Assalamualaikum..
Terima kasih tidak terhingga buat semua pelawat yang masih sudi melayari blog ini. Aku selaku moderator blog ni merasa amat terharu dengan kesudian dan luangan waktu yang sahabat-sahabat telah, sedang dan akan lakukan.
Ada dua perkhabaran yang nak aku sampaikan dalam posting kali ini. Pertamanya, isteri kawan kita si Lokman Razi (aku taktau nama bini dia) telah selamat melahirkan putera yang ke-3 pada pukul 8.00 pagi tadi. Berat putera terbaru Lokman dikhabarkan seberat 2.94kg. Tahniah dan ucapan Alf Mabrouk mewakili seluruh warga Komuniti87. Moga Allah SWT menambahkan lagi rezeki dan dipanjangkan umur kalian sekeluarga.
Harapan kami untuk melihat leluhur yang berterusan daripada warga Komuniti87 untuk berkembang maju dalam meramaikan umat nabi Muhammad SAW. Semoga cahayamaat yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu, dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan keimanan, ketaqwaan seterusnya menjadi insan cemerlang, terbilang dan gemilang. Besarlah harapan kita semua untuk melihat setiap benih daripada kita menjadi insan yang berakhlak, beragama dan pintar serta berguna kepada masyarakat.
Buat yang belum mendapat cahayamata, jangan putus asa. Teruskan usaha. Dan terokalah alternatif lain seperti buka cawangan baru (ni andaian sekiranya pihak perempuan menghadapi masalah untuk mengandung dan berkemampuan), ikhtiar secara tradisional mahupun moden, semuanya bagus-bagus belaka. Jangan sampai melanggar hukum-hakam Allah SWT sudahlah.
Berita kedua yang ingin aku sampaikan ialah peristiwa Asri dan Yusrin menghadapai petaka yang berlaku di luar jangkaan. Sama-sama kita berdoa supaya sahabat kita yang berdua ini dilindungi daripada berulang detik hitam buat kedua kalinya. Moga Allah SWT memberi ketabahan buat mereka berdua dalam menghadapi situasi yang gawat seperti ini. Ujian adalah tarbiah dari Allah untuk melihat sama ada kita sabar ataupun sebaliknya. Mungkin jua ianya satu kaffarah. Apa2 pun, tabahkan hati wahai saudara-saudaraku. "Ya Allah, Kau jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan, mara bahaya serta sudian orang-orang zalim".
Nak aku ceritakan apa yang berlaku? Panjang lebo jadinya posting aku ni nanti. Apa-apa pun, seeloknya tuan/puan sendiri yang hubungi tuan punya badan untuk mengetahui alkisah apa yang berlaku.
9 comments:
Tadi aku update maklumat drpd asri. Katanya nilaian kasar kerosakan enjin keretanya sahaja sekitar RM8K. Kalau skali kos baik pulih cermin depan, ketuk dan cat semula badan Nazaria, boleh cecah RM12K.
Pergh...! Satu amaun yg sangat byk. Aku xtau asri nk cekau mana duit sebanyak tu. Aku punya cadangan, kita buat derma kilat utk bantu saudara kita yg berada dlm kesusahan. Apa kata kawan2 semua? Aku no hal punya. Banyak kesian aku tgk sama asri dan yusrin tu. Jadi mangsa keadaan. Tak kira lah sama ada arab tu yg betul atau salah, yg pastinya depa berdua adalah mangsa keadaan.
Buat masa sekarang, kita doalah bg saudara2 kita yg ditipa kesusahan tu supaya dimudahkan urusan. Tgk claim insuran cover smp mana. Mana kita boleh topup tolong, kita tolonglah.
