Solat Time

Tuesday, February 26, 2008

Pangkor dan pilihanraya umum ke-12

Assalamualaikum..

Buat mereka yang baru masuk blog, di sini aku sekali lagi menyenaraikan nama-nama mereka (bukan calon pilihanrayakali ke-12) yang sudi melapangkan masa dan ruang untuk bersama-sama ke Pangkor pada 14 dan 15 Mac nanti:
  1. Sirajuddin dan isteri bersama anaknya seramai 3 org.
  2. Ahmad Farez Jalaluddin dan isteri bersama anak seramai 3 org.
  3. Ahmad Suzaini dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  4. Saiful Asri & isteri.
  5. Jamnul Azman dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  6. Zaki Yusuf & keluarga.
  7. Arman Shahril - solo.
  8. Ismail Nizar - solo.
  9. Zaki Saidin - solo.
  10. Izanee - solo.
  11. Syukri Mat Isa & keluarga.
  12. Fakhrul Zaman dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  13. Jamil Fahmi dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  14. Hisyam Fahmi dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  15. Samsul Rizal - tak tau nak mai solo ke bersama isteri.
  16. Jamnul Aziah - berduet (bertemankan emaknya).
Manakala mereka yang lain, aku tak dapat maklumat. Masih dalam risikan. Kalau ada tempat, bolehla diletakkan di dalam chalet, kalau tiada lagi chalet, bolehla ambil tapak khemah.

Kita ke topik yang satu lagi. Kehangatan dan bahang pilihanraya kali-12 semakin terasa selepas penamaan calon lewat tanggal 24 Februari. Sama ada Barisan Nasional mahupun Barisam Rakyat yang menjadi pilihan kawan-kawan, aku berharap sekiranya terdapat percanggahan pendapat dan pendirian dalam komen di blog ni, biarlah ianya dibuat secara berhemah dan tidak menggunakan kata-kata nista. Sebab orang Melayu ni lebih suka bahasa berhemah berbanding kasar. Bak kata pepatah: "Yang merah saga, yang kurik kundi, yang indah bahasa, yang baik budi."

Moga PRU ke-12 ni, membawa perubahan ke arah yang lebih baik untuk Islam, negara dan rakyat. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pilihlah calon yang bertaqwa, berakhlak mulia, amanah, berilmu dan berjiwa rakyat.

Jangan lupa memangkah undi dengan cermat kiranya tidak mahu undi rosak. Laksana dan penuhi tanggungjawab sebagai manusia merdeka dan bebas dalam membuat keputusan untuk memilih bakal pemimpin dengan penuh hemah. Tanggal 8 Mac akan kita saksikan sama ada episod baru bersama peran yang baru ataupun peran yang lama.

35 comments:

Puyot said...

Apa lagi? Siapa yang rasanya takmau balik memangkah 8 mac ni? aku insyaAllah, panjang umor balik pangkah barisan rakyat. Barisan nasional? "...dah lama dah..!". Dah makin nyanyuk. Sampai masa dah ni. Nak tunggu bila lagi?

Not BN Supporter said...

say TAK NAK to BN!

akie said...

salam buat semua,
Andai kata dalam jiwa kita tersemat berjuta-juta kebencian yang amat sangat terhadap parti yang memerintah, inilah masanya kita lakukan. Pilih yang terbaik bukan untuk orang lain, untuk kita, keluarga kita & juga agama kita yang bukan sekadar hanya tertulis didalam IC(islam). Jikalau kita tewas sekalipun, itu tidak bermakna kita kalah, kita tetap menang melawan hawa nafsu & kebencian kita. Semoga mereka tidak lagi menipu rakyat yang majoritinya orang-orang melayu. Inilah masanya kita merobah pucuk pimpinan yang dah mati pucuk, tapi berkeinginan merasa pucuk baru, geli aku negok!!!!. Semoga semua sahabat aku layak mengundi... & jangan rosakkan undi anda. Kepada yang tak mengundi tu usah cakap apa-apa aku benci sangat-sangat, meluat aku.Dah tua pun, paham_paham je lah.

AKU UNDI CALON PILIHANKU "DR LO LO" PAS TITIWANGSA.

