Solat Time

Thursday, June 4, 2009

Maka, selesai sudah...

Assalamualaikum..

Tahniah dan Alf wi alf mabrouk buat pengantin baru kita Ismail Nizar yang selamat disatukan dengan aweknya (la ni bini dah la). Nama bininya aku lupa ar... yang aku tau, asai orang Bercham. Muahahahahah.. Memang pandai Mail pilih bini. Tak sesia tunggu lama sampai kena tinggai 3-4 tiang dengan kawan-kawan lain.

Pembetulan: Terima kasih tidak terhingga buat sdr Abu Atief sebab sudi membetulkan kesilapan fakta. Bini Mail asalnya dari Bertam, Kepala Batas (tempat Pak Lah tido), bukannya Bercham seperti yang aku tulis di atas. Harap maaf di atas segala kemusykilan yang timbul.



Buat sahabatku Ismail Nizar yang baru saja mendirikan rumahtangga, nasihatku ialah dirikan rumahtanggamu dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Azza wa Jalla. Kita hanya mampu berusaha untuk bahagia, namun Allah Taala jua yang memiliki bahagia itu. Hendaklah kita sentiasa bersabar secara fizikal dan mental. Ujian akan tetap ada. Sabar itu kunci kepada kebahagiaan. Moga Allah merahmatimu selalu, panjang umur, dimurahkan rezeqi dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.

Aduhai.. rasa macam singkat sesangat perjumpaan dengan kengkawan semalam. Semalam yang hangat. Hangat dengan suasana meriah. Bila jumpa, macam-macam gossip yang ada. Muahahahaha.. antaranya, teringin nak buat kenduri kahwin, tapi bini nombor dua (er.. bukan aku, tapi ada la...Muahahahahahah!!!)

Memang syiok tak terkata dapat kumpul ramai-ramai terutamanya kenduri kahwin kawan sepermainan dulu-dulu. Majlis yang sederhana tapi meriah. Aku salut sama Mail sebab berani buat kenduri tengah2 minggu. Kalau hujung minggu, mau berebut khemah kenduri.

Al-kisah, yang mula-mula sampai makan kenduri dengar katanya si Asri Scottie. Dia tu mai makan kenuri, lepas tu cabut. Haram tak berjumpa kawan-kawan pun. Nak kata kerja, cuti sekolah. Bersangka baik, kita anggaplah dia ada kerja yang lebih mustahak. Hehehehe.. Takpa la yang tu. Kemudian, si Arshad 'Gila Parang' (gila parang ni panggilan masa dia menuntut ilmu dengan pendekar Guntur di Bukit Halilintar) bersama isterinya yang sampai. Lepas tu aku dan Mart Jeni. Kami ni sampai rumah pengantin dalam pukul 1.00 petang sebab nyinggah ke Ipoh dulu menganto barang ke site di Ipoh. Lepas tu si Meor Matot sekeluarga dan Izanee bersama isteri dan ayahbondanya. Lepas tu aku lost count.

Yang pastinya, ramai kawan2 yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit walaupun masing-masing sibuk, untuk datang memenuhi jemputan si Mail. Antaranya ialah: Mart Jeni, Gborg dan aku yang mampir secara soloist. Manakala berduet ialah Arshad dan isteri. Selebihnya macam Izanee sekeluarga, Meo sekeluarga, Fariz sekeluarga, Lokman sekeluarga, Abu Atief sekeluarga, Fakhrul sekeluarga serta Yus (abg Fariz) sekeluarga . Lewat petang pulak, dalam 6.30 si Sofi Kadir membut kemunculan solo untuk meratah ayam kenuri.

Alhamdulillah, celah-celah tu jugak, Abu Atief sempat lagi melaksanakan tanggungjawabnya seorang Bendahari yang berkaliber. Mengutip yuran tahunan. Berjaya dibuat walaupun ramai yang liat gila nak bayo. Beb! Bukan untuk aku, Mart waimma tok ketua kampung Janda Baik. Tapi untuk anda, anda dan anda sendiri serta anakbini yang bakal memperolehi faedah di dunia dan akhirat! Sembang bunyi katanya nak lawan yahudi dan nak bikin projek itu-ini. Nak kutip dana yuran tahunan pun susah gile. Rentikan le nyembang nak lawan yahudi same projek sane-sini. Meletop-letop bunyi macam taik keghobo jatuh! Maleh teman nak tokok tambah. Kome pikio le sendighi. Andaikata rasa kasih dan sayang pada ummah itu masih ada tersisa di dalam sanubari, cepat-cepat le bayo yuran tahunan tu.

Walau apapun, tahniah kepada mereka yang hadir kenuri Mail. Another mementos in our life. Dan juga jutaan terima kasih buat mereka yang telah menjalankan tanggungjawab dengan membayo yuran. Jazakumullahu Khairal Jaza' wallahu yu'tikoumul A'fiah. Moga Allah Taala menambah rezeki dan membuka selebar-lebarnya pintu gedung kekayaanNya buat kita. buat mereka yang belum settlekan yuran, ayuh..! Segera laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim yang cintakan saudara semuslimnya sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri.

May Allah blesses be with us!


