Solat Time

Friday, June 8, 2007

Pangkor dan kenangan II...

sambungan..

8.00 malam, kami keluar untuk melihat-lihat suasana di Teluk Nipah yang rata-rata penduduknya berbangsa melayu. Tak banyak kedai cenderamata dan kedai makan yang menarik untuk kami rakamkan buat tatapan kawan2 yang tak ikut serta. Kebetulan, pada malam tu ada segerombolan manusia yang dikatakan lelaki pun tidak, pompuan pun tidak. Spesis dua alam. Seronok jugak tengok kelaku depa tu sambil menunggu abg Gebok aka tourist guide kami yang berjanji nak bawa kami makan malam di Restoran Jali yang letaknya di Teluk Dalam, berdekatan dengan airport Pangkor.

"Aku dahaga la, jom la kita pekena ayo kopi ke, milo ais ke", kata Mat. "Jom!", jawab Mail tanda setuju. Jalan la punya jalan, tak jugak kami temui kedai makan yang kosong. Semuanya full shop. Maka, kami pun berjalan-jalan di tepian pantai disimbahi cahaya suram dari kedai-kedai makan sepanjang jalan di Teluk Nipah sambil layan makan koci.

Tak lama lepas tu, Gebox pun sampai. Kami terus naik motor pergi ke kedai Abg Jali di Teluk Dalam. Malangnya, kedai tu tutup. Abis punah harapan nak makan sedap. Mengikut kata Gebox, kedai makan di Pangkor ni banyak, tapi nak rasa masakan yang sedap-sedap, tak banyak. So, bila pergi ke Pangkor, berhati-hatilah memilih kedai, Bukan apa, takut timbul rasa tak puas hati. Tu aje...

Kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut pada malam tu di Pasir Bogax. Nasib kami kurang baik, sebab kedai yang sedap abis semua full shop. Ramai yang dok menunggu dengan muka yang 'bara'. Gebox terus ajak kami makan dekat kedai di tepi Jeti Pangkor. Naik motor dan terus ke sana. Makan la kami di kedai tu. Kira ok la. Janji boleh makan.

Abis makan, jam dah menunjukkan pukul 12.15 malam. Semua dah kenyang, nak balik rehat di chalet. Sampai di chalet, sembang-sembang ringan sambil melayan Astro. Mail dengan Izanee dah tak sabo nak mancing. Aku memang dah tak larat. Aku cakap kat depa nak tido 10 minit. Belakang aku jaga pukui 3 pagi. Aku tengok Mat, tido sekejap baring sekejap duduk. Dah macam orang menurun. Sian pun ade, cuak pun ade. Kang dibuatnya dia melompat atas aku, mati penyek jawabnye. Si Zaki pulak, lentoq baik punya atas katil tepi aku. Mail dengan si Izanee dah ghuyub ke jeti. Aku rasa macam nak join, tapi takut port atas katil aku tu dikacis dek Mat. So, tak jadi la aku nak join dengan Mail sama Izanee. Pukul 4 pagi, aku terdengar suara Mail dengan Izanee yang baru balik. Dok cerita pasai ikan. Gelap.. sedar-sedar, dah lewat. Subuh gajah le jawabnya.

Pukul 9 pagi, Gebox bawak sarapan daripada umah dia. Wallaweh..!! Gebox memang baik hati. Nasik lomax power sama teh panas. Memang cun. Abis makan, hajat nak sembang pasai aktiviti yang nak dibuat di Pangkor nanti bila time reunion. Sembang la punya sembang. Aktiviti satu habuk pun tak kompem lagi. Dok sembang pasai lain ada la.

Mat bersama motor sewanya..

1.00 petang, kami bersiap2 nak balik ke Lumut dan ke destinasi seterusnya. On the way nak gi hantar motor sewa, kami round pulau dan singgah di Balai Cerap (tempat tengok anak bulan) in between Teluk Nipah dan Pasir Bogax sampaila ke Teluk Gedong, tengok jeti lama projek gajah putih Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Tempat memang cun untuk mereka yang minat pancing. Sayangnya, tak dijaga selia dengan baik sampai lantai pun hilang. Lepas tu, singgah kejap di Kota Belanda dan terus ke jeti. Hantar motor sewa dan makan tengahari di jeti. Tepat jam 3.15 petang, kami dah beratur untuk tunggu turn naik feri ke Lumut.

atas balai cerap, Mat tak naik sebab tak muat tangga

Mail memandang projek gajah putih dengan rasa sayu

wa depan Kota Belanda

Memang Pangkor akan sentiasa dalam ingatan walaupun tak banyak tempat yang boleh kami lawati. Sebabnya, kenangan bersama kawan2 memang tak dapat aku lupakan.

Selayang pandang mengenai maklumat ringkas tentang Pangkor:
1. Tempat yang boleh dikunjungi ialah Teluk Gedong, Teluk Nipah, Teluk Dalam dan Teluk Segadeh ( ejaan aku tibai je nih). Teluk Segadeh kami tak pi sebab xs masuk ke situ kena 'hiking'. Tak leh naik motor. Situ pantainya mengikut kata Gebox, macam tepung. Tapi jaga-jaga, ada lanun dan silap aribulan kena pau. Dah ada kes seumpamanya.
2. Kedai makan banyak, tapi nak yang sedap boleh dikira dengan jari.
3. Sewa motor : RM30 untuk hari biasa, RM60 untuk hari minggu dan cuti sekolah.
4. Sewa chalet dalam lingkungan RM80-140 sehari. Check out macam biasala.
5. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor dalam 25 minit termasuk singgah di Sungai Pinang selama 3 minit.
6. Mesra Feri boleh muat 208 orang tempat duduk. Berdiri dalam 30 orang.
7. Parking kereta di tempat letak kereta bertingkat Lumut RM10.00 untuk 24 jam.
8. Nak beli cenderamata, dinasihatkan beli di Lumut sebab murah sikit.

sentuhan ajaib mat zeni sewaktu melestarikan kenangan pulang ke kolompo

Untuk sebuah percutian yang pendek, ringkas, murah dan bermakna, aku sarankan pergilah ke Pulau Pangkor untuk tenangkan fikiran. Bawak la anak-bini buat mereka yang dah berkahwin. Buat yang belum, jangan la pi buat maksiat kat situ. Allah Taala nampak apa yang kita buat. Muahahahah...

