Pages

Solat Time

Monday, November 24, 2008

Hujung minggu yang penuh debaran

Assalamualaikum..

Hujung minggu yang penuh aksi dan debaran. Mana tidaknya, semalam saja ada dua perkara yang di luar jangkaan aku berlaku. 

Yang pertama, berlaku kebakaran kecil selang 4 buah rumah dari rumah aku. Tengah asyik aku makan nasi tengahari, tiba-tiba siren kereta bomba berbunyi depan rumah aku. Aku ingatkan ada bomba datang melawat sanak-saudara sebab selang tiga pintu ada geng anak muda polis menyewa dan bila ada kawan-kawan polisnya yang datang, depa selalu pasang siren. Saja nak tunjuk power la kot. 

Tapi dalam kes bomba ni bukannya 'practical joke' atau CAS nak tunjuk power. Memang berlaku kebakaran sebab bila aku keluar tengok, ada kepulan asap. Nasib baik jiran aku yang duduk sebelah rumah yang terbakar tu ada. Sempatla dia ambik tindakan apa patut. Bila aku tanya pada abang bomba tu apa punca kebakaran, dia cakap thermos air. 

Buat kawan-kawan, berhati-hati dan selalu periksa air dalam thermos elektrik tu ada air ke tidak. Jangan main pasang je.

Lepas tu pulak, malam tadi di Dataran MPAJ sebelah rumah aku, sepatutnya ada perhimpunan raksasa sempena 'Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA'. Antara yang dijangka memberikan ceramah ialah Mat Sabu, Anwar Ibrahim (tak mai pun mamat ni, sembang ja lebih) dan ramai lagi. Kecoh beb! Laungan 'Allahu Akbar' bersahut-sahutan. Pergh! Ramai orang beb! Polis dengan FRU pun ramai. Dah la Pandan Indah tu dah cukup ramai, mai pulak geng luar nak berhimpun, lagilah ramai. Hujan tak membantutkan semangat orangramai yang cintakan keadilan dan nak hapuskan ISA untuk berhimpun. Polis dan FRU ja yang berhimpun tak dapat pahala.

Menurut laporan daripada HarakahOnline, kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid termasuk Mat Sabu dan Salahudin Ayub. Dan dilaporkan bahawa mereka semua telah dibebaskan pada pukul 4.30pagi tadi.

Aku lepak depan rumah rumah sambil tengok budak-budak FRU beratur atas jalan depan rumah aku. Lepas tu ada la geng polis pangkat tinggi-tinggi mai lalu depan rumah aku. Tiba-tiba ada satu mamat polis ni, suruh aku masuk dalam rumah sambil gawang-gawang gari kat aku. Aku cakap: "Saya tengok dalam kawasan rumah, apa salah saya?" Dia mintak dengan elok suruh aku masuk rumah jugak. Aku cakap nanti aku masuklah. Aku cakap lagi: "Cik buatlah kerja cik, jangan dok ganggu ketenteraman awam. Saya tak kacau orang, tak kata sepatah pun kat orang lalu-lalang. Yang cik nak suruh saya masuk dalam rumah ni apa pasai?" Elok ja dia nak mai dekat aku, bos dia panggil. Memang cari pasai sungguh polis tu. Kalau tak, ada dua kemungkinan: sama ada dia insaf ataupun aku masuk balai sama. 

Pengalaman aku masuk balai kena jerkah atas sebab melawan polis bukannya takdak. Kerja lawan-lawan polis ni aku dah buat masa aku umur 17 tahun. Kalau setakat hang nak gawang gari dan maki-hamun/ugut aku, bukan nak cakap besaq la, InsyaAllah tak makan beb! Aku pernah dihantar ke sekolah oleh SB selama 3 hari berturut-turut sebab pak aku kena tahan dalam lokap. Kesnya, arwah pak aku dituduh nak pejatuhkan kerajaan BN dan buat kerja subversif. Muahaahahahaha!! Ptui! Bodohnya SB. Ada akai tapi takmau pakai. Perangai macam darai, baik lagi orang sakai.

5 comments:

Anonymous said...

Salam ...

Sorry la mr. presiden , aku br balik dari bercuti ngan family . Ate .. nama lg le percutian bersama keluarga , jd aku cuti ler bebenor. Alaaa bercuti dalam negeri ajer .

Soalan nko tu aku nak cuba jwb. Bukan ape kekadang tu kalu kahwin dah lama tak dapat-dapat anak , orang akan selalu salahkan pompuan kononnya manduuullll atau tak subur . Ada yg tak tahu kekadang tu ada orang lelaki yg gagah perkasa dan sasa tetapi mandul atau spermanya ' lazy swimmer' hingga tak boleh / tak mampu untuk bersenyawa ngan telur / ovum wanita . Sooo... dari situ ler aku katakan bahawa Mejar kita tu telah membuktikan kelakaiannya .

Keduanya .. ia telah membuktikan bahawa dia adalah lelaki yang mempunyai benih jenis yang subur dan aktif ( Sorry mejar kalau nko terasa ) , sebab ini perkara ilmiah . Sperti ponmpuan juga lelaki yg mahukan anak kena pastikan pemakanannya sempurna dan baik ( bervitamin )sebaik-baiknya makan asid folik supaya benih yg akan dikeluarkan nanti boleh menghasilkan anak yang sihat dan fizikalnya sempurna ( potensi untuk cacat atai down syndrome tu kurang ler ). Ini ikhtiar kita ... kalau Allah nak bagi macam mana kita kena terima ngan redho. Tak gitu Abu Atief .