Ben Mulk said...

go akie go...!!!

matters said...

pangkah je BA tak kira dimana bertanding.. yg penting kita ada wakil yg menentang..Thats matters jgn biar depa buat keputusan sesedap gigi jer... aku juga stuju dgn akie bg sesiaper yg tak mengundi.. you are good for nothing.. BN tak suka kat hang BA pon nyampah..

Che Mart said...

hah abg samsui rezal naina marican pon mai? dia mai kut mana darat ka? udara ka atau kut ayaq.. maklum la dia kan special edition forces killing mesin 3 alam.. usihh syok2 mesti byk citer.. rugi la saper yg tak mai...

abu_ateif said...

akom semua,,,

perghhhh cukup aku tak sangka bekas ketua pemuda umno batu 10 buat kenyataan yang sedemikian,,,kalau dihailaitkan ucapan hang tu akie sure ramai geng2 umno batu 10 berpaling tadah muahkakaka.

semakin hari semakin meluat baca pepa n tgk berita...malam td program tv3 360 yg biasanya sembang pasal jenayah pun malam td madizul cam kempen bn jer...mmg meluatttt...tak heran kalau bn menang lagi...habeh semua jentera depa pakai utk kembali berkuasa.

pangkor????so far baru 2 orang yang dah bayo kat aku...mat zeni n abang bujang aka izani...tahniah aku ucapkan...yang lain las minit kot hehehehe.

Puyot said...

muahahahah!!!

Abu Husni said...

Assalamualaikum!
Sabda nabi saw: 'Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada mereka yang tidak laya, maka tunggulah saat kehancurannya.'

Tak lama lagi kita akan keluar mengundi, selamat mengundi aku ucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah pun mendaftar. Oleh itu berdasarkan kepada hadis nabi di atas, jangan siapa pun membuat kesilapan untuk memilih calon yang sesuai untuk menarajui kepimpinan negara. Kesilapan memilih calon akan membawa padah kepada negara.

Pilihan kita pastilah tepat kerana mafhum hadis nabi yang lain ada mengatakan bahawa di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan pemimpin kita di dunia. Kalau pemimpin yang dipilih semasa hidup di dunia dahulu jenis bencikan perlaksanaan hukum Allah tertegak di atas bumiNya, jenuhlah nak menjawab di hadapan tuhan Rabbul Jalil. Kita semua tak kan terlepas daripada persoalan yang pasti akan dikemukakan oleh Allah nanti. Kerana sabda nabi: ' Setiap kamu diberi tanggungjawab, dan setiap kamu akan dipersoalkan ke atas tanggungjawab yang dipikul.' Oleh itu hati-hatilah semasa memilih, pastikan pemimpin yang hendak dipilih adalah pemimpin yang tak menjerut leher kita di akhirat kelak.

Tazkirah ringkas dariku untuk diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan.

-Fariz Taiping -

abu_ateif said...

akom...

perghhhHHH ABU HUSNI tahniah diatas tazkirah ringkas yang cukup menyentuh benak dan perasaan aku.

bayor duit p pangkor???

semalam zaki saidin dah bank in kat aku...yang lain harammmm...dok sebok gantung poster dacing kot muahahhakakaka.

mart henkok said...

ULEY MAK KATUKS... si farez pon dah menjengah ke blog nih.. perghh hebat2.. HAH mana yg lain? yg aku pelik tu bebudak lain nih dah dapat surat yg mengandungi add blog ni.. takkan takder masa langsung nak jenguk blog kengkawan nih.. Or dah jenguk pastu tak komen aper pon...

budak tepen said...

memblogging bukanlah suatu paksaan. apatah lagi memberi komen di dalamnya.

waduh.. setuju banget dengan tulisan abu husni. tapi masalahnya orang yang engkar ni macam mana cara untuk kita dekati dan dakwah pelan2? setakat baca hadis sama ayat furqan, tak makan beb. depa ni banyaknya guna logik akai. kita baca sampai bebuih mulut pun depa buat dert ja.

ka gumana?

abu_ateif said...

wehhh tak susah tak ajaq orang yang pakai lojik akai ni,,,
hang bawak orang degil tu jumpa ngan pakar mantiq cikgu boxs...kompom orang tu tumpo dengan cikgu boxs punya.

abu_ateif said...

baca elok2 ayat kat bawah ni:

Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam...!!!TAKBIR!

abu husni said...

