Solat Time

Monday, February 4, 2008

Surat

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Selamat kembali bekerja untuk mereka yang bekerja. Untuk yang masih bercuti, selamat bercuti.

hiasan bukan sekadar hiasan
terletak elok gayanya terhidang
kesian, memang aku kesian
buat mereka yang tak dapat datang

Alhamdulillah, puji-pujian buat Allah Azza wa Jalla, Raja sekalian raja dan tuan punya alam semesta ini. Kambination the Fourth telah selamat dijalankan dengan jayanya. Kehadiran seperti biasa; aku, Mart Jenny, Yusrin (new father), Asr, Jamil, Izanee (of course la, dia tuan rumah), Halim Shafie dan cameo appearance by Zaki Saidin. Terima kasih buat Zaki Saidin kerana sudi melapang dan meluangkan masa untuk turut serta bersama-sama meraikan kambination. Buat kawan2 yang pernah menghadiri kambination version sebelum ni, kena jaga-jaga sebab Zaki Saidin memang power. Tercabar jugak ahli-ahli lama bila melihat cara dia melipat dan lompat tikam kambing-kambing yang tersusun rapi, indah di mata, lazat dilidah terletak eloks di atas perdupaan. Langkahnya langsung tidak ada sedikit pun cacat-cela. Bak kata orang putih: Flawless. Macam dah lama bergiat dalam aktiviti yang seumpamanya.

aduhai kasih aduhai..!!

Kembali kepada topik terhangat kita. Adakah tuan/puan ada menerima surat jemputan masing-masing dalam sehari dua ni? Sekiranya ada, pohon ambil tindakan seberapa segera mengikut langkah-langkah dan arahan yang telah diberikan di dalam surat tersebut. Ini bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut dan kerja 'last minute' yang telah lama kita aplikasikan sejak zaman-berzaman. Menyahut seruan kerajaan (kita ikut mana yang baik, kita bangkang mana yang tak baik) untuk menglokalkan diri dan mengubah cara hidup.

bukan contoh surat sebenar

Manakala yang belum menerima sebarang surat, pohon menghubungi rakan lain yang mempunyai maklumat tentang perjumpaan kita nanti. Antara yang tahu maklumat perjumpaan secara terperinci ialah Saiful Asri dan Jamil Fahmi.

Semoga segala pencarian, pekerjaan dan amalan dalam kehidupan kita akan dipermudah dan diterima oleh Allah SWT. Amin...

Pantun dua kerat lepas makan kambin:
Gendang gendut tali skiping
sekali dia kentut, semua terpelanting

Tack & vi ses agen.

23 comments:

abu_ateif said...

akom semua...
surat jemputan aku dah dapat...terima kasih kat mat jeni psl susah2 pos surat tu kat aku.jasamu ttp ku kenang.

marn said...

cantek. one of the key person dah dapat surat. abg borg!! ada dapat itu surat ka?

BORG said...

aku pun dah dpt surat jgk,dan aku dh maklum pd md jenny.lps ni sapa yg nak mengkompom kan kehadiran sila sms aku di talian yg disertakan dlm surat,utk bayaran plk sila rujuk kat abu atief.

mart Zeni said...

marn & abu atief hampa dah konfom dgn gbox ka?

marn said...

lom lagi sebab pakej aku besaq. mungkin aku sendiri akan ambik 2 lot. so, tengah ada kekosongan tempat, hangpa lekaih2 la reserved tempat. kang aku sakau (sapu/pajak/sewa/lease/rent/occupied)semua, yag lambat tu kena bawak khemah la jawabnya.

Mart Zenith said...

Ai marn.. si hasenul ni tak dpt2 lagi ker surat jempotan kita tuh he he he

z_rahman_albanjari said...

assalamualaikum guyz,

Dh lm wa x rasa truja cam ni, blik dr keje dpt srt jmptn dr ajk kominitas...sebak siut.

Wlaupun wa x dpt pegi, wa doakan prgrm ni dpt brjln dgn lncr.

Bro. Borg ojo koyo ngono, isin delok wong. Mun kue orak ngerti ngomong jowo, ngomong ajak muahahaha

Kpd semua kulaan wa, apa kabar ikam smua, hrp wagas2 ajk. Bro. Arshad yg halui (halam la) ke mana mghilng, ngalihnya hndk brtakun habar...

Bg yg lain, klau x phm, hrp maaf , hanya ktrunan wa & bro borg je yg tau...

Ok berelaan dulu

Jamil said...

aku dah dpt surat jugak timakasih mad.kompom dgn Gebok pun sudah.cuma blum bank in duit je lagi.aku dgr Director ODISI nak sponsor(dia tgh masyuuuk....)muahahahahah......

Dhur,kau guna bahasa tu aku tak reti nak nyampuk sbb tiggi sgt.

borg,org htr sms kau tlg reply leh tak?sbb yg org yg htr sms utk kompom tu mesti trtya2 ko dpt ke tak maklumat yg dhantar.k.tq bro.......

Anonymous said...

Salam Buat Semua ..

Nak Pegi ke Idok

Nak Pegi ke Idok

Nak Pegi ke Idok

Nak Pegi ke Idok

Nak Pegi ke Idok

Tunggguuuuuuuuuuu .....

