Solat Time

Wednesday, June 8, 2011

Kambination Part VII

Assalamualaikum..

Pe kabo semua? Semoga cuti sekolah kali ini menarik untuk diingati.

Dah lama tak mengemaskini blog ni. Dah macam rumah hantu pun ada, rumah tinggal pun ada. Sunyi je... Apa2 pun, ada jugak yang sudi menyinggah buat menghilangkan penat lelah tetapi hampa dek kerana tiada info terbaru waimma anjuran majlis ramah-mesra yang dah lama tak diadakan.

minggu lepas, melalui panggilan telefon, sdr. kita en. Ahmad Suzaini ada melontarkan idea untuk mengadakan kambination di rumah Izanee. Aku rasa macam cun ja. boleh buat 2 dalam satu. Yang pertama: makan kamben. Yang keduanya: dah lama tak jenguk orangtua Izanee. Cumanya hari Sabtu aku ada kenduri yang mesti dihadiri di Pantai Remis. Kenduri en. Ahmad Fedtri Yahya; pengacara MHI TV3.  Dah dijemputnya aku sekeluarga, kena la pi. Memenuhi jemputan tu wajib kalau takdak keuzuran. Ka guanne ustaz?  Tapi jangan risau. Sebab aku balik hari. Malam Ahad tu boleh la kita berparti liar sambil mengagungkan Allah Azza wa Jalla (agak2 ayat ni kontroversial tak?) 

Kalau bangsa UMNO, soheh depa kata menghina Allah SWT. Walau macam mana sekalipun, buat mereka; sedara-maraku yang di dalam hati menyokong UMNO, PAS, PKR waimma DAP sekalipun (ni blom aku halusi lagi macam Syiah Rafidah, pengikut Ayah Pin dll), dijemput hadir memenuhi jemputan sekiranya menjadi kenyataan akan parti liar kambination yang dicadangkan ini. 

Rasanya masa yang paling seswai mengikut cadangan abg Mart ialah pada hari Sabtu malam Ahad. Pukul 8.45mlm (kome beda'ah je kalo cakap pegi semejid, sampai lewat). Bawak le ape patut untuk diraikan bersama kambination malam tu. Jangan ngayun kosong je.. Orangtua Izanee dah bagi venue, kita yang serikan majlis kita nanti. Dok gitu?

Ka apa kata survey? Nak ke tanak?

14 comments:

marn said...

Pergh.. memang ngetop cuti skolah baru ni... Sampai survey xdak sambutan! Kosong!

Terbaik! Syabas diucapkan buat sahabat2 yang bersungguh2 mengisi jadual musim cuti sekolah yang sarat, penuh dan padat.

Apa ceritenye sampai xjadi kambination? Muahahahah.. ce crite.. ce crite.. ce crite..

BORG said...

entah la marn sejak era facebook tgh menggila ni,blog ni semakin sunyi plk aku tgk,sementelah plk tu aku ni tak dak acc facebook,saje maleh aku nk bukak acc,bkn ape takut amerika nnt blh trace aku,
ttg blog ni apakate kita bako je,kita bako,ratakan lot ni tanam cili heh...heh...(aku melawak je yob,abu atief pun dh lama x join blog ni,mesti sibuk layan facebook jgk kot)aku klu blh hari2 nk lawat blog tp apakan daya kt rmh aku tu klu takat broadband tu blh le lempor dlm api,signal langsung x de yob,kt sklh plk lagi le hampeh,nk msk streamyx plk sebatang tiang talipon pun x de kat area rmh aku tu,maklum la rmh dlm hutan beb.
pada rakan2 lain yg ada kesempatan tu jengok2 la blog ni.tanpa blog ni siapalah komuniti 87.
borg:hari ni isteriku yg tercinta tlh selamat masuk wad di hospital angkatan tentera,esok beliau akan menjalani pembedahan liproskopik,oleh itu aku pohon seluruh warga komuniti ataupun siapa2 shj yg melawati blog ini agar sama2 kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan belau insyaallah.

marn said...

