Assalamualaikum..
Bersua kembali. Pohon ampun dan maaf di atas kejumudan blog ini lewat seminggu dua. Solah-olah tiada apa yang perlu dikongsikan bersama. Aku berasa terpanggil untuk menulis posting baru memandangkan ramai yang sudah bersuara.
Berbalik kepada tajuk yang tertera di atas. Rumahku yang sedang dalam proses renovasi (aku tak tau apa perkataan yang paling sesuai aku gunakan dalam bahasa Malaysia. Ya! Aku rakyat Malaysia yang lemah penguasaan bahasanya) sudah hampir ke penghujung proses. Dianggarkan tanggal 26hb ni dapat aku masuki rumah baru. Alhamdulillah, setelah banyak keringat, wang ringgit dan masa yang telah diperuntukkan, akhirnya dapat jua aku melihat hasil-mahsulnya.
Daripada rumah yang sekangkang kera menjadi tiga kangkang kera. Daripada 3 bilik ditambah kepada 4 bilik. Selesa? Harap-harap selesalah hendaknya, amin..! Dan semoga proses perpindahan yang bakal berlaku insyaAllah 26hb ni berjalan lancarlah hendaknya. Terima kasih yang tidak terhingga buat abg Mart dan abg Iz yang sudi nak mai tolong makan dan pecah peluh angkat barang-barang aku. Tak banyak pun. Almari 3 pintu ada satu, tv 21" ada 2 buah, peti ais 5' ada sebuah, mesin basuh 8kg ada sebuah dan lain-lain perkakasan yang menyemakkan rumah.
Dalam masa aku tengah dok sibuk berkemas, aku terfikir tentang tujuan hidup. Lahir, membesar, belajar, bekerja, pindah-randah dan akhirnya dijemput ajal. Tetapi di dalam proses kehidupan manusia, kita selalu lupa bahawa Allah Taala jua yang berkuasa dalam mengatur kehidupan seharian kita. Kita diberikan pilihan sama ada untuk beramal dan beribadah ataupun memilih untuk hidup dalam kesombongan dan engkar serta degil untuk mengikut perintahNya.
Rumah, yang dulunya kecil dibesarkan. Diberi nafas baru dan sentuhan peribadi untuk memenuhi citarasa dan tatarias penghuninya. Tetapi, tidak semua citarasa manusia sama. Manakan sama dengan bumi Allah SWT yang sesuai dan dapat memenuhi semua kehendak makhlukNya yang hidup di atasnya. Betapa hebatnya Allah SWT.
Pindah, dengan harapan dapat memberikan kesegaran dan episod hidup baru yang dibayangi harapan tinggi menggunung. Adakah setiap perpindahan itu membawa kebaikan? Allah Taala jua yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan menggantungkan tawakkal kita pada Allah Rabbul Jalil semoga perpindahan yang berlaku di dalam kehidupan kita membawa seribu rahmat dan redhaNya bersama kita.
Kuasa Allah Azza wa Jalla juga yang membenarkan semua di atas berlaku. Nasihat aku buat sahabat semua, bila hendak mulakan sesuatu, berusahalah dengan gigih supaya dapat kita akhiri setiap perbuatan kita dengan pengakhiran yang baik. Daripada tiada kepada ada. Bila sudah ada, kita wajib menjaga dan memperbaiki kelemahan yang timbul.
Ingatlah bahawa rumah diberkati kerana penghuni. Diturunkan bala juga kerana penghuninya. Sama ada kita menyewa mahupun tinggal di rumah milikan sendiri, kita sebagai penghuninya wajib menyedari dan berdoa supaya kediaman yang kita diami diberkati dan dilindungi Allah SWT selalu.
