Pages

Solat Time

Tuesday, October 21, 2008

Tuan-tuan dan puan-puan..

Assalamualaikum..

Aku selaku tuan kepada teratak kecil dan wakil kepada keluargaku dengan ini ingin mengajak warga Komuniti87 sekalian untuk bersantap dan beramah-mesra bersama-sama kawan-kawan di  majlis yang akan diadakan seperti berikut:

Majlis: Aqiqah / Masuk Rumah Baru ( rumah tu sekenhen) / Rumah Terbuka / Hari Lahir.
Tarikh: 25hb Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 12-6.00 petang (untuk kawan2 Komuniti87 sila mai sblh malam lepas Maghrib).
Tempat: 8G, Jalan Pandan Indah 1/15, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Tema: Kasual dan ceria.
Hidangan (cadangan): 
- nasi Maqluba dan nasi putih. 
- lauk: lahm ghonam bilbandurah wa khadrawat musyakkal.
    bamia bilbandurah.
    syurbah 'adas (bukan adidas).
    ayam rendang berkuah.
    dan serba sikit benda-benda merapu yang aku tak tau.

Aku jemput semua kawan-kawan mai dengan keluarga. Cukup ke tidak makanan, belakang kira. Janji aku jemput. Dan aku nak minta maaf awal-awal sekiranya nanti perkhidmatan layanan dan keselesaan buat mereka yang bakal mengunjungi teratak kecilku nanti serba kekurangan.

Buat yang tidak dapat hadir, aku faham akan segala masalah dan kekangan yang tuan/puan sedia ada. Doakanlah semoga majlis aqiqah tu nanti suskses dengan aman dan berjaya, amin...

Buat yang tak dapat mai malam disebabkan ada kerja lain, nak ikut jadual biasa seperti yang tertera di atas pun boleh. 

Maka, sila lah mai.. Terima kasih...


8 comments:

Anonymous said...

ni nak kira gumana mark? nak kira tutup kedai ka blog ni? kalau nak tutup, aku ok ja. muhhahaha!!! nak tau updates daripada kawan2 thru sini pun susah.

mungkin ni cuma sementara ja ni. aku harap pas ni, ok la kot!

Anonymous said...

Salam ...

Sorry !!! la Mr. President .. jgn ler begitu .

Aku bg pihak kengkawan yang menjadi pendidik sememangnya waktu-waktu begini tambahan hujung tahun ni sibuk memanjang . Periksa akhir tahun dah mula ... SPM bakal menjelma ... aktiviti bebudak lepas PMR nak kena buat ... justeru .... ( Lu fikir Lah Sendiri )

Aku harap blog ni jgn ler di tutup .. nanti 'terputus' lah plak hubungan kita .

Aku pun musykil juga , sibuk bebenor ke sahabat-sahabat kite yang lain tu ... Ntah lerrr

ADIOS . SPEKI

Anonymous said...

muahahaahah... sori!! sori!! sori!! tobat aku lupa. memang ujung taon warga pendidik sibuk. aku tau tapi lupa. dulu aku pernah jadi guru sementara kejap. nak tutup akaun la, nak kena resturn buku teks la. nak kena habiskan syllabus la la, nak kena itu-ini dan pelbagai.

takpa, bukannya apa, salah aku jugak. dah lama tak update. mungkin yang dok masuk bosan bila hari2 masuk asyik menda yang sama ja. Hehehehe.. (aku akui kekurangan aku).

Apa2 pun, selama sejahtera di dalam apa jua misi dan visi anda semua. Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kalian.

Anonymous said...

akom sahabat...
aku setuju ngan hang marn kalau hang nak merajuk...
tapi tak payah la sampai nak tutup blog ni...lagi pun setahu aku bukan kena bayaq fee pun.
kengkawan yang lain aku tak tau la sebok camana...aku pun akui kenkadang bila masok blog ni bila tgk bahagiam komen mmg kurang memberangsangkan.
nak kata cikgu sebok...tak la sebok mana pun...meor tu saja buat2 sebok...bukan lama nak ceriakan blog ni..tak tergangunya tugas harian kita tu..hehehe..jgn marah na meor...semua orang sebok ngan kerja dia tp takkan tak dak masa nak jengok blog ni...masing2 kena pikiaq la.

Anonymous said...

mmg keciwa bila aku masok blog pagi ni...biasa ada balas berbalas pantun tapi malangnya semua itu hanya nostalgia indah suatu waktu dulu...

Anonymous said...

Salam ...

Aku ni tak ler nak menyibuk kan diri ... tapi hakikatnye memang tgh sibuk ler ni ... kalu tak nyibuk kan diri ... tobat lahom koje aku tak suiap dan koje oghang lain pun akan tertunggak dek sebabkan aku ni .

Utk pengetahuan mr. president .. tiap2 hari atau eselang 2 hari , aku masuk blog ni .. tp tak de yang memberangsangkan ( pinjam kata-kata abu atief ) so.. touch n go aje ler , tak de benda yang nak di komen kalu ari2 benda yg sama tiada balasan , boring gak.

So.. harap2 tu ade le balasannye lain kali .

ADIOS . SPEKI

Anonymous said...

akom sahabat semua...

semalam aku jumpa meor kat ipoh..beliau semakin hensem dan berkarisma.

aku tak tau nak nulih apa kat blog apa...nak belasah datok najib?jutaan blog dah belasah gila2 ttg bakal pemimpin no 1 malaysia tu...tak dapat aku nak bayangkan betapa senget dan heghot negara kita ni bila orang cam tu jd PM...mintak dijauhkan oleh Allah bala yang cam tu.

tak tau dah nak nulih apa!

marn,,,mana gambaq kenduri umah hang tu...aku tak leh nak p la...tegok gambaq pun jadi...nak tengok wajah syafinaz..depa kata makin ayu.

Anonymous said...

muahahahah.. rileks kengkawan. biasalah. hidup ni macam tu la. ada masanya meriah, ada masanya sunyi. bila meriah, kita rindukan kesunyian. bila sunyi kita rindukan kemeriahan. dok gitu kengkawang semue?