6 comments:

marn said...

kome nengok le pepuah! aku dah cube mengmbil angle sebaik mungkin. Guna camera phone gitu le. Tak macam DSLR. Jauh banyak kualitas tu.

Anyway, enjoy reading. Aku letih tak hilang lagi nih. Letih makan.

bear bub said...

aku sejak kawan dgn jamnul ni makin seksa usus aku nak menghadamkan makanan, anyhow thanks bro sbb bwk aku mkn roti canai TERsedap di bukit gantang.. pergh kuah dia dal+sardin+bwg goreng mmg sedap to that extend kami yg baru belasah hampir sebakul kropok lekor tibai pulak roti canai juara bkt gantang.. pastu repeat lak kat umah mael di senja kala bulan mengambang kununnya menemani sopi kader, nak best lagi sampai KL teruskan tradisi lak pi rawsha blasah lamb kabsa sorang spinggan subhanallah... ampun kanlah dosa hamba mu ini dan dosa2 sekelian muslimin & muslimat baik yng masih hidup & juga yg telah mati aminn ya rabbul a'laminn

suzaini said...

Tegak misai mael dek kerana senyum yg tak lekang dipipi.. aku wonder gak kawan2 yg sangat2 rapat dgn Mael tapi gagal menghadirkan diri diMajlis yg semua orang tahu sekali jer seumur hidup kawin ni bukan tiap2 tahun so jgn lah kita ambil mudah sangat jemputan majlis kenuri kawin sahabat2.... Rumah Mael ni antara yg pali mudah nak diekses & hampir mustahil utk kita tak tau kat maner rumah mael as good as kita tak tau rumah si karim, dan kebykkan kita ni terutama yg sangat2 rapat dgn Mael ni terhutang budi dgn mak & ayah mael, maner tidak nyer asal musim derhoyan rumah mael la kita serbu dr zaman nak bas nih.. pastu bila nak sungai rumah mael jugak la kita pegi so aku mmg benar2 tak paham la kenapa la those yg rapat sangat dikeliling mael ni tak dtg utk meluangkan sedikit pengorbanan utk sahabat nih, zaman skarang ni pengorbana bukan nyer susah cam dulu2 masa, duit dan tenaga jer.. bukan mcm zaman rasullullah. Pengumuman tarikh telah diberitahu awal lagi & jemputan telah dibuat secara verbal, blog & melalui sms dr pengantin terus dan sepatutnya kita selaku remaja tua berjaya merancang segala jadual & gerak kerja.. dalam hidup ni kalau kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal, period!

abu_ateif said...

akom kengkawan...

Tahniah aku nak ucap kat mail pasal dah sempurna sebahagian agamanya...tahniah gak pada kengkawan yang berjaya menghadirkan diri dengan jayanya di kenduri sahabat kita tu..syok jumpa kengkawan wpun tak lama...aku terpaksa cilok awal pasal tompang orang yob...lgpun ada pgrm di sekolah...gbox kompom tak leh terima alasan yang aku beri ni.
arshad adalah sahabat aku yang aku jumpa balik setelah kurang lebih 20 tahun terpisah...pehhh dasat tu yob..sembang punya sembang ghupa2nyer bini dia sekampung ngan bini aku kat kuala selangor tu...dasat kan?
marn...mana ko dapat berita bini mail orang BERCHAM?rasa aku bini bini dia orang BERTAM,kepala batas tempat pak lah tidur hehehehe.
ok geng...aku baca ayat mat tu tak tau la aku dia smash sapa..tapi aku respek kat marn n mat..tang mana pun ada kenduri muka depa mesti ada...bukan pasai kuat makan..tu semua orang dah tau..tapi pasai tanggungjwab memenuhi jemputan sahabat n nak jumpa sahabat2 lama tu...besaq pahala tu mengkome...ana tabik kat enta berdua sheh.

marn said...

Huish.. Mart.. dalam tuh! Aku taktau la sapa yang dikira 'very close' dengan mail sbb aku tak rapat mana dgn mail masa sekolah dulu. Memang tak patut sesangat la kalau saja create alasan. Bak kata orang tetue: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Selebihnya, no comment.

Aku 'rasa' rapat sebab makpak Mail kenai makpak aku. Especially adik aku yang memang rapat ngan Madihah adiknya Mail. Adik aku ni lelaki. Adik-beradik angkat la tu. Mmg rapat la adik aku ngan famili Mail ni.

Lepas tu, dah bila lama tak berjumpa, dan bertemu semula, penerimaan dan kapala pulak sama tune. So, aku rasa Mail mmg rapat la ngan aku. Lagipun, deghoyan makpak dia tu sedap (apa kena ngena deghoyan dengan ini cerita?!).

Diandaikan aku kena memilih antara deghoyan Mail dengan Manohara Odelia Pinot, nescaya akan ku pilih Manohara! Tanpa syak wasangka! Muahahahahah

Abu Atief, kami ni sekadar buat mana yang termampu.Badan tengah kuat kata orang. Selagi mampu, layan je. Lagipun, time kenduri kendara ni la yang boleh nak berkumpul walaupun sekejap, jadi le. Lepas windu kat kengkawan. Duit boleh cari bang. Kawan2 tiada ganti.

mart said...

sajer je gempak.. kaduk naik junjung la katakan.. br nak pandai komen panjang2 sajer jer... hahahahah