29 comments:
Aik belum angkat lagi dah dapat trima kasih!! sama-sama la jawabnya.. hehehe
Selamat Berhijrah Tuan Presiden!
lepeh baca posting hang tu marn terangsang aku nak p tolong hang angkat mesin basuh saiz kede dobi tu tapi.....apakan daya kita dipisahkan oleh beribu2 cm dan batu di jalanan dan....aku hanya mampu berdoa abg ez n abang mat diberi kekuatan untuk angkat barang nanti...tapi nak buat kenduri masuk rumah nanti jangan lupa jemput kami na...kompom kambin jadi mangsa lagi hehehehe
akom semua,,,
musim buang anak kembali lagi,,,berita cam ni dulu cukup menggemparkan byk pihak,,,mcm2 saranan dan cdgan untuk tangani masalah ni,,,tapi bila kerap n selalu berlaku siap ada musim lagi kompom lepeh ni orang buat dek jer ttg jenayah ni...
cam masalah palestin n iraq jgk,,,masa mula2 kena bom n tembak mmg kecoh satu dunia,,,tapi bila dah selalu n masalah berpanjangan orang dah jadi boring n tak laghat nak dengaq cita.
berbalik masalah buang anak tadi,,,semalam aku jumpa sorang member dia adalah orang yang paliang marah kat orang yang buang anak ni sebab....dia dah lama kawen tapi masih tak dah rezeki nak dapat anak lagi...jenuh berubat sana sini peghabih duit tak terkira demi satu matlamat utk dapat anak...tapi depa ni senang2 nak buang anak....bukan setakat buang jaaa ni sampai ketahap membunuh anak sendiri...lepeh bersalin buang tepi tong sampah depan tandas awam,,,
satu lagi aku rasa kat umah depa tak dak astro kot...munkin depa tak berpeluang nak tgk chanel animal planet or discovery pasal dok layan mama rina kat AF jer...binatang cukup sayang ngan anak n sanggup gadai nyawa demi survival anak...kekadang bila aku berpeluang tgk cita pengorbanan mak binatang ni mentitik ayaq mata n terharu sambil bertanya kpd diri mengapa manusia tak boleh tiru kasih sayang yang ditunjukkan mak binatang pada anak dia,,,kita dok kutuk binatang jer,,,kalau ada mende kurang hajo jer kita kata perangai macam binatang,,,semua yang negatif jer kita kaitkan ngan binatang,,,tapi bab jaga anak ni mmg binatang kondem kita,,,kalau kita paham bahasa kambin contohnya munkin kita akan dapat dengo seeko kambin berkata kat kawan dia yang terpijak anak dia n mati "hang ni mak kambin perangai cam manusia"
cam na kengkawan....ada betoi ka apa yang aku crita kat atas,,,komen ckit kotttt.
aku setuju ngan abu ateif...
budak la ni buat kerja utk dapat anak depa tiru cam binatang...tapi bab bela n jaga anak depa tak sanggup n tak mampu ikut cam binatang.
a'kum,
klu barisan rakyat dpt memerintah aku nak cdgkan supaya pelaku2 ni semua diberikan hukuman sula je,amacam?setuju tak?
komen pasai buang anak ni kan.. ni kiranya petunjuk dan mungkin bala dan mungkin kaffarah untuk kita terutamanya umat Islam yang skang ni dok bercakaran sesama sendiri. Mana tidaknya, guru-guru agama disekat daripada mengajar. Kalau boleh mengajar di surau mahupun masjid, topiknya tak boleh sentuh tentang perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiah. Sampai bila kita sebut ja hukum hudud, rasa macam zalim sangat hukum hudud tu.
Sebab apa? Sebab manusia ni memusuhi perkara yang dia tak tau. Contoh, zaman jahiliah dulu, kenapa la pak2 arab dok tentang Rasulullah SAW yang memang dea tau tak pernah muhong walau sekalimah. Tapi sebab ajaran yang Rasulullah tu bawak adalah perkara baru bagi depa, tu yang depa dok tentang tu.
Macam tu jugak la dengan kes buang anak ni. Masalahnya kerajaan yang sedia ada, tak mau nak guna jalan penyelesaian yang Allah SWT dah turunkan kepada umat manusia untuk selesaikan masalah gejala kebejatan sosial dan akhlak seperti berzina. Bila tak dak orang berzina, secara automatiknya tak dak la buang anak. Okey, ada jugak kes-kes terpencil macam baru ni di Machang, kisah seorang ibu yang buang anak dia tepi parit sebab kesempitan hidup. Ni pun masalah kerajaan yang ada macam2 badan kebajikan dan pusat zakat. Kenapa tak sampai bantuan ke golongan yang macam ni?
