Pages

Solat Time

Tuesday, September 17, 2013

Haji, minyak dan SABK

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang saudara/saudari kerjakan. Moga Allah Taala menerima kerja seharian kita sebagai satu ibadah, ameen.

Di keheningan pagi yang mulia ini, saja aku nak update akan blog kita nih. Walaupun, rasanya aku memahami situasi blog kita yang semakin hari semakin jauh di hati, aku cuba gagahi untuk terus menulis demi menajamkan fikiran. Kalau tak menulis, nanti lama-lama jadi lebam. Minyak naik pun kena bersyukur sebab negara aman. Aku pun tak paham. Biaq pi la. Dah ketentuan Allah.

Jadi, persoalannya adakah kita jadi atau setuju untuk buat perjumpaan? Almaklumlah dah lama tak berkumpul. Kalau ikutkan dalam FB macam jadi, tapi tiada tindakan susulan ataupun sebarang maklumat terkini. Harap-harap saudara2 kita di Kuala Kangsar tu buat kerja dalam diam, insyaAllah.


Memang aku tak sabar nak berkumpul dan berjumpa sebab dah lama menanggung rindu. Dah lama bertepuk-tampar, senda-gurau. Asyik melalui WhatsApp sama FB ja tak jadi. Tahun ni pun rekod pecah kita tak buat Iftor Jama'ei kerana masing-masing sibuk. Semua la ni tengah kalut nak mengimbangi wang keluar/masuk kerana faktor harga barangan yang sedang naik secara diam-diam. Hasil daripada transformasi kerajaan yang berjaya dalam mengurus-tadbir negara yang kaya dengan pelbagai sumber alami.

Jom kita sama-sama doakan moga Allah Azza wa Jalla memperkenankan hajat kita untuk bersua-muka dan mengeratkan tali silaturrahim.


Oh ya..! Syabas buat negeri Perak kerana telah menyerahkan hak urus-tadbir Madrasah Idrisiah kepada kerajaan Persekutuan. Maka jadilah Madrasah Idrisiah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang baru. Moga pekerja dan guru-guru lebih berdedikasi dalam menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara. Apa lagi hadiah kerajaan negeri untuk anak-anak negeri Perak ye...?


Goodbye State of Perak. Hello Federal of Malaysia


5 comments:

lampong karam said...

apa?Idrisiah dh letak bwh persekutuan?spechless...

marn said...

sabo je la aji.. dah ketentuan Allah.

Hasnul said...

salam marn,aku tak faham pasal idrisiah bawah persekutuan,ada kesan tak baik ke pada idrisiah?

marn said...

Takde kesan dah skang ni... Kiranya segala kerja tertakluk ikut kementerian la.. kalau dulu, sekolah boleh tambah sukatan pelajaran, skang dah tak boleh nak buat sesuka hati la.

Dari segi kewangan dan gaji guru/staf, akan lebih daripada biasa sebab ikut rate standard kerajaan.

Dari segi beban kerja, akan jadi bertambah byk dan sama mcm guru/staf kerajaan.

Dari segi kebebasan pihak sekolah nak buat aktiviti, x boleh buat aktiviti sebarangan. mesti ikut garis panduan kementerian.

Yang sedihnya... kerajaan Perak kurang pahala la sebab dah tak tanggung kebajikan sekolah agama MADID.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

sunyi sepi mcm tanah kubo