Adioosssss... MEO SPEKI

BORG said...

a'kum,

thanx bro jamil atas teguran anda itu,sbnrnya waktu dpt sms tu aku x bwk hp tp ada jgk yg aku dah balas,yg aku x bls tu mgkn aku lupa, but anyway mlm hari ahad ni aku akan maklumkan dlm blog ni nama-nama yg dh kompom so tggu la ye,

BORG said...

a'kum,
ok,spt yg dijanjikan disini aku maklumkan nama mereka2 yg telah mengkompomkan diri mereka utk hadir pada reunion yg akan dtg.
mereka ialah:
1 )sirajuddin n family
2 )jamil n family
3 )farez n family
4 )saiful asri n family
6 )fakrulzaman n family
7 )arman shahril
8 )A.suzaini n family
9 )Zaki yusuf n family
10)husaini n fmily
yg akan mengkompemkan diri pula:
1 )jamul azman n family
2 )izanee
so itu saja setakat ni dan diharap pada yg blm kompem agar dpt mengkompemkan diri sblm hari selasa ni,hrp maklum dan klu ada yg aku terlps pandang tlg bgtau ye.

BORG:alaa.. meor,nak pikio apa lagi?kira jadi aje le.

mart zeni said...

Assalamualaikum sume,

Well done bro gborg.. so kita menanti ari le lah nih.. Kepada ibubapa kalu nak bli mainan plastik yg utk korek2 pasir buat istana tu baik bli kat darat siap2.. kat sana mehe yob... sekian..

marn said...

ha.. bukan setakat menan plastik je yang mehe, tu ha pelampung pun same le tu. kalo tanak rabak poket tuh, siap le beli awe2.

marn said...

ek elel mio matot.. ko jangan le pikio bebanyak kali kalo nak buat bende baik. ko join je la. takkan nak jue mehe le pulak. kang takde orang nak beli.

dalam bisnes, produk adalah satu perkara yang penting, dan faktor yang melariskannya dalam pasaran adalah harga yang bersesuaian. baru leh dipasarkan.

welcome to bisnes study 101.

mart jen said...

ader tambahan just let us know yer tuan gbox

BORG said...

a'kum,

berikut adalah senarai terkini mereka yg telah mengkompempan diri

1 ) jamnul n family
2 ) syukri mat isa n family
3 ) Ismail nizar
4 ) izanee
dan aku masih nenunggu berita dari meor hamdi,tarikh tutup utk mengkompomkan diri adalah sblm pkl lima ptg ini,harap maklum

marn said...

telus dan tegas la abg borg ni.. aku suka.. aku suka..

Mart Zenith said...

mungkin jap lagi si awa akan "mengkompempan diri" nyer utk turut serta.. err hasnul tak dapek sbb sibuk sgt dgn dunia nya..

sekian

marn said...

Huh.. awa?! serius ka dia nak join? aku macam muskil je nih.. selalunya dia akan lebih sibuk bila ada cuti sekolah. tokey bas la katakan. walau apapun, tahniah la buat kawan2 yang sudah mengkompemkan diri mereka dan mereka yang berkeluarga.

Tak sabaq rasanya nak jumpa. harap jumpa kali ni, bukan sekadar gelak-tawa dan kenangan indah yang dibawak balik ke rumah masing-masing. kita ada mission. misi yang tidak mustahil untuk kita laksanakan. cumanya perlu kepada perancangan dan tindakan susulan.

Semoga tiada lagi retorik yang timbul selepas ini.

Bab hasnul izhan aka mat peti, tu memang dah tak leh nak ubat. kerja sepenuh masa. moga mat peti bahagia dengan hidup dan kerjayanya.

Macam budak2 ipoh, aku pelik jugak. macam dah 'mandom' ja. tak jantan la tak join. ramai jugak yang kerja 'power2'. sibuk gayanya tu.

O..!!! jangan lupa bayaq wey.. kang kompem saja, bayaqnya tak. Tak guna jugak. (ni macam kata kat diri sendiri je..?!) Muahahahaah....!!!

marn said...

Oh ya...!! Mat jeni! aku selaku presiden komunitas yang dilantik oleh hang dan ntah sapa2 lagi ni ingin menggunakan kuasa Veto yang ada di tangan aku, mintak tolong hang 'arrange'kan bajet yang diperkatakan oleh al-fadhil Ustaz Amali JASA kepada Jamil tempoh hari.

Hang buatlah macam mana sekalipun, dapatkan 'bajet' yang sudi diperuntukkan oleh Amali da Highlander tu. Tengah orang sudi nak huloq, jangan la buat juai mahai macam si Matot tu. Kang orang kata blagak sombong pula. Aku tak dan sebab sibuk dengan urusan dunia perniagaan aku. Jadi, pohon jasa baik hang yang ada fasilitas maksimas untuk mengontek Amali dan arrange pembayaran macam mana. Sebolehnya secepat mungkin. Boleh kan? Hang pasti boleh. Caya lah!! Mat Jeni Boleh.

mat sapranos said...

eye2 captain... hamba yg menurut perintah...

marn said...

Tiada hamba melainkan hamba kepada Allah yang Maha Esa.

marn said...

dan borg... tolong sekali lagi publishkan nama2 mereka yang telah mengesahkan penyertaan. Bagitu juga dengan abu atief (i'm wondering apa pasai diam ja nih..?) akan nama2 mereka yang telah membuat pembayaran.

tenkiu..