Sama-sama kita renungkan...
pejuang hudud,,,ada ka dalam kitab fekah sebut pasal sula,,,sula tu zalim yob n islam aku rasa tak akui hukuman yang cam tu,,,yang penting hukuman yang diakui islam tegas n memberi pengajaran kat pelaku n orang ramai,,,bukan setakat penjenayah jer yang insaf malah yang baru cadang nak buat jenayah ketaq lutut...itu macam kalu negara kita akan aman selamat...polis pun tak susah camna yang depa rasa susah la ni...allah akan campak rasa gerun kat hati2 penjenayah...tapi semua ni tak dak kat negara kita...orang pun tak kenai dah mana satu penjenayah mana satu bapak polisi n penguatkuasa.
Utk pengetahuan semua Majlis angkat-mengangkat brg di rumah Tuan Presiden telah berjalan dgn lancar pd hari sabtu yg lepas. Antara watak2 yg terlibat ialah aku, yusrin, jamil & akhir skali si asr(spt besa dia mai lambat) Abg Ez tak dapat hadir kerana ada tetamu pulak yg dtg ziarah & kemdian memenuhi jemputan kenduri doa selamat di rumah sahabatnya..
Kami telah diupah oleh Tuan presiden makn di The Famous Ayam kampung of Veledrom Cheras & kemdian di Susup power pow wow Kebabom kamben,kaki kamben, lidah lembu, ayam dan ekor lembu di Jln Doraai Samy.. amma nalla rekoq...
Utk pengetahuan semua juga Tuan Presiden skarang ni berada di Langkawi utk bercuti bersama keluarga, mungkin sehingga hari rabu br lah dia bleh join blog ni semula. sekian utk makluman semua
peghhh gaya orng kanan crita macam hebat sgt tuan presiden kita naa...mmg jeneh kaya raya punya orang wooo...lepeh renovet umah p melancong...perhhh...jiran pak cik aku dulu lepeh renovet umah tak leh p mana pitih habih siang malam dok cari kerja nak cover balik duit habih buat umah hehehehe
assalamualaikum guyz,
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya lagi kepada mr presiden.....
So far apa status kita punya entreprise.....?
Yob abu atief mcmne dgn MB baru kita? Dh melawat sekolah mike ke? x tuko pengetua baru ke?
salam semua...
moga allah rahmati n berkati mr presiden.
nak p mana pun tak dak sapa nak marah psl dia bos n itu kelebihan bos berbanding aku ni hanya cooley kerajaan je...yang penting pakai duit sendiri n jgn tibai duit syarikat plak heheheheee.
abang durrr,,,
negeri tumpah darah ko ni semakin hari semakin aman n tenang jer munkin berkat pemimpin yang baik n adil utk semua,,,pengetua sekolah tempat aku ngajaq ni dia tak tukaq kot pasal sama warna ngan mb kita hehehe...kalau warna merah keris silang sekali pun aku tak setuju kalau tukaq semata2 kerana politik berbeza,,,kalau seseorang tu layak utk sesuatu post n dia mmg sesuai kat tempat tu buat apa kita nak tukaq atas sebab perbezaan warna bendera,,,jgn kerna politik kita sanggup korbankan pendidikan anak2 kita,,,aku tengok cina tak cam melayu,,,demi survival pendidikan n kebajikan anak2 depa,,,depa sanggup lupakan perbezaan parti,,,tapi kalau umno mmg depa sanggup buat apa saja demi nak jaga periuk nasi depa hingga sanggup menumpokan anak bangsa.nak bagi contoh pun semua rakyat mesia dah tau perangai buruk umnno ni,,,
sains n mate dalam bi...masa aku hadiri satu kusus kat kelang hari tu...peg jpn sendiri mengaku mmg benda ni merosakkan orang kita lebih dari menguntungkan...bukan setakat budak jer yang tumpo...ramai guru2 pakar sains suatu ketika dulu tiba2 menjadi guru yang lembab n bermasalah dek kerana terpaksa ngajo subjek2 ni dalam bi...yang untung hanya sedara mare mentri kita yang dapat tender buat buku ni...dengar cita prestasi bahasa inggeris bdk2 kita makin lama makin hancur tak seperti mana yang diharapkan.
tak setuju dengan pendapat aku?sila bagi pendapat anda
a'kum,
AKU TAK SETTUJU!!
aku tak setuju klu ada yg bantah,ckp ngko mmg betui ki,sains dan mate dlm bi hampir membunuh kejawaan yg menebal dlm jiwa ku.
