Solat Time

Tuesday, April 10, 2007

Sekitar Karnival Idrisiah 85 Tahun

Assalamualaikum..

Meriah... Seronok.. Puas hati.. Itulah gambaran yang dapat aku kongsikan bersama kawan-kawan semasa aku dan rakan seperjuangan yang lain pergi membuat lawatan ke Karnival Kerjaya dan Sambutan Ulangtahun ke-85 Idrisiah di stadium Indera Mulia, Ipoh pada 07hb April baru-baru ni.

Mana tidaknya, dapat jumpa kawan-kawan lama, ustaz-ustaz dan tengok junior-junior berpakaian rasmi Madrasah Idrisiah. Tak sangka ramai jugak student Idrisiah sekarang ni.. kurang lebih 520 orang pelajar. 55% lelaki dan selebihnya perempuan. Guru kementerian 13 orang, guru wakaf pun ramai. Staf sokongan pun 22 orang. Makna kata; Idrisiah bertambah maju berbanding semasa kita menjadi pelajar dulu. Tahniah buat mereka yang menerajui dan memimpin Idrisiah. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang tidak terhingga buat mereka yang mengorbankan masa, usia dan tenaga untuk memajukan sekolah agama.

Ok.. perjalanan kami bermula seawal pukul 5.00 pagi. Aku, Mat dan Yusrin memulakan perjalanan yang amat hebat sekali rasanya sebab masing-masing dok teringat kat bantal dan tilam yang empuk ditinggalkan. Bini jangan cakap la.. Sapa yang dah kawin, sure tau punya. Tapi, disebabkan semangat nak memeriahkan majlis yang berlangsung, segala kesenangan dan keempukan kami lepaskan demi sebuah matlamat yang suci lagi murni. Kiranya in laymen term 'keluar dari lingkungan keselesaan' la nih.. Menyinggah di Tapah dekat pukul 6.40 pagi untuk menyahut seruan Ilahi (solat subuh la tuh). Diimami oleh aku.. Lama dah tak jadi imam sebenaqnya... Pastu, lepak sambil minum air sorang segelas.

Selesai melepak, kami teruskan perjalanan ke Ipoh dan sampai kurang lebih jam 8.00 pagi. Kami singgah di Masjid (nama aku tak ingat) bertentangan dengan Politeknik Ungku Omar. Jumpa la dengan Ust. Kamaruddin Adam dan al-Fadhil Ust. Faisal Rahim (Pronoton Guy). Kami bersarapan PER di situ. Banyak jugak mangsa-mangsa kami di situ. Antaranya pulut udang dan cucoq badak (badak tiada sebab haram dimakan). Sembang la punya sembang sampai terlajak majlis pembukaan karnival. Ni semuanya salah pronoton la nih.

Cik Jamil kita punya la semangat, ambil bas dari KL turun Ipoh. Sepatutnya dia ikut majlis di sekolah anak dia, tapi anak dia tak jadi nak pi sebab tak larat. Dia pun tarus, ambik tiket bas turun Ipoh. Kami pun tunggulah dia sampai Ipoh. Bas buat hal. Lewat macam biasa. Dekat pukul 12 tghari baru la cik Jamil kita ni sampai kat Medan Gopeng.

Bila dah terlewat, kami pun menyinggahla dulu di rumahnya bonda Mat di Kg. Said Tambahan untuk 'refresh'kan badan yang hangit. Sedang dok nak mandi, tetiba je cikgu Kamaruddin Wok dan keluarga sampai di situ. Kelam kabut la sebab semuanya dok lepak BAEEEKKK punya dok ada.. (perlu diingatkan bahawa cikgu Kamaruddin Wok adalah abg iparnya Mat). Bertanyalah khabar yang indah-indah tentang perihal kerjaya dan kehidupan memasing. Yo lah.. lama tak jumpa.

Dekat pukul 3 petang, kami pun bertolak ke stadium untuk acara yang dinanti-nantikan.

ni masa memula sampai stadium.. tengah wangi lagi nih..

jangan tak tau.. blakang tu stadium Indera Mulia

di pintu masuk

register nama, saja nak bagi penuh registration book tu...

Lepas aja kami register masuk, Anuar el-Syazali pun bawak lah kami ni pi pusing-pusing.. rasa macam VIP le pulok ada tourist guide.. ahehehhe.... Ntah macam mana, terserempak dengan la dengan cik Megat dan keluarga, Cho (Raja Mansor aka Abang Raja), ayah Lokman Razi (Ust Kamaruddin), Salim dan cikgu Abdul Rahman Najib.

dari kiri: Mat, cikgu Rahman Najib, Anuar el Syazali, Jamil dan Abg Yus.

banner dan pentas persembahan

antara booth di karnival tu...

booth lagi...

lagi-lagi booth...
Tak cukup dengan dibawak pusing-pusing, kami dijamu pulak dengan makanan VVIP (ni memang aku terharu sebab masakan dia sedap). Kalau tak sedap pun terharu jugak...

ketika sesi ramah mesra sebelum aksi ganas berlaku.

Gambar-gambar lain ketika sesi makan tidak dapat dimuat turunkan kerana terlalu banyak adegan ganas yang terpaksa dipotong oleh pihak berwajib. Banyak mangsa yang terlibat tidak dapat dikesan sehingga kini.

Abis saja sesi makan, kami pi la layan booth kat luar stadium pulak.. Dah la di dalam tu dah cukup banyak, kat luar pun ada tambah lagi. Mak oi...!!! Tak tau nak layan yang mana satu...

luaq punya booth..

sponge bob pun mai...