What say y'all?
salam sahabat2ku..
tahniah buat baba lokman kerana dapat lagi anak...rasanya baru jer lagi dia dapat anak...sedo2 dapat lagi...mmg aktif n subur benih beliau...pantang tanam jer menjadi.
kepada member2 kita yang kena musibah kena byk sabo...yang penting ambek pengajaran dari musibah yang ditimpa...orang muslim kena muhasabah balik apa yang menimpa dia...apakah musibah tu allah nak kita beringat terhadap dosa yang kita lakukan or allah nak uji kita untuk kenaikan pangkat disisi Dia yang maha esa...aku setuju jer kalau kita kutip duit yang kita kumpul tu kalau setuju la utk beri hadiah untuk takziah diorang.
Assalamualaikum...
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ucapkan tahniah atas kelahiran putera ketiga aku. Nama pun dah diberi - Muhammad Jazli bin Lukman Razi, pening cari nama untuk supaya isteri setuju, akhirnya nama itulah yang dipilih. Untuk pengetahuan nama isteri aku Norfazrina Mohd Zain. Buat masa ni anak aku masih ditahan di wad kanak-kanak di Hospital Taiping disebabkan G6PD, jadi uminya pun dok sekali dalam wad. paling kurang 5 hari kena tahan.
Drpd pengetahuan aku Asri ada masalah dengan Naza Ria, takkan Yusrin pun ada masalah dengan kereta baru dia jugak?
Semoga masalah tu dapat diselesaikan dengan izin Allah.
Wassalam
Lukman
Salam,
Tahniah aku ucapkan kpd akhi Lukman Razi krn mendapat cahaya mata yang ketiga. Mudah-mudahan zaujah dan anak berada dalam keadaan sihat. Semoga dgn kehadiran putera yg bernama Muhammad Jazli akan menceriakan lagi kehidupan rumah tangga sahabatku Lukman Razi. Tiga tak cukup Man, hang kena tambah lagi sekurang-kurangnya 1/2 dozen.
Takziah aku ucapkan kpd Asri dan Yusrin di atas musibah yang menimpa hangpa. Banyak2 lah bersabar. Ingat, segala musibah itu adalah ujian daripada Allah yang amat sayangkan hambanya. Insya Allah Dia nak angkat darjat hangpa sebagai hambaNya.
Aku setuju dgn Mr. Presiden dan Abu Atief untuk membantu sahabat kita berdua tu dgn apa cara sekali pun.
Ghubin kalau ada maklumat terkini tentang bantuan yang hendak disalurkan kat depa kasi tau ha.
Wassalam.
akom semua...
perghhh lokman...aku baca ayat hang tu cam aku baca pepa utusan meloya jer...mmg skima habis hahahhaaaa.
Haram hang Zaki, kutuk aku pulak, berita baik kena la ikut skema BM. Kalau bab kutuk ayat kena la ikut skema mencarut.....
Lukman
sampai hati hang man kata kat aku haram...aku tak dak niat nak kutuk hang tapi aku kagum dan takjub membaca coretan hang yang mengikut gaya dah tatabahasa bahasa melayu asli yang makin terpinggir dan dikesamping dek kerna kerakusan kekerasan kepala pemimpin UMNO hahahaaa..
Marn,,,
aku yang hina ni merasakan dah tak der orang nak bayo yuran kot...sonyapp jo sahabat2 yang lain...apa yang perlu kita buat utk menyedarkan kengkawan yang lain agar bergegas membayar yuran?kita anto surat merah?surat berantai?surat khabar lama yg ada cerita ttg beberapa individu dikeluarkan waran tangkap kerana enggan membayar cukai?
keterangan perkataan
'man" dalam ayat aku yang di atas...
"man" yang pertama mmerujuk kepada alfadhil osetat lokman razi ibn kamarudin.
manakala
'man'yang kedua pulak merujuk kepada mr presiden kita la atau panggilan manja di mr ghubin...hahahhaa...memang lawak nama ghubin tu tapi nak cakap apa tuan badan dah suka nama cam tu hahahaa
Maner Tuan Presiden kita ni tak balik2 lagi ker dr kampung? Minggu ni mayb blk lagi katanya..
Post a Comment