Solat Time

Thursday, June 14, 2007

Assalamualaikum..

Putus sudah segala keraguan dan keresahan. Keputusan telah dibuat untuk projek mega Kambination part III. The saga continues... will be held as details below:

1. Tarikh : 19hb Jun 2007
2. Tempat : Rumah Izanee, Tmn. Melawati, Ulu Klang, Selangor.
3. Masa : Pukul 6.00 petang - 12.30 pagi.
4. Program :
i. Solat Maghrib berjemaah.
ii. Bacaan Yaa Sin dan tahlil serta solat Isyak berjemaah.
iii. Mini meeting.
iv. Bakaq kamben et cetera, sapde cantik punya, ramah mesra dan mesra alam.

Majlis akan diteruskan tanpa menunggu hadirin/hadirat yang lewat memandangkan masa itu terlalu berharga. Oleh yang demikian, hargailah masa semoga masa akan menghargai kita kembali.

"Demi masa, sesunguhnya manusia dalam kerugian". Maka benarlah firman Allah SWT. Marilah kita bersama-sama bertekad dan berazam supaya dapat kita hadiri majlis tepat pada waktunya. Barulah kita nampak Islam tu hebat. Ni tak, balik-balik Jepun jugak hebat, Mat Taleh jugak hebat. Kita tetap jugak tak hebat. Dok la ditakuk lama. Balik-balik penyakit lama. Nak kata tak kena, nak kena tak kata. Pendek kata, panjang cerita.

Semoga Allah Taala merahmati dan memberkati majlis kita itu nanti, Insyaallah.

Ya Allah! Jauhilah kami daripada hasad dengki dan perkara mungkar, jauhilah kami daripada kesusahan dan kesempitan hidup. Jauhilah kami daripada kekufuran dan perasaan riak, ujub serta takkabur. Bukakanlah pintu hati kami kepada perkara kebaikan. Limpahkanlah hidup kami dengan kekayaanMu yang melimpah-ruah serta rahmatMu Ya Allah. Berkatilah hidup kami dan satukanlah hati-hati kami di dalam melakukan kebaikan dan kebajikan. Maka, kami pohon dariMu ya Allah, segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi buat kami, dianugerahkan cahayamata dan keturunan yang baik-baik kepada kami; hamba-hambaMu yang lemah. Amin...!

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah! Jauhilah kami daripada hasad dengki dan perkara mungkar, jauhilah kami daripada kesusahan dan kesempitan hidup. Jauhilah kami daripada kekufuran dan perasaan riak, ujub serta takkabur.

Bukakanlah pintu hati kami kepada perkara kebaikan. Limpahkanlah hidup kami dengan kekayaanMu yang melimpah-ruah serta rahmatMu Ya Allah. Berkatilah hidup kami dan satukanlah hati-hati kami di dalam melakukan kebaikan dan kebajikan. Maka, kami pohon dariMu ya Allah, segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi buat kami, dianugerahkan cahayamata dan keturunan yang baik-baik kepada kami; hamba-hambaMu yang lemah. Amin...!

Mat Zeni

marn said...

hurm.... tak sabaq rasa 19hb. Kerja banyak.. kambin punya hal, kerja dok tepi dulu.

Anonymous said...

ya allah...aku dah tak sabo nak p tibai kambin panggang kat umah izani...kabolkan lah doa kami agar majlis tersebut jadi hendaknya..bukakanlah pintu hati2 kawan2 kami agar datang ramai2 malam tu dengan membawa benda2 yang boleh dibelasah dan mengenyangkan...cabutlah sifat kemut dan kikir yang ada pada hati2 mereka...amin ya rabbal alamin

zaki

Anonymous said...

Aaminn ...

Mat Zeni