14 comments:

Anonymous said...

akom sahabat..
syok baca cerita hang marn ttg pangkor..lagi syok bila kita terlibat sekali p pangkor hari tu..kenangan ngan kengkawan bukan senang nak dapek...rasa lapang kepala lepak kat pangkor..x sabaq rasanya nak pi reunion tak tau la bila boleh jadi hehehe..

zaki

Anonymous said...

akom sahabat..
insyaallah 17-21 jun ni ramai member2 kita yang keje ngan jabatan agama lepak kat ukm bangi ada sukan inter jabatan agama malaysia...kalau nak set satu malam buat kambination kat port biasa cantek gak tu..bukan senang yop nak kumpul dah cam ni.

zaki

Anonymous said...

Hah kambination is back... fullamark the hallmark ini sudah bagus.. buleh kita buat first meeting pasal Alumni11 & bincang tentang date yg sesuai utk kita ke Pangkoq...

Mat Zeni
(yg x maut naik tangga tuh)

marn said...

kalau begitu bagai dikata, aku setuju sangat la nak buat kambination. Ebox.. walaupun rasamu sedap, tapi kambin tetap dihati wa. Ok, cun. Sapa lagi yang ada kat Bangi nanti, kalau setakat ramai ada, tapi berat nak join.. pun aku tak kisah.. sebab aku boleh makan banyak..!!! muahahaha!! dan aku rasa, dah kebetulan ada ramai, insyaallah la kita boleh buat tahlil sama yaa sin. Osetat2 nya ramai. Bila lagi nak tunjuk skil. Pahala dapat makan kamben pun dapat. Pastu, tahlil, sambil makan, kita meeting pasai reunion dan apa jua perkara berbangkit dan info yang boleh kita kongsi bersama.

marn said...

ops...lupa!!! tuan tanah pun dah bunyi tanya bila la kita nak buat kambination part 3. Ni dah jatuh tahap kambination the saga nih. Muahahahaha!! aku suka.. i like...

Anonymous said...

So Ustaz Zaki bila agak2 nyer tarikh yg sesuai utk kita buat KAMBINATION part 111 nih... Bleh la siap2 nk kosongkan perut & buat latihan mengunyah.. Si Yus pon kata bleh la dia bersiap sedia mengelak kan gout sblm majlis menjelma...

Mat Zeni

marn said...

wo...aku tak dapat nak join kalau 17hb ni buat sebab mak n family aku mai dari taiping. nak pi antaq adik pompuan aku pindah sabah...so, kalau jadi jugak tarikh 17hb. ni, aku doakan dari kejauahan je la.. Teruskan perjuangan kambination.

Anonymous said...

Kalau itu bagai dikata nampaknya konfem la kena doa dr jauh heh heh heh heh FAMILY FIRST Bro heh heh heh (dah kurang sorang pelahap)takpa aku wakil makan utk hang heh heh heh

Mat Zeni

Anonymous said...

Hallo geng..

Faras dah buat comeback... Ahlan wa sahlan ya Akhii.. heh heh heh

Mat Zeni

Anonymous said...

akom sahabat..
aku rasa kita buat kambination selasa malam tarikhnya 19.6.07..aku dah sembang ngan din adam dia kata ok...tak tau la member2 yang lain..member2 kat bangi aku uruskan...jemput la sapa2 yang ada kat kl tu kasi gegar sikit taman melawati malam tu.

zaki

Anonymous said...

weh mat zeni...hari tu kat pangkor hang dok plan nak buat tahlil gak...tapi bila sampai umah wak gebok nampak ebex stim + baby sawi baca doa makan pun lupa muahahaha

zaki

marn said...

yang lupa baca tu bukan mat, tapi mail.. muahahahh.. mat!! aku cover hang! don't weri.

pastu, kalau 19hb ni, aku sure leh join!! Yaho!!! aku leh makan kamben!!!

Mat!! lu memang pantang lepa.!! Mat! sori la bebe.. kalau 19 ni jadi, ko tak dapat makan bagi pihak gua..

Anonymous said...

Isk2 cita pasal kamben.. semalam Wa pi dgq ceramah pasai ajaran sesat di malaya..

Eerr bukan pasai ceramah tu yg aku nak cite nih.. lepas ceramah maka ada la hidangan take away nasi hujan panas/kari kambing atau ayam masak merah/acar rampai/telur asin/papedum.

Tiba turn wa nak amik jer.. ABIS!!... adui.. terbayang2 kambing tersenyum di awangan... Ni kat KAMBINATION THE THIRD wa kira nak repeat la nih... sekian so hang pa jgn LEPA

Mat Zeni

Anonymous said...

Hello bro.....

Tapi gua lost my words
sorry la next time gua akan berkata-kata.

jumpa lagi!!!

QL6212