Pages

Solat Time

Monday, August 10, 2009

Sungai Siput dan Nor Hisan

Assalamualaikum..

Selamat sejahtera buat semua. Alhamdulillah, seronok rasa hari ni, walaupun duit tak banyak, tapi nikmat iman dan kebahgiaan yang Allah Taala berikan, sudah lebih dari cukup untuk membuatkan hati ini berasa gembira.


Dan Alhamdulillah jua kerana perjalanan menziarahi sdr kita Nor Hisan di rumah bondanya di Sg. Siput, juga selamat dan dipermudahkan Allah Azza wa Jalla. Kami (aku dan Mart Jeni) selamat pergi dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing kurang lebih pukul 12 mlm.

Kisahnya bermula di Pandan Indah. Aku keluar rumah pukul 7.30 pagi. Singgah pick-up Mart Jeni di Sri Permaisuri dan sarapan di RHB Salak Selatan. Bukan dalam bank, tapi tepi bank. Pekena nasi lemak berato. Memang sedap. Patutla aku nengok dah jadi 1Malaysia stall nasi lemak tu. Memang muhibbah la.

Lepas tu slow2 gerak dalam 8.45 pagi terus ke Ipoh. Singgah site opis nganto barang2. Lepas tu, pekena nasik ganja di jalan Yang Kalsom (kalau tak salah aku la). Solat Zohor-Asar Jama' Taqdim di masjid besar Ipoh.

Tengah dok sibuk calling2 kawan2 di Ipoh (semua depa ni sibuk tiap kali aku ngan Mart Jeni turun), dapatla berita akan si Faisal Rahim beroleh anak baru. Nak le pegi ziarah anaknya, si Faisal pulak tak bagi sebab takut virus H1N1. Doktor tak bagi ziarah katanya. Aku ingat nak la ziarah si bapa kalau tak boleh zirah anaknya, pun macam buat tak kisah je. Aku maleh nak komen panjang. Harap kome paham...

Lepas cuba hubungi kawan-kawan nak ajak konvoi (yang mana ramai sibuk dan tak dapat join sebab Sg. Siput tu rasa macam dok kat Los Angeles), aku dan Mart Jeni pun terus gerak ke Sg. Siput. Berjanji dengan Akmal Nizam aka Alem. Kami bertiga langsung ke rumah Hisan.

Punya la seronok si Hisan, bercakap tak renti-renti sampai la kami balik. Kalau ada kawan-kawan yang ada petua macam mana nak jaga kencing manis, rasanya tak payah la bagi sebabnya si Hisan tu dah kira tahap PhD sebab dah terlampau banyak teori dan amali yang dia buat selama mangidap kencing manis ni. Dah boleh buat buku. Segala akar-kayu, petua-petui dan serba mak nenek yang lain semua dia ada. Nasihat aku buat kawan-kawan yang lain, kalau ada kesempatan, pi la ziarah kawan kita yang terlantar di rumah dia tu. Alamatnya: No 103, Lorong 4, Taman Sentosa, Sungai Siput. Kita sendiri pun, tengah-tengah sakit, tiba-tiba ada kawan mai ziarah, apa kita rasa? Tengah la ni dok sihat, jangan dok berasa kita takkan sakit. Antara hak sesama sahabat ni ialah menziarahi ketika sakit. Jangan nak tunggu mati, baru nak terhegeh-hegeh cari rumah tang mana, nak pi ziarah. Satu lagi, dalam dok ligan dunia ni, kita kena sekali-sekala, berehat kejap dan tengok sekeliling kita.

Sekarang ni, dia tengah berubat dengan satu jenih ubat yang diperbuat daripada buah manggis. Dan kebetulan abang aku datang singgah di rumah aku semalam. Aku tanyalah pada dia, akan khasiat manggis ni. Abg aku setuju dengan manggis sebagai ubat kencing manis sebab ingredients dalam manggis tu memang boleh membantu meningkatkan tahap ketahanan badan dan menjaga kandungan gula dalam darah.

Memandangkan kami kena bergegas pulang ke KL, aku, Alem dan Mart Jeni tak lepak lama-lama di rumah Hisan. Lagipun, dia tu menggagahkan diri bersembang dengan kami. Bukannya larat mana pun. Kami gerak pulang dalam pukul 6 petang. Singgah pekena Mee Rebus Ramli. Pergh! Manthobbb! Sendiri mau rasa la. Cakap pun tak guna beb.!


6 comments:

abu_ateif said...

akom semua...
aku mmg tabik spring kat marn n bang mark sanggup mengorbankan masa,tenaga n wang ringgit utk menziarah sahabat kita hisan tu...semoga niat suci hampa tu diganjari allah setat dari jejak keluar rumah sampai la hampa masuk balik kerumah yang hampa keluar mula2 tadi...
nanti kalau aku sakit jgn lupa lawat aku na...
aku nak tabik spring lagi kat hampa berdua

marn said...

