Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat kengkawan semua. Semoga Allah merahmati kita di dalam setiap amalan seharian kita... amin!
Ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa mengunjungi blog ini terutamanya yang anto posting.
Ucapan terima kasih juga buat Ust. Zaki Yusof yang sudi kontek kawan-kawan bila turun KL. Macam tu la yang kita mau... hubung-menghubungi. Bukannya nak mintak duit atau nak jumpa secara grand... tu semua tak penting.. yang penting, hubung-menghubungi. Barulah cantik namanya (bukan hang tau jamil). Kalau dapat jumpa, lagilah cantik (masih lagi bukan jamil).
Bukan la nak memaksa. Jangan salah anggap! Tapi sekadar update apa perkhabaran kawan-kawan. Mana tau, satu hari nanti, kita perlukan pertolongan kawan-kawan nih. Kita semua tak kuat. Apa yang menguatkan kita? Ikatan persahabatan tu la yang menguatkan kita. Bila dah selalu berhubung, barulah hati dapat disatukan. Barulah tak timbul ayat: "Time senang lupa member, dah susah barulah terhegeh-hegeh nak call aku la, sms la, apa2 la".
Tau kenapa orang Islam lemah dari pelbagai sudut? Sebab tiada kesatuan hati. Kita iri hati dengan apa yang dikecapi orang lain, tapi apa tindakan kita untuk mengubah nasib paling tidak pun; diri kita sendiri. Apakah gaji saban bulan dan hasil untung niaga kita yang sedia ada sekarang ini sudah mampu untuk diinfaqkan kepada faqir-miskin, anak-anak yatim, sekolah agama rakyat, rumah kebajikan, maahad tahfiz dan sebagainya?
Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah secara berterusan, membantu ekonomi umat Islam dengan gaji dan untung niaga kita sekarang ini, tetapi dalam masa yang sama kita sudah rasa cukup selesa untuk kita dan anakbini kita, makan pakai kita, nescaya kitalah manusia yang paling tidak berperikemanusiaan dan paling mementingkan diri.
Di manakah letaknya keprihatinan dan sifat kemanusiaan yang Allah Taala telah bekalkan dalam setiap diri kita? Di mana tanggungjawab sosial kita? Setiap kita adalah saudara. Cubit peha kiri, terasakah peha kanan? Dulu, ustaz di kelas ada bercerita tentang hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Setiap muslim itu bersaudara". Di manakah nilai 'persaudaraan' yang diamanatkan oleh Rasulullah s.a.w.? Di mana ilmu yang telah kita pelajari? Kita tahu semua perkara tu. Persoalannya, apa tindakan yang telah, sedang dan akan kita buat?
Aku percaya ramai di antara kita yang telah menjalankan amanah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Akan tetapi, aku juga percaya bahawa lebih ramai lagi yang tidak melaksanakan amanah tersebut.
Semoga Allah Taala menyatukan hati2 kita untuk melakukan perkara yang membawa kepada kebaikan semua. Aku mendoakan semoga kalian semua berada di dalam rahmat dan InayahNya selalu. Marilah kita sama-sama berazam untuk bekerja lebih gigih, kuat, bersemangat dan istiqamah demi Allah, untuk manusia sejagat.
Sekian, terima kasih. Bicara lagi nanti.....
Apa-apa pun, tazkirah (peringatan) itu tadi ditaja oleh Odisi Sdn. Bhd.