DUN yg paling kaya, DUN Teluk Mas dan Pasir Mas
DUN yg paling kurang ? turn out voting? DUN Care
DUN yg langsung takde orang keluar mengundi , DUN Noh
DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Puchong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN SenggarangD
DUN paling banyak berahsia,DUN Tell Anybody
.......Selamat mengundi....


Bukan apa...saja nak bagi semangat keluar mengundi jer......Siapa yang tak keluar mengundi 8 Mac 2008 ni kita suruh PM (sorry tak boleh kata Pak Lah sebab Pak Lah belum tentu menang lagi......hehehehehh, lawan pun belum lagi) kenakan denda. Dendanya ialah....siapa tak keluar ngundi, lepas jer abis tempoh pengundian kena panjat tiang TNB, tiang TELEKOM, pokok2 dan tangki2 air untuk turunkan poster2 dan bendera2.....amacam anyone agree with me....????? So...kalau ada siapa2 yg berhajat tak nak ngundi tu......pikir2lah 2 or 3 kali yer.....harharhar

TUMBANGKAN BARISAN TAGHUT YANG NAK MENJAHANAMKAN NAGARA KU YANG TERCINTA!

TAKBIR!!!!

budak tepen said...

Allahu Akbar x3!!!

aku setuju sangat ngan abu tief, tapi jawapa pasai orang yang guna mantiq aku tak puas hati!!!

sayang tok guru said...

Undi bulan beb!!

abu_ateif said...

sedara jiran kak aku pernah cakap...

apa guna keris,,,
apa faedah roket,,,

kalau datang bulan!!!

abu_hanan said...

akom..

perghhh abu husni semakin lantang ko yer kempen untuk pas...

tapi hang tau tak adun yang paling tak guna sapa dia?

Tun mahathir kata Najib.

betoi ka?

abu_atef said...

calon2 yang dah bayar duit pangkor ialah:

1.bang mat
2.teruna tang tang izani
3.aktivis pas titiwangsa zaki saidin.
4.abu husni de ghost bustet.
5.setakat tu jer.

bendahari exidrisiah

abu husni said...

Abu Hanan,
aku kempen untuk Hizbullah (Parti Allah) bukan Hizbussyaitan (Parti Syaitan). Bagi aku selain daripada Hizbullah adunnya semuanya SETAN belaka.

Tun Mahathir dan najib 2x5

abu_ateif said...

abu husni,,,

jangan extrim sgt yob,,,hang ni tak bersyukur la,,,hang dah lupa ka jasa2 kerajaan BN selama ni,,,cuba tanya diri hang,,,siapakah yang membina jalan depan rumah hang?siapakah yang menyalurkan air dan api kerumah hang dan kampong bini hang kat baling tu?siapkah yang beri baja taik kambin kat petani supaya hasil pertanian negara berkualiti?

tapi hang jgn tanya...siapakah yang sapu duit pprt?siapakah yang makan n sapu fulus rakyat utk bina kekayaan peribadi?siapakah yang menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat utk buat projek mega tak tentu hala spt masjid kristal bernilai rm 270 juta???jgn dok tanya pasal komisen kapal selam,jet sukhoi n jgn gatai nak tanya mengapa karipap kat kementeriaan belia n sukan harga dia rm 3.00...teringin gak aku nak makan karipap tu...tu baru karipap yop..belom sembang pasal skru drebar lagi muahhkahkah.

budak changkat jering said...

mereka yang tidak mahu berjuang atas dasar agama adalah mereka yang buta hatinya. sama-sama kita bantu perjuangan untuk menegakkan syiar dan hukm Allah di bumi Malaysia tercinta.

Orang UMNO cakap, kat Malaysia ni masyarakat majmuk, berbilang kaum, tak boleh laksanakan hukum Allah.

Apa pendapat dan hujah2 saudara2ku sekalian?

abu najwa said...

abu atief.. sapa lagi lagi yang dah bayaq fee untuk ke pangkoq? tolong update latest list. tenkiu.

kwn TOP UP bergerak said...

ceh mentang2 br bank-in smlm teruih tanya sapa dia yg tak bayaq lagi nih... kepetuiii... oit abu najwa hang tiket nak balik kampung utk pi ngundi dah bli ka blom?

