Assalamualaikum..
Terima kasih tidak terhingga buat semua pelawat yang masih sudi melayari blog ini. Aku selaku moderator blog ni merasa amat terharu dengan kesudian dan luangan waktu yang sahabat-sahabat telah, sedang dan akan lakukan.
Ada dua perkhabaran yang nak aku sampaikan dalam posting kali ini. Pertamanya, isteri kawan kita si Lokman Razi (aku taktau nama bini dia) telah selamat melahirkan putera yang ke-3 pada pukul 8.00 pagi tadi. Berat putera terbaru Lokman dikhabarkan seberat 2.94kg. Tahniah dan ucapan Alf Mabrouk mewakili seluruh warga Komuniti87. Moga Allah SWT menambahkan lagi rezeki dan dipanjangkan umur kalian sekeluarga.
Harapan kami untuk melihat leluhur yang berterusan daripada warga Komuniti87 untuk berkembang maju dalam meramaikan umat nabi Muhammad SAW. Semoga cahayamaat yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu, dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan keimanan, ketaqwaan seterusnya menjadi insan cemerlang, terbilang dan gemilang. Besarlah harapan kita semua untuk melihat setiap benih daripada kita menjadi insan yang berakhlak, beragama dan pintar serta berguna kepada masyarakat.
Buat yang belum mendapat cahayamata, jangan putus asa. Teruskan usaha. Dan terokalah alternatif lain seperti buka cawangan baru (ni andaian sekiranya pihak perempuan menghadapi masalah untuk mengandung dan berkemampuan), ikhtiar secara tradisional mahupun moden, semuanya bagus-bagus belaka. Jangan sampai melanggar hukum-hakam Allah SWT sudahlah.
Berita kedua yang ingin aku sampaikan ialah peristiwa Asri dan Yusrin menghadapai petaka yang berlaku di luar jangkaan. Sama-sama kita berdoa supaya sahabat kita yang berdua ini dilindungi daripada berulang detik hitam buat kedua kalinya. Moga Allah SWT memberi ketabahan buat mereka berdua dalam menghadapi situasi yang gawat seperti ini. Ujian adalah tarbiah dari Allah untuk melihat sama ada kita sabar ataupun sebaliknya. Mungkin jua ianya satu kaffarah. Apa2 pun, tabahkan hati wahai saudara-saudaraku. "Ya Allah, Kau jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan, mara bahaya serta sudian orang-orang zalim".
Nak aku ceritakan apa yang berlaku? Panjang lebo jadinya posting aku ni nanti. Apa-apa pun, seeloknya tuan/puan sendiri yang hubungi tuan punya badan untuk mengetahui alkisah apa yang berlaku.