .. ha ha ha )

Adiso Speki

intan sunway said...

Sy tahun harimau