Borg: Sedihnya bhai bila lu crita tadak koneksyen di rumah lu. ni era informasi menggila, blakang lu bleh crita tiada broadband, tiada segalanya.

Tapi tu la. Elok gak takdak. Sebab boleh fokus dgn apa yg kita tgh usahakan. Fesbuk, blog berbagai ni, skali skala baguih kalau ada. Tapi kalau dah mengadap tu hari2, tak baguih la pulak. Buang masa bilamana kerja kita ni tak memerlukan fesbuk, blog berbagai ni sebagai medium medan kerja.

Lain la pulak bagi hat yang memang kena guna fesbuk, blog berbagai ni sebagai medium dan mean kerja. Ramai jugak blogger fulltime, cari makan kot fesbuk. Tak la pulak dinafikan akan gunanya medium2 tu semua. Tapi kalau tadak pun, bukannya nak kiamat dunia. Muahahahahah!

Borg, wa ucapkan moga bini lu selamat menjalani pembedahan liproskopik (menatang afa ni?). Dan moga dia diberikan kesembuhan dengan kadar segera.

Terima kasih banyak borg sebab sudi luang masa nak tulih komen berpatah-patah kata.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

aku terasa amat dipanggil utk mencoretkan sesuatu dalam blog kita ni..sbg tanda sokongan moral tak berbelah bahagi utk blog komunity kita ni...

aku akui dah jarang nengok blog ni...bukan apa bro aku dapat rasakan blog ni tak semeriah cam satu ketika dulu...kemana perginya kengkawan yang lain..apakah masing2 agak sebok mengumpul harta dan wang ringgit?hahaha

mmg rindu ngan kambination...bolan posa ni kena jumpa gak...wajib jumpa...gebok hari tu ada semawa buat kt banglo mewah dia...klu tak mau mai buat kat umah aku la....kita buat iftor jama'i n kambination

salam....

Syukri said...

salam buat semua.. tak tau la kome ingat lagi dak ke aku. Syukri. kalau ada yang ingat tahun 91 aku kena gantung sekolah sekali dengan Saiful Asri, Samsul, Arman. skang ni aku ada kat Ipoh sampai bulan 7 ni. aku nak bagi no phone buat masa ni pun tak boleh sebab phone aku ada problem. cuma kalau ada yang masih ingat kat aku, harap dapat tinggalkan no phone.
oh ye.. jangan lupa. aku nak no phone yahya sekali. tu partner aku lompat pagar 2 bulan berturut2 sebelum SPM dulu.

BORG said...

adakah ini syukri yg dh lama aku cari tu iaitu syukri suhaimi a.k.a. kering?

BORG said...

pabila takdak respon,maka aku andai kan bhw ini bknlah syukri suhaimi yang dh lama aku cari tu,mgkn sekadar insan yang tersilap masuk blog yang kebetulan mempunyai nama yg sama dan nama kwn2 nya pun sama dgn nama bekas pelajar idrisiah intake 87,mgkn syukri yg ni dulu ex MCKK kot,bkn MIBCKK...entah le..

marn said...

Borg.. barangkali dia tiada coverage tu kot? Usahlah gundah-gulana.

Sementara dok tunggu syukri tu balas msg ko duhai Borg, bolehla ko nak tujukan lagu sementara tu..

borg said...