Assalamualaikum...

betapa Allah Taala uji aku dengan dgn ujian yang bertimpa2. Aku redha dan pasrah. Ni kira sikit je kalau nak dibandingkan dengan ujian ke atas Wali2Nya.

Balik drpd Sg Siput, badan aku dah rasa tak sedap. Isnin masuk opis. Selasa aku collapsed! Rabu sampai la semalam terbongkang di rumah. Badan menggigil macam orang ketagih heroin tak dapat. Batuk sampai level nampak bintang di langit kerdip engkau di sana.

Makan? Pergh! aku makan sekepin roti sehari. Skang berat aku dah 76kg. Just imagine drpd 79kg, aku bleh hilang 3kg dlm 3hari. Muahahahaha..

Ni pun, masuk opis sbb dah lama rasanya tak masuk opis. Badan still lagi lemah2. Kepala ada pinau2 skit. Aku harap hangpa yang blom kena serangan apa jangkitan, jagalah kebersihan diri dan jauhi daripada segala punca yang boleh mendatangkan mudhorat. Aku ni kesnya ada 2-3 budak opis yang demam, tapi mai juga kkerja. Tu yang aku hangin tu. Nak marah, bukan budak aku. Budak kampeni yang share opis ngan aku. Blakang, aku kena jangkitan virus ni. Alhamdulillah la. Rasanya bukan virus BABI sbb dah pi cek kat klinik.

Hangpa jagalah kesihatan beb. Bulan2 cuaca tak elok ni, ramai yang mati beb. Antaranya Asri Rabbani, pastu kawan Syria aku pun dah jalan sorang. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

abu_ateif said...

marn...byk bersabar atas ujian allah kat hang tu...tu tandanya allah sayang kat hang...byk dosa hang dah buat tu tiba giliran utk cuci dosa tu hahahaaha...kena banyak sabar la...jgn meracau macam mahathir hahahahaha

Anonymous said...

salam ...

DAh lama benor aku tak nengok muka MSY ... maklum ler dah pindah dari kg ni rasa2 nyer hampir 2 tahun tak jumpa . Senyum ajer dia . seronok bebenor nampak nyer .

H1N1 ... amat menakutkan coz boleh bawak mati , kau tak bawak mati sure org kat kg pun tak tau menatang ape H1N1 ..yg deme tahu B1N1 .

Setakat ari ni ajer kat sekolah aku pun dah ade yg kena @ positif H1N1 , sorang student kaum kerabatnya mati dek sebab tu . Kata Sang doktor Pnuemonia ( betoi ker ejaan aku ni ) . Ate udah ngajor kat sekolah SMJK mestilah ada yg kena , deme makan menatang tu. Sure ler sekolah Abu Atief tak de H1N1 coz cmua budak islam ( bukab melayu tetapi islam .. harapan aku ler ) .
Risau juga dibuat nyer .. ari bila aku tiba kat sekolah aku nengok cua cikgu pakai penutup mulut .. aku nak ler beli mak oiii regenyer 50% -100% bertambah . Kalu ada modal boleh gak grup kita bukak kilang buat penutup mulut ni... tengah laku , permintaan tinggi .

Apa-apa pun SELAMAT MENYAMBUT KEDATANAGN BULAN RAMADHAN .

kepada semua kengkawan aku ucapkan selamat berposa

ADIOS . SPEKI

abu_ateif said...

perghhh lama tak baca coretan bersahaja hang meor...aku ingatkan tak nazak kena h1n1...maklum la hang sok sekali ngan geng2 melantak khinzir hahahahhaa...tapi hang kebal meor tu virus tu tak dak kat hang...
kat sekolah aku ngajo tak dak yang positif lagi...budak2 dok tunggu tu kot2 ada yang positif boleh balik kpg seminggu...so far kes2 demam panas byk la.
yang menaikkan harga topeng tu mereka sebenarnya babi bertopengkan manusia hahahaaa...orang tgh2 dok tenat ni depa penaik harga topeng pulak...ada akai ka?

marn said...

keh tadak akai tu la yang depa dok penaik harga mencanak tuh. bahagia di atas kesusahan dan kesengsaraan orang lain. tu perangai yahudi laknatullah! yang buruk perangainya, ramai org jadi yahudi tapi tak sedaq.

Profiteering memang haram beb! ntung boleh, tapi kalau tahap melampau, dah kira menindas. menindas dan memeras tu haram di sisi Allah Taala. tok sah dok belapik2 lagi ngan ayat2 cinta kata ni bisnes. Bisnes kepala bapak babi depa!

Aku redha dan pasrah je la dengan kehendak Ilahi. Dah dosa sepasai. Allah Taala sayang sepasai. Muahahahahah... Apa2 pun, hangpa yang tak kena lagi demam panaih, jaga kesihatan. Minum ayaq banyak. Ibadah dan solat tolak bala tu selalu2 la buat. Kalau dah selalu, kena topup lagi sebab tak cukup tuh. Muahahahahah...