BORG:ngko camner durr,tercabar x kebanjaran hang?
Dah mmg rezki Tn Presiden camtu... dia istiqamah bila buat keje pasal tu dia buleh berjaya dlm perniagaan.
aku petik kata2 abu atief...
"bukan setakat budak jer yang tumpo...ramai guru2 pakar sains suatu ketika dulu tiba2 menjadi guru yang lembab n bermasalah dek kerana terpaksa ngajo subjek2 ni dalam bi.."
"...dengar cita prestasi bahasa inggeris bdk2 kita makin lama makin hancur tak seperti mana yang diharapkan"
Aku 150% stuju dgn pendapat pegawai JPN tu... sbb nyer aku selalu sangat berurusan dgn mereka yg mengambil degree & phd utk mendapatkan data & maklumat, jadi yg nak ambil phd ni kebykkan ialah golongan pensyarah di IPT ataupun IPTA terkenal tempatan.So bila bercakap dgn depa nih.. English hancurr.. aku bukan nak kata english aku ni baik sgt (padan la sbb ngaji pon x tinggi)tapi bila ngenangkan yg depa ni pensyarah nih we are talking about.. adui haiii pendek kata tak layak la nak berdebat dgn si later yg mmg dah far2 away from the galaxy.. rindu la dgn tulisan later,scotties, jamil lak skang sebok dgn pak arab jer...
Utk pengetahuan semua juga En Jamil telah bersusah payah mendafkankan syarikat atas nama IDRISIAH RESOURCES. no 87 tidak dibenarkan penggunaannya dlm nama syarikat. terima kasih skali lagi kepada En Jamil
korang ada perasan tak kat posting yg bertajuk "cadangan nama & logo komuniti87" ada junior kita yg menggelarkan dirinya ustaz j-qaf buat komen.. kalu rajin pi la baca pastu bleh gak kita bincang2kan
Salam Buat Semua ...
Alo orang kanan , Aku dah bukak dan baca blog mibckk98 kendalian junior kite . Aku dok perati juga muka2 dalam blog tu kot2 ade yang aku kenal .. tenung punye tenung , telek punye telek ... hampeh sorang pun aku tak kenal ... So, aku pun pikiaq la kejap , sape deme ni . Blur le kejap . Laaa .. baru aku dapat jawapan , aku habis ngaji kat MIBc tahun 1992 , bebudak tu masuk tahun 1994 patut la aku tak kenal sorang pun.. Hampeh , apa laaa
Sayangnye blog 94-98 tak semeriah blog kite ni. Tiada komentar daripada geng2 nye .. mungkin kurang promosi kot atau lebih suka cakap guna hanpone daripada menaip .. Pendapat aku le , kalu deme nak join @gabung mungkin tak sesuai coz kita tak kenal hati budi bebudak.. kot2 terlebih cakap kang kena sue .. aku tak le banyak diut mcm tuan presiden nak bayor saman sue . Kalu setakat nak blogging ape salahnye .. boleh aje. Tak cukup rumah tuan presiden yang serba baru tu , 5 negeri pembakang kite tadahkan ... he heh he he he
Alo Abu Atief .. aku ni jd cikgu baru 11 tahun ... pengalaman tak le banyak tapi orang iban aku dah ajor , orang melanau aku dah ajor , orang melayu sarawak aku dah ajor , kini deme suruh ajor anak2 cina pula .. tak de masalah aku ajor . Ape yang dapat aku pastikan cikgu-cikgu keturunan deme akan mengajor Mate atau Sains dalam bahasa ibunda mereka . Tak guna pun bahasa ibunda Peter Crough atau Steven Gerrard . Sampe masuk U jugak .. cakap orang putih cayor juga . Aku le ni tengah nunggu Mr Presiden buka kelas ngajor bahasa Itali ... boleh kot
Laaa .. panjang lak aku nulis kali
Adiossss ... SPEKI
assalamualaikum guyz...
ade sesape yg tau sbb utama pengarah JAIP kene bagi notis 24 jam?
