Solat Time

Thursday, January 31, 2008

Pak Ali bukan tamak tapi bingai..

kapak perak Pak Ali

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "Ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Moral cerita: Jangan terus mengecam atau mengutuk mahupun 'cas' orang. Selidik dahulu. Kalau ada kesempatan tengok la cerita Iran yang bertajuk:
The Hidden Half (Nimeh-Ye Penhan) - arahan Tahmineh Milani. The story is more to feminist but it's a lovely story to share with.

11 comments:

lagi azizi dr ali said...

Moral of the story
1) Jgn asik jatuh brg dlm tasek lebih dr skali sbb org yg beriman takkan jatuh kat tempat yg sama twice
2) Its ok to tell lie (tipu sunat) utk menyelamatkan keadaan? yer ke marn?
3) Si pari tu pon kaki CAS
4) Si Marn percaya kpd syair si pari2

kirk hammet said...

moral yg aku dpt plk ialah
1)klu nak pegi tasik jgn bwk kapak
2)klu nak bwk kapak jgn pegi tasik
3)klu taknak pari2 tu bwk britney dan cristina anda kahwin lah empat sbb kuota dh cukup so pari2 tu tak de alasan lagi.
4)klu pari2 tu dh bagi,sapu aje,rezeki jgn ditolak beb(tp nikah dulu le).he..he..he.. just kidding

marn said...

Hehehe... nak kata tak kena, nak kena tak kata. Betui tu abg lagi azizi dr ali oi..

Tapi tiada tipu yang sunat. cuma it's ok to tell lie(s)just for the sake nak jaga nyawa, selamatkan keadaan dan maruah. Syair si Pari-pari tu menatang afa? macam tajuk lagu ja.

Pastu, moral cerita ni ada lagi. Apa bingai si pak ali tu? Cemerkap sungguh. Mula-mula kapak, pastu bini sendiri pun boleh jatuh.

Pastu Pak Ali, mau kata tadak duit, bela la kristina sama britni tu, nikah, bagi la kapak, soh tebang pokok. Ambil upah. Dapat berganda. Masyuk. Dah sahut seruan Pak Lah untuk gunapakai Modal Insan. Tu lebih baik daripada mengeluh susah tak boleh nak bela.

Ni la mentaliti Melayu Haprak yang ramai dok gunapakai.

Ka gumana?

tukang tampal stem said...

Apalah lah Pak Ali nih.. dah tahu susah kawin jelah dgn cristina & britney tu.. kan nabi dah pesan.. kalau hidup susah kawin, kalu susah lagi kawin lagi & lagi.. sampe 4 le. Ni cristina & britney we are talking about nih.. Pas kawin dema boring mintak cerai pon pak ali kaya gak... apara pak ali..

Tapi tak tau la level maner lak miskin pak ali ni kalu diukur dr kapak burok dia la.. lain mcm jer

abu nawaz said...

assalamualaikum.... agak menarik bila saya terJOIN komuniti87 ni! adakah anda semua ni ustaz2? nway semoga saya di terima sebagai sahabat di dlm komuniti anda!

z_rahman said...

assalamualaikum guyz,
Moral cite trsebut, stiap prbuatan adlh tgjwb sndri atau lain prktaan brani buat brani tanggung.
Cite iran tu bl release kt panggung.errr ad srikata ke... Wa x tau bhs parsi...
Ahlan wa sahlan kpd bro abu nawaz. Not at all kami ni ustaz, cuma kami prnh brpluk brtmpar di sek. agama yg sama pd suatu waktu dahulu...

Ok chow dulu,,,

abu_ateif said...

akom semua...

terpikat aku ngan watak pak ali...jujur,lurus bak tiang karen n sedo diri...tak ramai cam pak ali akhir zaman ni...kalau pak ali dah tak der sedekahkan fatihah untuk beliau..kalau masih hidup semoga pak ali panjang umo.sapa2 jumpa pak ali ajak dia join kita p pangkor.

abg ali (takdak kena-ngena ngan pak ali) said...

abg dur, ada sarikata bahasa ngerih. hang kan terel bahsa ngerih. cerita tu dah lama dah. pandai2 la cari. aku just sarankan ja.

abu nawaz said...

tima kasih kpd z_rahman yg sudi
menerima kehadiran saya....
sek agama mana dulu? mcm bes je...
al-fatihah untuk allahyarham dato ishak baharom....

abu tak nawaz said...

abu nawaz ni sapa? selamat mai la ke sini. dok elok2, kita jamu ayaq sirap sama biskut keri. kalau dok tak elok, toksah mai. Saja nak peringat.. kadang terlupa watak dan peranan. tu saja. tenkiu for droping by.

Anonymous said...

Salam Buat Semua ...

Eh ! ingat tak lg crite 'tasik tak berair' ?

He He He he he ...

Sape2 yang tak ingat , cuba ingta2 kan . yang tak tahu , tanya pd sape yang dah ingat crite tu . Sape yang maleh ambik tau ... lugi la lugi la ...

Adiossss . MEO SPEKI