Ntah macam mana tengah dok layan gerai-gerai pameran dan jualan tu, kami ternampak satu binatang tungganggan yang sedulu study tidak ada. Apa lagi, kami pun bergambar buat kenangan.

ni lah binatang tunggangan yang aku maksudkan tu...!!

yusrin, mat dan jamil tak lepaskan peluang....

Lepas aja sesi bergambar, hari pun nak hujan, kami cargas pi Kuala Kangsar. Lepak di rumah Sir Falah (thanks a lot dude!). Lepaskan lelah dan perabis ayaq minum yang ada di rumahnya. Lepak sampai Maghrib.. Usai solat berjamaah, kami pun buat satu round down memory lane Bukit Chandan. Hehehehe.. syahdu beb!!! Wa ada ingat kisah lame-lame lulu.. manyak syiok la itu time..

depan masjid Ubudiah tu.. jangan tak tau!!

Tu la gambaq yang paling last aku tangkap guna kamera aku sebab flash tak menyala.. Sehinggalah blog ini ditulis, flash kamera aku masih lagi tidak menyala.. mungkin merajuk sebab aku nak bli flash baru..

Kami gerak pulang ke Ipoh semula pada pukul 9 malam. Jumpa ust. Zaki Yusof (terima kasih banyak la sebab sudi luang masa) dan melepak kat Medan Gopeng sambil makan sup ekoq, ikan kerapu tiga rasa dan pelbagai juadah yang memang menyayatkan hati bila teringat (sebab sedap bai!!) Memang pandai ust. Zaki pilih tempat. Tak rugi makan dan abis masa di situ.

Sembang la punya sembang, sampai la ke pukui 1 pagi. So, semua pakat-pakat dah mata kuyu, perut buncit.. apalagi.. menggerakkan diri la untuk pulang ke KL.

Dalam perjalanan, aku lentoq baik punya dalam kereta. Cik Jamil kita yang bawak kereta dari Ipoh sampai la ke KL. Aku tak tau apa depa kutuk aku dalam keta tuh. Yang aku tau, aku tidoq tak puaih. Asyik terlentoq kepala sampai nak kena batang gear. Punya la mengantuk. Kes makan sup ekoq la tuh.

Apa-apa pun, aku rasa bangga dengan kemajuan yang dicapai & dikecapi oleh Idrisiah walaupun terdapat banyak kekurangan. Sebagai seorang bekas pelajar, aku bertekad untuk bantu mana yang termampu.

Moga Allah SWT ketemukan kita di dalam sebaik-baik pertemuan nanti, insyaAllah. So, aku rasa cukup dulu takat ni. Nanti kita sembang lain... ciao!


8 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum semua...

Pertama skali saya ingin berterima kasih kepada semua sahabat2 yang sudi sokong majlis tersebut walaupun serba sederhana, namun ceria.. So kemana kita lepas nih? Ke Pangkor la kot ikut cadangan Ust Zaki Yusof.. balun ikan bako le PULOK..

Mat Zeni

Anonymous said...

Assalamulaikum ...

-Tq Bro Falah
-Syukran Ust Zaki

Mat Zeni

Jamil said...

Terima kasih kpd mad,yusrin and jamnul sbb sudi ambik aku di medan gopeng pd hari sabtu 7hb apr 2007 utk sama2 pg ke karnival idrisiah tu.

Terima kasih kpd Sir Falah & Ustaz Zaki.

Farasafuan kencing ckp nak dtg ipoh, last minit ada kerja pulak.

Anonymous said...

wehhhh bangga aku hampa sebut nama aku dalam blog ni...syok naaa kita lepak sampe buncit perut...lupa sat anak bini kat rumah wakakaka...ttg nk buat pangkor tu aku tak kontek mr.gebok lagi..nanti la senang2 aku ayat dia...tapi kena pi ramai2 la baru meriah...ni kalau p setakat 4 5 orang jer namanye buang karen
Zaki Yusof

Jamil said...

Ki(zaki yusof),sbenarnya klu skali-skala berjumpa,skali-skala jengok2 blog yg dihasilkan oleh Jamnul ni,sms ssama kita,lama2 kita boleh rapat balik mcm zaman skolah balik.

Bila kita rapat kita nak buat ape pun blh beb.

marn said...

acheeeewaaaahhh!!! kemain lagi si jamil ngayat ki tuh... tul tu mil, aku sokong.. aku buat blog ni pun untuk kengkawan gak.. kalo aku sorang je yang masuk blog yang aku buat ni...takdak makna la jawabnya.. tu baru syiok sendiri...muahahaha. apa2 pun, thanks to everyone for visiting my blog. my blog is your blog. let's put aside our anger, hate, fear, frustation and other negative thinking while we're here. let's embrace ourselves and hope Allah blesses never fade on us. think for our future, think for our next generation. let's do something or many things wonderful and useful for ourselves. let's achieve what we've been looking and dreaming for. let's make it comes true. together we will stand unite!! Unite to all muslims in the world!! Let's emerge from the ashes and remains with new aspirations. Together.. we will be strong. May Allah blesses on us.

Anonymous said...

U the MARN lah jamnul...

Mat Zeni

Anonymous said...

Thanks to kengkawan yg sudi kuar sembang dgn aku baru2 ni kat Mehraj ( Mat, Jamnul, Izanee n Jamil ).....lama x jumpa rasa syok plak blh sembang2 walaupun kjp je. Kalau ada apa2 program bg tau la aku sama...kalau ada masa blh aku join skali. Kalau sapa2 mai turun Penang..contact la aku ( 0124976964 )....line clear punya.
**** Chan..