Wa teringat semasa taklimat guru-guru ICT dulu, sorang penceramah kata ape uniknya guru di Malaysia? Dia kata banyak..... satu je buat wa kekadang tersengih sendirian... dia kata guru Malaysia kalo suruh guna bahasa ape pun utk ngajo,dia sanggup walaupun guru tak mahir bahasa tersebut.....
hmmmm agak2nye ke mana arah pendidikan di negara kita ni ye.....
Renung-renungkan...........
macam2 spekulasi yang aku dengar ttg pemecatan pengarah jaip.
bagi aku la mb takkan buat tindakan semborono n tanpa pertimbangan.
aku sure ade salah beso yang dah dibuat oleh pengarah jaip tu n byk isu2 atau unsur sabotaj yang pengarah jaip buat kat mb.
tu semua tekaan aku semata2 berdasarkan cerita2 yang aku dengar dari kengkawan yang keja kat jaip.
anta refer la dgn member2 kita yg ada ramai kat saner abu atief oii..
aku ni dah rindu tahap cipan nak makan kamben bako kat rumah izanee nih.. rasa cam nak buat jer mlm minggu nih.. aper kata kwn2 yg lain.
Er Tuan Presiden mungkin skang ni tgh landing kat LCCT sepang welkam hom BUS...
Assalamualaikum semua sahabat.. kalau free sila rujuk semula posting yg bertajuk "Aduhai kambing... aduhai" kat situ anta antuma antom buleh baca nukilan scotties kita tentang bisnes yg telah diusahakan oleh abangnya.. aku pon tak paham kenapa dia ni gemor bebeno tulis komen kat posting yg dah lama.. tp buleh juga la kalu nak baca... Nampak mcm cun jugak la bisnes kambing nih.. nampak gayanya bulan 7 la br mengkume turun kg power hehehe sambil menyelam minum air, sambil bau kamben terbau gak derian hehehe
assalamualaikum guyz,
ade org ke tak ni??? Sunyi semacam jer ni?
Anyway mcmane dgn projek pak janggut kite tu?
Sesape di JAIP bleh bg komen ckit ttg isu pengarah JAIP ni....
akom semua kengkawanku,,,
mmg senyap sunyi yob kita punya blog ni tak dak serang menyerang balas membalas.
tapi kita kena paham tak semua sahabat kita yang senang lenang leh layan blog n tenet ni...masing2 sibuk ngan kerja masing2...kalau dok layan tenet jer anak bini nak makan ape???takkan hari2 tibai sup tulang jer...dok gitu?
projek kambing???aku mmg setuju 100% kalau group kiter nak ceburi bidang ni...kita tak leh tunggu lama dah,,,kena gerak dari sekarang,,,camna nak gerak???dari mana nak gerak???nak gerak kearah mana???tu kita kena buat meeting masa tu kita sama2 kena bagi pecah kepala agar projek ni sukses 3x.
a'kum,
bro dur,blog ni biasa le klu hjg mggu mmg selalu senyap,bkn ape sbb bnyk yg ambik kesempatan blk kmpg la yop,ngko tu je yg payah nak blk kmpg heh..heh..
ngko nak mintak penjelasan dari member yg ada di JAIP?toksah mimpi le ngko nak dpt komen depa dlm blog ni,apa kelas blog ni pd depa,
jatuh la standard depa klu join blog ni,depa la ni tgh menangisi bos kesayangan depa yg kena pecat tu.so aku nasihatkan tak payah le ngko tggu penjelasan depa.
kirk hammet ni mulut buleh tahan jugak bab provok orang nih... tp memang betui pon (cheewah batu api la plak) aper class nak layan blog nih.. baik duk menung kat kedai kopi cerita pasal hal keliling dema jer..
