Pages

Solat Time

Friday, August 22, 2008

Hadiah Malam Jumaat

Assalamualaikum..

Aku nukilkan kisah para wali Allah yang diemailkan oleh sahabat kita sdr. Mart Jeni. Semoga kita dapat mengambil iktibar dengan apa yang kita perolehi melalui kisah ini.

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al-Maizy)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat, Salih Al-Maizy pergi ke masjid untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya dia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.

Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lambat lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al-Maizy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. 

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al-Maizy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al-Maizy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al-Maizy lagi.

Si pemuda menerangkan bahawa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.


 
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari Jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. Lalu dia bertanya nama dan alamat ibunya supaya dia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al-Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al-Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibu tersebut menangis mendengar
keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian dia berkata: "Wahai Salih! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya." Al-Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana lupa untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al-Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. 

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih! ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup”. Salih Al-Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
 

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al-Maizy berangkat ke masjid untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah dia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

 

Pemuda tersebut mendekati Salih Al-Maizy seraya berkata: "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi. "Eh, engkau boleh mengetahui hari Jumaat?" tanya Al-Maizy. "Ya!”. "Apa tandanya?" tanya Al-Maizy. "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat, selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al-Maizy terjaga dari tidurnya. Dia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW).

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)".

12 comments:

marn said...

Berapa ramai di antara kita yang tak pernah lupa untuk mensedeqahkan pahala amalan untuk orang2 yang kita kasihi tak kira siang ataupun malam?

Nak baca quran sehari seayat belum tentu. Muahahaahha!! Jauhnya kita dengan Allah Taala.

Anonymous said...

akom semua sahabat ku,,,
baguih cita hampa ni sekurang2nya mengikatkan kat aku ni yang selalu lupa bagi sedekah fatihah n sedekah kat arwah ayah aku n kaum kerabat yang lain,,,
aku pernah terbaca riwayat hidup assyahid said qutb beliau bila nak mula makan ngan family,depa mulakan dgn baca fatihah utk sedekah kat ayah,ibu n tok2 nenek mereka...camtu lah jgk kita,,,kita kena ajar anak2 kita rajin sedekah fatihah kat tok2 depa agar suatu hari nanti depa tak lupa nak ajar anak2 depa sedekah fatihah kat kita bila kita dah tak dak nanti.

Anonymous said...

Tersentuh la bila aku baca komen abu atief. cuti baru ni pi mana?

Ada balik kola slangoq? mengkala balik kola slangoq, tak kontek pun ha. Aku ingat nak la ripit bagan lalang. muahahahahah

Anonymous said...

Kena buat saranan abu atief ni.. so terang le sikit dlm kubo nanti...

Anonymous said...

a'kum,

lama sungguh aku x masuk blog ni,aku rasa dh msk 3 posting aku ttggl dek kerana masaalah teknikal yg berlaku pada talian internet di sekolah pangkor ni akibat dari angkara terlebih pandai oleh seorang manusia yg bergelar juruteknik disekolah ku,dan aku akur bahawa dia juga seorang manusia yg x sunyi dari kesilapan wlpun kesilapan bodoh,anyway ape2 hal pun aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh allah utk melayari blog kegemaranku ini utk aku berhubung dgn saudara2ku semua.

utk pengetahuan semua,pada hari ahad yg lalu,abg ipar aku telah mengalami kemalangan jalanraya yg serius dimana beliau sehingga skrg ini ditempatkan di wad ICU hospital sg buluh dan masih berada pada paras kritikal,oleh yg demikian aku memohon kepada semua saudara2ku agar mendoakan kesejahteraan beliau agar beliau dapat mengharungi ujian allah ini dengan selamat insyaallah.

BORG:semoga kejadian2 seperti ini dapat menginsafkan kita dan mengingatkan kita bhw dunia ini hanya sementara dan allah jualah yg berkuasa.