mgkn jgk la man..tp disini ingin aku ceritakan serba sedikit ttg kenapa aku cari sgt syukri ni,dan cerita ni bukan ada niat ape2 tp sekadar nk mengenang kisah lama dan tanggungjwb yg perlu dilaksanakan.
begini ceritanya..
Dulu waktu hari terakhir meninggalkan sekolah slps spm,makhluk yag terakhir sekali meninggalkan sekolah ialah aku dan syukri ni.diwaktu kawan2 lain dh gembira berada dirumah meraikan kemerdekaan dari belenggu asrama,aku dan dia masih lagi blm blk,kenapa?kerana dia menunggu ayahnya dtg mengambilnya,maklumlah dia kan org pahang,tu yg lmbt sikit tu,maka aku pulak blm blk sbb tak ada duit tambang nk blk.jenuh aku pikio mcmana nk blk,smpi ada aku terpikir nk blk jln kaki dari kuale smpi smpi lekio,aku nk telefon mak bapak aku suruh ambik duit nk talipon pun aku x de,nk buat reverse charge masa tu mana aku reti(kampung betoi aku masa tu).dipendekkan cerita bapak si syukri ni pun sampai,maka dia pun sibuklah memasukkan barangnya dalam kereta bapaknya,dh selesai tiba2 dia dtg kat aku dan menghulurkan sedikit wang,aku pun terkejut beruk la,rupa-rupanya dia ckp kat bapak dia yang dia hutang dgn aku dan dia mintak duit kat bapak dia sbb nk bayar hutang kat aku, aku tak tau la nk gambarkan perasaan aku masa tu,rasa nk nangis pun ada(muka legend tp hati kiut)dan aku pun janji dgn dia yg aku akan bayar blk duit tu walau mcmana sekalipun.setelah masing-masing balik rumah tak lama slps tu aku pun cuba mengontek syukri sbb masa tu tgh ada duit dan cadangnya nk bayor le hutang aku,tp malangnya bapak dia kata dia pg sambung belajo dimana pun aku dh lupa waktu tu.sampailah skrg aku masih jg cuba menjejaki beliau.Peristiwa ni sebenonya memberi kesan yg sangat mendalam pada aku dan akan aku kenang smpi bila2,dan ini jgk memberi pengajaran yang sgt besar pada aku ttg erti persahabatan.dia boleh aje blk dgn bapak dia masa tu,tp dia jgk tak sanggup bior kan aku dlm kesusahan seorang diri,tq syukri.

aku cerita ni bkn bermaksud apa-apa,klu member lain pun mgkn akan buat perkara yg sama mcm syukri kot,tp pengalaman aku pada masa tu ialah dgn dia,dan klu dia ada membaca tulisan aku ni tlg kontek aku di talian 014-2500764.

marn said...

Pergh...! Terharu beb.. Macam drama spektra pun ade. Tapi memang aku puji la makhluk Allah yang x pentingkan diri sendiri.

Pada kengkawan yang membaca kisah benar abg Borg kita, kalau ada nombotrnya si Syukri tu, tolonglah forwardkan. Ada janji yang belum tertunai.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam...
mmg kompom menitiq ayaq mata aku baca crita hang gbox...anak aku pun heran pasal apa ayah depa berkaca mata...
semalam aku jumpa shukri kat gerbang malam...dia kim salam kat hang gbox dan kengkawan yang lain...dia kata hutang tu kira setel la...jgn dok sebut2 lagi takut nanti timbul perasaan riak dalam hati sanubari beliau..

BORG said...

waalaikumussalam adanya,
tp aku akan lebih lega klu dpt bercakap sendiri dgn beliau,dia tak de bg no tepon kt ngko ke atief?

marn said...

Pergh.. lagi sadis... lagi menitiq ayaq mata..! Terharu beb!

iZaNeE said...

Wa menitik ayaq hidung membacanya, terharu sungguh cite hang Gbox! Awat hang x terpikiaq nak kayuh sampah blkg istana dulu, takpun dok dlm kawah besaq Pakcik Jasin bg hanyut kat Sg Perak tu, tau2 x smpi ke Lekir tp smpi ke Bangladesh, naya aja lu punya hidup geng.. Keh33x! Just joking my fren.. No joke no fun, no fuck no son.. Itulah tanda persahatan abadi yg tiada bertukar ganti di zaman ini..