Pages

Solat Time

Tuesday, January 15, 2013

Tahun Baharu yang sudah tidak baharu

Assalamaualaikum..!

Selamat hari-hari. Makin lama makin berhantu blog kita nih.. Aku pun dah jarang-jarang menulis. Masa duduk di depan komputer dah makin sikit. Tak macam dulu-dulu. Tak tahulah sama ada ianya perkembangan positif atau sebaliknya.

Apa-apa pun, aku ucapkan jutaan terima kasih la buat mereka yang masih sudi menziarahi blog kita nih. Dah banyak sangat medium untuk berinteraksi bersama sahabat-sahabat. Tapi makin lama aku rasa secara peribadi makin jauh perhubungan kita. Mungkin dunia dan kehidupan kita pada masa ini sudah tidak punya ruang untuk beramah-mesra dan meluangkan masa seperti dahulu.

Sempena Tahun Baharu (ejaan baharu perkataan BARU), aku ucapkan selamat bekerja dan bertugas buat semua penjawat awam dan swasta. Hidup aku masih macam dulu, tak berubah. Cumanya tahun ni mungkin ada sedikit perubahan positif insyaAllah.

Sama-sama kita berdoa untuk ummat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Moga Islam makin kuat kerana ditekan dan ditindas. Allahu Akbar.

1 comment:

iZaNeE said...

A'kum buat sahabat2ku yg tersayang suma, Epi New Year 2013 jua buat hangpa suma noo.. Moga2 sihat, ceria & bertenaga sepanjang masa geng! Terkejut jua teman krn mendapat khabar berita dr Khadijah adik arwah akhi Salleh.. Har3x! Moga2 dia join dlm blog nie yek.. Buat suma kengkawan ku, I Luv U all geng.. Take care of U all k.. W'slm