Anonymous said...

akom...
buat abang box aku simpati dengan nasib yang menimpa abang ipar hang tu...harap hang n family bersabar dengan allah ini n aku doakan abang ipar hang tu sembuh seperti cam sebelom eksiden...tak jadi nak kutuk hang kali ni...tak pa lain kali ada.

marn,,,
mmg aku ada balik awal cuti ke selangor tapi tak leh nak buat apa la adik ipar aku kawen...kenduri sampai 3 hari 3 malam...tak sempat nak kontek kengkawan kat kl...mintak maap la aku tak jemput hampa mai kenduri pasal aku pun tak tau aku ni ada hak atau idak nak jemput kengkawan aku ke majlis tu..jangan mare yer...lain kali la kita p melantak kat tempat yang abang box rekmen tu k...pas raya la gamaknya.

Anonymous said...

apa respon kengkawan ttg kemenangan PR di permatang pauh...bagi aku mmg puas hati melihat datok najib n the gang terkinja2 kat sana n menerima kekalahan yang dijangkakan muahkakakaahHHHHHHHHHHH.

Anonymous said...

Salam Buat Semua ....

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Marn bila hg nak buat posting atau crite tentang merdeka plak ./

Tq Marn .. ari tu nko ade bg tips perjalanan untuk aku ke KT . Aku ade cuba jalan baru short dari tasik kenyir - Kuala Berang - Kuala Terengganu , dalam 40 minit aje dah sampe ke KT. Jalannye Kuala Jeneris - Kuala Ping - Kg. Tapah - Kuala Berang - KT . Jalan nya betul2 mengancam ... kena elak banyak tahi lembu tapi menarik dan damai .

Macam Biasa posting hg kali ini aku mintak iziz dr nko untuk di print n cetak untuk bg kat kengkawan ... Tu cmua kan ke ilmu ? Banyak le amal jariah hg Marn oiii .

Sebut pase Accident ni .. aku pun baru lepas accident jam 12.15 t. hari 13 Ogos yang lau . Accident ngan teksi , Lelaki cina tua yang bawa . Jenuh bertekak ngan aku .. Mulanya dia tak ngaku salah dan nak buat report , tp bila abang polis kata dia salah dan nak saman dia ... baru le muka tu manis ckit dan terus nak settle cara baik ngan aku ... apa lg aku pun ketuk le RM dia lebih ckit nak cover kereta aku yang rosak tu .

Adiosss . Meo Speki

Anonymous said...

akom sahabat ku...
dihari n bulan yang mulia ni aku mengajak sahabat2 semua menjalankan ibadah puasa ni dengan erti kata yang sebenar...bukan puasa tadika apatah lagi tadika kemas...bukan puasa masa zaman kita sekolah dulu...tapi berpuasalah seluruh anggota badan n hati kita agar kita menjadi dikalangan orang2 yang bertakwa...TakkBBBbbbIIIiirrrRRRR!

Anonymous said...

Salam ...

Alooo MARN nko ni idup lg ker ?
Apesal komen ni senyap ajer ? Cbuk cari duit nak 'cover' raya ni kot .

Adiosss SPEKI

Anonymous said...

Em Marn kita ni last yg aku dpt kontek dia masih lagi di Terengganu... tak tahu le bile nak balik... moga tuan presiden kita selamat kembali ke KL..

As for En Meor.. tuko je la keta tu meor... mike kan mampu.. aku petik kata2 al fadil ustat yusrin yusop... "kita ni jgn sampai kufur nikmat".. hihihi udah le yob pegi ode toyota altis ker..alpad ker.. wish ker... hihihi bior henpon buruk janji keta lawo.. hah mengkome dpt bonus sebulan ni buleh la buat downpayment dan lg pake masa raya hahahahah

marn said...

ada.. ada.. baru balik cuti nih. sori la geng!! tak dan aih! musti busan hangpa suma. masuk dengan harapan nak tengok posting baru.

takpa, takpa, nanti aku usahakan artikel baru mengenai ramadhan. tadi dah try tulih, tapi pastu lost connection. memang budak opis aku cakap streamyx connection kat opis aku ni mengong sehari dua nih.

sok lusa ada la tu. don weri beb!!

dan jangkaan iftor jamaei mugkin akan diadakan ujung2 bulan. sedap la sket. time tu dah masyuk la sket brader... nak raya la katakan...