Aku nak tanya ler apa kesudahan cerita hg tu . Cerita hg tu mengingatkan aku kembali masa kena water canon di Kg Baru sekitar hujung 90-an dulu tu . Tragis , tragis , tragis .

Adios ... SPEKI

Anonymous said...

Wslm.. dan terima kasih di atas penerangan panjang lebar ko tu meo spekio. soalan seterusnya, sekiranya seseorang lelaki itu dari segi air maninya sihat, kuat serta berkualiti tinggi dan beliau menjaga makan minumnya, manakala isterinya juga begitu, namun tidak mendapat zuriat, itu nak dikira macam mana? adakah dia (sang lelaki) dikira tidak cukup kelelakiannya?

Sebab bila aku baca jawapan dari ko, kriteria seorang lelaki yang dikira sempurna kelelakiannya ialah dengan makan asik folik supaya benih tu tadi meghasilkan zurit yang sihat dan fizikal yang sempurna dan boleh menghasilkan benih yang baik. Apakah mereka yang di luar sana sihat tubuh badan, sihat benih tetapi tidak mendapat zuriat dikira kurang kelelakian?

Kesudahan cerita aku yang mana satu? yang kena tahan di balai polis masa umur aku 17 tahun tu? Yang tu setel dengan abang-abang polis mintak maap kat aku sebab aku repot kat ketua balai. Aku cas depa tahan aku tanpa sebab yang munasabah dan wajar, tiada provokasi, polis tak ikut MO yang standard, melanggar etika dan salah guna kuasa.

Kisah yang aku dihantar SB selama tiga hari ke sekolah sebab arwah pak aku ditahan sebab disyaki terbabit dalam pergerakan subversif tu, pak aku dilepaskan sebab tiada bukti kukuh, cuma polis dapat laporan daripada pihak UMNO bahagian Larut Matang dan Selama (katanya dan tiada siapa yang dapat sahkan cerita ni). Semuanya bermotifkan politik.

Tapi pak aku cerita dia tak dibenarkan tidur dan diseksa secara mental masa dalam tahanan polis. Polis bawa tape budak2 kecik menangis dan kononnya kami adik-beradik menangis. Pak aku tak percaya sebab dia kenai semua anak2 dia. Setakat kena gejut (gertak) dengan plis, takkan nangis punya.

Tu sebab aku memang personal dengan juak2 UMNO ni. Depa tak tau @ takmau ambik tau @ jahil murokkab apa UMNO dah buat rosak pada negara. Maap cakap la, buat kawan2 yang kuat UMNOnya, pohon selidik sejarah dan hangpa akan tau siapa sebenaqnya yang bagi kerakyatan kepada bangsa asing. Dan tooolongla jangan dok sebut pasai ketuanan melayu dengan aku sebab aku tau apa itu sejarah dan jangan dok kencin rata.

Terima kasih!

Anonymous said...

perggg....

salam sahabat2ku...

byk2 crita yang aku baca crita mr presiden paling menyayat hati n menangkap hati sanubari aku...bukan main semangat lagi tn presiden kita...mmg bagus..kalau tak orang tak angkat la hang jadi presiden...

tapi crita hang tu tak dak moral of the story la...dibawah ini aku tolong bubuh m.o.s crita mr presiden tu:
1)berhati2 bila guna barang letrik kat umah...kalau boleh letak kat tempat yang tak boleh dicapai anak2..cerek letrik tu kadang2 anak2 kita syok dok tekan sampai habih air peh tu tak tau nak isi balik..tu yang terbakaq tu.

2)perhimpunan tu mungkin boleh menarik ramai orang lagi kalau tidak dinamakan perhimpunan raksaksa...nama pun orang takut nak datang...kalau nak datang pun kena pastikan ultraman datang sekali baru lega...tu sebab fru n polis mai depa ingat ada raksaksa yang akan menganggu ketenteraman awam.

3)mmg perangai polis cenggitu...dinegara sekular mmg polis byk masalah disegi akhlak depa...kalau polis berakhlak susah kerajaan sekular utk arah buat kerja yang bukan2 demi utk survival politik sekular...kita bukan tak respek polis kita byk selesaikan jenayah kita respek...tapi bila polis jadi orang suruhan pemimpin umno itu yang menghilangkan respek rakyat yang cintakan keadilan...dok gitu.

4)bila kambination ni...darah tengah manis ni la sedap buat kambination.

Anonymous said...

Muahahahah!! aku ajak mat minggu sudah untuk buat kambination, mat kata gaji tak masuk lagi. aku kata ok la. lagipun, ramai cikgu2 yang walaupun cuti sekolah dah bermula tapi masih ada tugasan di sekolah dan kena pi sekolah. Contoh paling dekat, bini partner bisnes aku. Masih lagi dok pegi sekolah minggu sudah.

Jadi, kena man-man kata orang cina. Aku no problemo. Terpulang pada yang berhajat dan dok jauh. Orang KL anytime. InsyaAllah.

Bila orang jauh nak mai turun KL? Lagi ramai, lagi meriah. Bleh buat mini gathering yang berskala 7.5 ritcher. Kasi gegar bumi bertuah.

Abu Atief, pasai M.O.S. tu aku serah pada kawan2 untuk cari apa yang tersembunyi dalam penceritaan aku. Kira macam secret code la. Muahahahah!!!

orang kampung said...

Hahahahaha pantun hang yg lastu aku suka.