Solat Time

Friday, January 29, 2010

Dua perkhabaran

Assalamualaikum..

Moga ceria dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Yang sakit, aku doakan agar kalian cepat sembuh. Yang sihat, aku doakan agar kesihatan kalian berpanjangan. Jaga kesihatan tubuh-badan, minda dan taqwa ketika sedang menikmati rezeki yang Allah Taala kurniakan.

Ingin aku berkongsi dua perkhabaran: berita gembira dan sedih untuk makluman sahabat semua. Yang pertamanya, sahabat kita al-Fadhil Ustaz Fariz Jalaluddin telah mendapat putera yang kedua yang juga merupakan anak yang ke-4. Tahniah dan semoga Allah SWT memurahkan lagi rezeki dan ditambahkan keberkatan buat al-Fadhil Ustaz sekeluarga.

Dan berita yang kedua ni, berita sedih iaitu bonda tercinta sahabat kita Mr. Farasafuan telah selamat kembali ke rahmatullah selepas solat Jumaat tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhaiNya. Al-Faatihah...

Buat Faras, aku harap hang sabar dengan ketentuan hidup. Tiap yang bernyawa pasti akan mati. Sama ada cepat atau lambat. Moga Allah Taala memberikan kesabaran dan ketabahan buat hang sekeluarga.

Yang mana masih ada bonda dan ayah, selalu-selalukan lah berhubung.

Dan selamat bercuti buat warga Wilayah Persekutuan bersempena Hari Wilayah yang jatuh pada Isnin ini.

3 comments:

fahana_ann said...

sakam,
salam singgah ke komiti 87 ni..ada maklumat yang dicari di blog ni..trima kasih ye..em, pasal machiavelli..trima kasih>_<

marn said...

Wslm... selamat menyinggah..

abuateif said...

salam...
tahniah buat fariz moga tabah membesarkan anak2 agar menjadi umat nabi muhammad yang soleh.
pada faras...sabo banyak2 moga roh mak ko tenang disamping arwah yang mendapat rahmat dan kasih sayang allah