Ni sesiapa yg tak mau langsung ngundi ni camna crita nih..?

abu balqis said...

err so saper yg nak berkonvoi dr KL nih? jamil cam tak bleh sbb ada job same goes to abg asr.. yg tinggai aku & juman sekeluarga la nampak gayanya... Abg Iz?

abu najwa said...

alamek!! aku tak bli lagi la tiket. jangan la habih tiket. sapa ada dari kl nak balik ke perak?bleh aku tumpang. sampai half way pun jadila. janji aku nak balik ngundi.

abu_ateif said...

akom sahabat...

perghhh terus tanya list yg dah bayaq...
setakat hari ahad 2.3.08 yang bayaq ialah:
1.bang mat
2.teruna tang tang izani
3.aktivis pas titiwangsa zaki saidin.
4.abu husni de ghost bustet.

abu_ateif said...

list org bankin yang dikeluarkan selepas pukul 3 isnin 3.3.08:
1.presiden exidrisiah 87.
2.kakak mr.presiden
3.alfadhil tn hj shukri b.mat isa.

mail mana?

dia baru mintak no akaun aku semalam.

Anonymous said...

petua mengundi pru12:

PANGKAHLAH PARTI APA PUN YANG HAMPA SUKA KECUALI BN

abu_ateif said...

tolong baca n pikio kenyataan di bawah ni,peh tu tolong calculate brp duit kita leboh:

Projek dan pembaziran mega wang rakyat:-

1. Kerugian dan kegagalan projek Jambatan Bengkok dan pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin Johor - RM1.4 bilion
2.Bayar kepada pemaju Gerbang Perdana kerana batal projek jambatan - RM400 juta
3.Tanggung beban kerana kegagalan projek Pelabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) - RM4.6 bilion
4.Bayar pampasan kerana pembatalan loji insenarator di Broga, Selangor yang sepatutnya tidak dibina sama sekali - RM500 juta

Selain itu terdapat pelbagai lagi pembaziran yang menuntut rakyat supaya menolak BN dalam pilihan raya ke-12 ini:-

1. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas - RM 99 juta ( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA )
2. Cadangan membina Pusat Sukan London RM490 Juta
3. Penerbangan Malaysia Bhd Bayar Gantirugi kepada MAS RM650 Juta
4. Cadangan Kerajaan Beli Balik ECM Libra RM830 Juta
5. Kerugian Tenaga Nasional Berhad di Indonesia RM250 Juta
6. Projek Islamic Civilisation-Pulau Wan Man RM250 Juta
7. Kerugian Pelaburan Unit Trust KWSP RM 600 Juta
8. Kerugian Matrade RM160juta dan tambah rugi RM12juta (RM 172 Juta)
9. Komisen pembelian Scorpene dan Sukhoi - RM 600 JUTA
10. Pembelian Jet VIP Baru untuk Perdana Menteri RM 200 Juta
11. Penganjuran Monsun Cup RM 200 Juta
12. Pembaikan Jejambat MRR2 (lebih RM70 juta dari kos pembinaan RM120 juta)
13. Pembayaran wang kerajaan kepada Pihak Konsesi Tol (RM 4.85 billion)
14. Pengagihan wang rakyat kepada setiap bahagian Umno - RM 200 juta ?
15. Bailout untuk syarikat GLC ( Star LRT , MAS dll) - RM 11 bilion
16. TM membayar ganti-rugi RM700j kepada Telekom German disebabkan kesilapan membuat kontrak.

tok sidang said...

hah!! tudia! sokong la lagi barisan nasional. aku memang dari dulu lagi memang tak sokong.

sapa yang sokong lagi, memang la limau purut tiga serangkai, buta perut tadak akai!.

Duit rakyat depa belanja habih.

mat henkok said...

Demi kain pelikat dengan beras sebungkuih.. takpa sokong jugak la puak2 nih...

mantan presiden said...

Salam semua.. aik hanya 9 dr 17 je yg bayo.. ni dah almost half dr yg berdaftar.. Abih ni lain masih buat NEHEN je .. cpt la geng.. Jgn buat abu atief si penjaga harta kegelisahan

CHE MART said...

Menjawab solan dr saudara KWN TOP UP BERGERAK wa petik nukikan saudara saiful islam "Bagi yang pemalas, mudah sahaja, “ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!”

Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputus asaan anda dalam pilihanraya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara."

sekian