Pages

Solat Time

Friday, January 25, 2008

Cahayamata

gambar hiasan

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan dirahmati Allah selalu buat kita semua, amin. Pemberitahuan buat semua warga K87, dengan ini adalah secara rasminya, En. Saiful Yusrin selamat bergelar bapa. Putera yang belum diberikan nama telah selamat dilahirkan melalui kaedah 'caesarian' @ pembedahan pada pukul 1.45 pagi pada hari Rabu 23hb yang lalu. Moga Allah Taala merahmatinya dan keluarganya selalu. Dilimpahkan rezeki yang banyak dan diberikan kekayaan di dunia dan di akhirat.

Dan seperti posting yang sebelum ni, diharap semuanya paham dan maklum akan segala maklumat dan tentatif program yang telah dirangkakan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar kita sama-sama dapat meluangkan masa untuk duduk di dalam satu majlis supaya dapat kita bincangkan apa jua pelan tindakan seterusnya.

Sudah banyak masa berlalu, tapi sehingga kini masih tiada apa jua tindakan yang serius untuk membawa Komuniti ini ke satu langkah yang lebih positif. Semoga dengan adanya majlis perjumpaan tu nanti, akhirnya dapat membuahkan hasil yang positif untuk kesemua kita.

Ya Allah! Satukanlah hati-hati kami ini.

13 comments:

marn said...

aku sangat2 berharap dengan perjumpaan kali ni, kita dapat balik ke rumah masing2 dengan pelan tindakan yang dapat menjana kewangan dan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

Anonymous said...

Ya tahniah bang Yus oii, One fine day wa & famili akan pi lawat hg kat rhomah je lah.. Ader sesaper nak ikut?

Anonymous said...

Salam Buat semua

Aku nak ikut bleh ke ? aku nak tunggu kat maner ... hawau betoi ... hg. ingat yang dok baca blog ni dok kat Key El ke .. cmua nye .. Sian kat abu atief .. hatinye berkobar2 nak nengok anak saiful yusrin , tp jauh sangat .. Huk huk Huk huk Huk

Ape2 pun tahniah buat saiful yusrin coz hg dah berjaya menunjukkan kejantanan hg dan berjaya menjadi seorang bapak , ayah , papa N dady ( jgn sugar dady ) udah ler .

Agak2 nyer saiful yusrin mesti tak leh nak join kite . Anak kecik lg. tak kan nak tinggal anak bini dalam keadaan cam tu .. Rase aku ler ... tp kalu dia nak gi jugak wa respect sama lu laaaaa .

Aku ni tgh dok kursus ni .. ICTL , 2 ari .. boring jd. blogging ler kejap .

Adiosss . Meo Speki

Anonymous said...

assalamualaikum guyz,
Thniah to bro. Yus. Slmt dtg ke dunia jantan yg sebeno... Rajin2 training bngun tgh mlm utk buat nenen...
Muahahahaha

Apepun smoga murah rezeki dgn hdir seorg lg umat nabi muhd.

marn said...

hah!!! sesiapa yang ada petua jadi bapak yang baik sama nasihat untuk didik anak.. sila la kongsikan bersama.

ilmu yang manfaat tu lah yang sangat penting. ada ilmu takmau kongsi ngan orang, tu namnya bakhil.

Anonymous said...

a'kum,

aku jugak tak nak ketinggalan mengucapkan tahniah pd yusrin,semoga menjadi bapak yg baik insyaallah

Anonymous said...

Salam Buat semua

Sabtu br2 ni aku pi menziarah bini & yus junior kat spital.. Ingat dah kluo rhopernyer kena tahan lagi 10 hari sbb yus junior kena penyakit kuning & juga G6PD iaitu sejenis penyakit dalam darah (enzim kurang dlm darah) sian baby tu wa tgk lunyai kaki dia sbb Doktor dok amik darah kat tapak kaki dia...

So samalah kita berdoa kehadrat ilahi agar disembuhkan penyakit baby yus junor yg tembam cam bapak & uncle dia nih..

Nasihat dr aku seorang bapak kpd Yusrin ialah err pas ni cargas proses lak sorang lagi.. hehe bukan aper bior dia ada kawan & tak le spoil sangat.. hehe

marn said...

nasihat yang amat memberi kesan dari uncle mart. muahaahah.. aku setuju yang amat.

doa kat Allah Taala banyak2 yus!! petua2 ni usaha kita je. yang Kun Fa ya Kun tu hanya Allah jua yang mampu. Kita ni hamba hina.

Anonymous said...

akom semua...
tahniah bro yus...moga mike boleh jadi bapak yang bertanggungjawab mendidik anak mike menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat...teman doakan anak mike sehat dan selamat dunia akhirat..

gibox!!!!hang bila lagi?

Anonymous said...

Salam Buat Semua ...

Buat Saiful Yusrin Bin ... , moga anak hang sihat wal'fiat . Juandis tu normal bg kanak2 . Tak normal kalau tak kena juandis ( bukan anak yang tak normal ye ... baca bg faham )

Atief oiii ... jgn le kamu cakap gitu kat Gbok ... nak dapat anak bukan nye macam tanam sayur ... tabor / campak bijik benih , siram , baja ...tinggal N tunggu . Lepas tu tengok ada tumbuh ok le kalu idok ... ntah le .

Bersabor lah sape2 yang belum Allah kurniakan bg mereka anak. Rezeki balum ade. Berusahalah denagn ape cara sekali pun . Sape yang udah ader , bersyukur le . Tak kira lelaki atau pompuan janji anak kita , darah daging kita .

Ingat le ... 'pokok' yang baik bermula dari benih atau baka yang baik dan dicampur dengan baja yang halal . Maka 'hasil'nye nanti pasti mengancam .

Bila nak PRU niiii ...

Adiooosss MEO SPEKI

marn said...

terkesan aku dengan hasil nukilan meo matot..

Anonymous said...

aku bukan setakat terkesan jer hasilan nukilan meor tu...siap menitik ayaq mata lagi ni..untung sapa yang dapat suami n ayah cam hang meorrrr.

Anonymous said...

al-fatihah kepada allahyarham tuan haji ishak baharom,bekas mufti selangor dan juga kepada allahyarham rosli kamis(LOLOQ),