Pages

Solat Time

Wednesday, January 6, 2010

Tolong doakan...

Assalamualaikum..


TERKINI...

Berita gembira buat semua sahabat, ayahnya Izanee, pakcik Zainon telah selamat sedar daripada koma. Berita disampaiakn oleh Izanee sendiri. Sama-sama kita doakan..

Posting asal..

Berita sedih buat para sahabat. Ayah sahabat kita Izanee sekarang sedang tenat dan kini berada di wad 6B, katil bernombor 13, Hospital Ampang. Gara-gara serangan stroke yang berlaku lewat hari Ahad baru-baru ini.

Keadaan beliau sehingga pukul 7.30 malam semalam (masa kami; aku, Asri dan Mart Jeni melawat petang semalam) masih berada di dalam keadaan koma. Namun, masih ada peluang untuk sedar daripada koma, insyaallah.

Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh seperti sediakala. Semoga keluarga Izanee tabah hadapi cabaran hidup di awal tahun ini. Moga Allah Taala memberi kesabaran ke atas kita semua dengan ujian yang mendatang, amin...!

7 comments:

marn said...

sapa2 rasa nak rasa macam memetik buah2an di taman syurga, pi la ziarah orang sakit.

Unknown said...

Assalamulaium smua sahabat,

Apa kabo kawan2.Lama rasanya aku tak masuk blog kita ni.
Hari ni aku teringat nak masuk sbb lama dah tak tengok
blog yg penuh dgn nostalgia tersendiri.

Mlm tadi aku jumpa anak pak Zainon yg brnama Izanee.
Mak dia suruh ambik air zam2 utk bapak dia.
Mengikut kata Izanee bapak dia dah bransur pulih.
InsyaAllah klu takde ape2 bapak dia akan kluar hospital dlm masa terdekat ni.

abuhusnie said...

salam...
wahai sahabat2 ku, ibu kepada sahabat kita iaitu Farasafuan kini berada dalam keadaan yang amat membimbangkan akibat stroke..
sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat ibunya di wad D6, Hospital Taiping.

Mart said...

Salam...

Untuk pengetahun semua Tuan moderator merangkap Tuan Presiden Komunitas sedang mengalami Ulcer tahap kronik dimana agak sukar utk beliau makan, minum & merokok. Sama2lah kita berdoa agar segera disembuhkan Presiden yg kita sayangi supaya dapatlah beliau menceriakan semula blog ini. Sesiapa yg ader kesempatan hubungi beliau yg masih terlantar dirumah.

Sekian

ps : En Marn kita juga merupakan suspek pesakit denggi.

Unknown said...

Salam,bapak Izanee Zainon dimasukkan smula ke hospital.
Kali ni dia dibawa ke HKL tkt 4 wad 18.
Darah dia naik,gula turun naik & penat.

Mart Zeni said...

Salam fellow bloggers,

Jmnl Azman kini ditahan di Hsptl Ampng akibat demam denggi, Permasalahan di semua hospital pula sekarang ini ialah kekurangan darah. Jadi Sy menyeru kepada sahabat2 yg berkesempatan pergi lah ke pusat2 derma darah bagi menyumbang darah bagi mereka yg memerlukan. Kt ofis aku hari ini & besok ada wakil dr tabung darah negara membuka pusat derma.

Anonymous said...

Salam ...

Darah jenis ape cik mart oiii ? Tahun baru yang dimulai dgn ujian daripada Allah untuk hamba2nya yang beriman . Mengikut pengalaman aku la ... masa anak aku ( masa tu umurnya 5 tahun ) kena demam denggi dulu , ada cikgu cin kat sekolah aku bagi petua bagaimana nak menaikkan semula plalete darah merah yang kurang .

Caranya ialah minum sup sarang burung . Harga boleh tahan ler tp ada satu syarikat bumiputera islam dari sbah yang memasarkan sejenis sarang burung walit @ layang-layang . harga sekitar RM 70 . Kalau beli kat sinseh mau RM ratusan .

Alhamdulillah , 4 ari dol spital dah boleh keluar .

Semoga Tn,. President cepat sembuh

Adios. SPEKI