Ok berita baik untuk mereka yg tercari2 kereta atau nak pakai kereta ke2 yg menjimatkan minyak saudara Samsul Rizal berhasrat utk menjual kereta NAZA Suteranya plat no WPG 4982, warna hijau pucuk pisang, model july 2006, low milage baru 39k, sport rim, tak peronah eksiden, harga jualan hanya RM21k.. so geng ader brani? Meor bila nak tuko kereta?
RALAT:
a'kum,ada pembetulan skt.sbnrnya bos JAIP tu kena tuko,bknnya kena pecat.sori semua..
akom semua...
bos jaip tu lebih molek kalau istilahkan dia dipecat je pasal dia diminta untuk blah dari jbtn dia tak mau...
la ni kamaruddin adam n the gang tgh kumpul tandatangan staf2 under jaip utk serah kat tuanku menyatakan kami kat jaip tak memerlukan bos yang cam gitu...elok la dia merambus dari jaip tu bagi kat orang yang lebih layak ek...
wehhhh murahnyer keta yang sarjan meja nak jual tapi yang tak besnya dalam iklan jual kereta kat atas tu tak disebutkan berapa kali dah tenggelam dalam banjir kilat muahahahaha...hehehheee.
apa cita kambin ni...aku amat berminat utk ceburi bidang ni...tolong lah aku.
Dear Abu Atief.. jgn la camtu, as far as i'm concern keta si mejar sam tu tak peronah le terbabit dlm mana2 insiden banjir yg melanda KL.. aku pon dah beberapa kali menumpang keta tu.. mmg masih elok sbb jarang digunakan si mejar sam tu naik moto ala2 sembilu kasih jer pi kelaih menkala bini dia dah ada drebar.. mejar la katakan.. Harga morah tu sbb paham2 je la keta so called national car ke3 ni mmg morah bila juai balik tak mcm keta nasional ke2 hehe
Mengenai kamben pula bila Tuan Presiden free nanti teman akan bincang dgn dia camner penglibatan kita dgn bisnes tersebut, samada semua join ke or open for those who are interested sahaja no heart feeling, x minat xpa sapa minat mai join lebih kurang camtu la kot.. aper hal news akan diupdated di blog ni.. & nampak gayanya Tn Presieden kita ni masih dok Qalut lagi dgn hal perpindahannya sbb byk lagi yg nak kena OTER.. kat umah tu.. bli brg lagi lah, touch up sana sini bg lagi cantik.. cemmacam la.. pendek kata duit ada buleh belaka.. hehheheh
Salam Buat Semua ..
TQ buat Mart Zeni kerana cuba nak menggoda aku kot2 nak tukor kreta baru ... Teman rase ler buat stakat ni idok le nak tukor kreta baru atau macam2 lg. Bior le teman pakei ajer Nissam March '86 tu ... kalu tukor ngan body kit nismo enjin turbo ... berasap si Faisal Rahim tu . Stakat ni tu ler kreta yang au guna ari2 untuk cari rezeki. Ualang-alik Kati ke Sg. Siput (U)<> 56 km sehari .. berbaloi minyak nye.
Abis pase kreta ... eh eh eh mane tuan presiden ni . Tak de postng baru ke ... Tak kan tak habis2 lg makan cokelat murah dari Langkawi tu ..ataupun dok tengah belek-belek pinggan mangkuk yang di borong nya satu kapal dari sana .
Alooo Mr. Presiden , kalu lu tak bukak posting baru ... ade kengkawan yang mogok nanti .
Alooo Akie.. sahabat lu baru balik dr Spital Ampang . Ade kat umahnya . Mggu depan 14/5 , katenya nak kena pegi sane balik . Entah le penyakit zaman ler ni . Risou aku di buatnyer ... aku nasihatnkan beli ler insuran kesihatan yang halal ( Takaful ) , buat cover kot2 sakit nanti
Adiooosssss. Speki
tak pa kita jgn ganggu mr presiden kita...orang pindah rumah ni kepala berserabut...nampak simple jer tapi silap haribulan boleh dapat buasir yop.
abang meor,,,hang kim salam byk2 kat abang khir kita tu yer,,,jenuh aku cuba nak p ziarah beliau tapi masih tak berjaya lagi.
abang box apa crita,,minggu ni insyallah teman balik kampung,,,ngole mamak paaaaaa.
Post a Comment