Solat Time

Wednesday, July 13, 2011

Perkataan taboo (terlarang) hari ini

Assalamualaikum..

Pe kabo? Dah makan? Tido lena? Gaji dapat bulan-bulan cukup? Kompem tak cukup dan tak pernah cukup. Ape sebab? Kene rompak? Kene tipu? Kene cukai? Kene ape? Semoga ceria selalu hendaknya di dalam serba-serbi keadaan.



Ade ke yang pergi melibatkan diri dengan perhimpunan 'haram' (ikut kacamata kerajaan) Bersih baru-baru ni? Aku tak pergi. Teruih-terang je. Dan aku kagum, respek dan tabik hormat pada mereka yang pergi baru-baru ni. Walau atas apa jua alasan, hormat aku pada mereka yang berani. dan tekadku, lepas ni akan aku turut serta bersuara dengan lantang dan ambil serta gunakan sebaik-baiknya hak aku sebagai manusia.

Ada yang bersetuju dan tak kurang juga yang tidak bersetuju. Terpulang. Hak masing-masing. Nanti dalam kubo, pakat-pakat jawab. Dan takde sape yang boleh jawab bagi pihak masa tu nanti.

Yang aku nak tekankan di sini, mengikut kajian dan tinjauan aku selepas perhimpunan Bersih dijalankan, aku dapat input yang cukup menggelikan hati aku yakni semasa orangramai dan bersesak-sesak waktu Bersih, polis akan buat spotcheck secara rawak. Agak-agak nampak ja muka yang mencurigakan, polis akan tahan dan cek abis dalam poket, dalam beg (kalau bawak) dan dalam henpon. Yang lawaknya, kalau polis jumpa perkataan 'Bersih' dalam SMS di henpon hangpa masa tu jugak dia cekup bawak pi balai. 



Ada satu kes tu, mamat ni dok berSMS dengan kawan dia mengadu pasai bini dia basuh baju dengan pinggan mangkuk tak berapa nak bersih. Kena pulak muka dia memang dilahirkan dengan muka 'suspicious', skali polis tahanla di ani sebab muka dia 'tersangka', abih kantoi... Polis tak kira hangpa tengah dok sembang ka, SMS ka, hapa ka, janji ada ja perkataan Bersih, dia cekup. Tu dia..! Punya pandai melantun-lantun. 

Nak marah ke polis pun tak boleh, sebab depa makan gaji dan terima arahan daripada big boss. Big boss depa pulak terima arahan daripada bis boss yang lebih big. Oleh yang demikian itu, bak kata orang; jadi balaci, macam tu la. Terima arahan, kena patuh, kalau tak patuh, jadi balaci derhaka, susah la anakbini. Anakbini orang lain susah takpa. Jangan anakbini depa ja. Tu dia punya hati perut. 

Jadi, lepas ni berhati-hati bila  bercakap, berSMS atau ber-ber apa jua, kena pastikan perkataan BERSIH tu seboleh-bolehnya tidak digunakan. Nanti kena tangkap, soal-siasat, silap-silap masuk ISA. Ha... waktu tu nangis tak berlagu. 

Macam aku ni lain, bukan nak kata berani, penakut pahit tu adala... Tapi sebab aku lebih takutkan azab Allah kalau jadi syaitan bisu, biaq pi la nak kena denda ketuk ketampai 100 kali pun.. aku sanggup kalau itulah akibatnya bila bercakap soal kebenaran.

Long live the rakyat..! Long live the truth.! And I pity myself for my cowardice..!


2 comments:

borg said...

ha..ha..ha.. lps ni sapa yang bergigi kuning naya la.. gigi kuning kene tangkap,nak BERSIHkan pun kena tangkap, punya la taghutnya UMNO

Ahmad Zaki @ abuateif said...

kebangangan umno ckup terserlah tapi malangnya masih mendapat sokongan cerdik pandai...bak kata os cer pikio