Pages

Solat Time

Monday, April 18, 2011

Mudir MIBCKK

Assalamualaikum..

Buat semua warga yang masih sudi jenguk2 blog ni, terima kasih tidak terhingga diucapkan. JazakumulLahu Khairal Jazaa'. Tahniah aku ucapkan sebab masih ada ruang dan peluang buat mereka yang nak tau apa maklumat terkini. 

Alhamdulillah, sahabat kita sdr Ahmad Suzaini yang aku temui Sabtu malam sudah tenang dan damai jiwanya walaupun ada sedikit terpancar riak kesedihan kerana kehilangan orang tersayang. Apa2 pun, syabas dan tahniah buat sdr Ahmad aka Abe Mart kerana gagah menghadapi dugaan yang maha berat. Tabahkan dirimu. Nescaya Allah SWT membalas dengan ganjaran yang tidak ternilai. Moga hatimu cekal selalu.

Terkini:

Mudir MIBCKK alFadhil Ustzz Kamaruddin yang juga ayahnda kepada Lokman Razi sedang kritikal dan ditempat di wad ICU. Mengikut SMS yang aku dapat daripada Lokman pagi ni, ayahnya suspek kena jangkitan kuman kencing tikus. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT memberi yang terbaik buat Lokman sekeluarga juga buat warga MIBCKK.

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang kita kenali telah pergi menyambut seruan Ilahi. Antaranya yang kita ketahui dan ada juga yang tidak kita ketahui. Banyak2kan lah bertanya khabar buat mereka yang masih hidup. Dan banyak2kanlah bersedekah amal pahala buat mereka yang telah tiada.

Peristiwa ataupun kejadian yang berlaku, sama ada kita suka atau tidak, sebenarnya itulah yang terbaik buat kita (kalau kita bersyukur dan memahami maksud mengapa ianya terjadi ke atas kita: mengambil iktibar).

Selamat beribadat!

1 comment:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam semua...
terkezut gak dengo citer pasal ayah lokman tu...bahaya sungguh kencing tikus ni..dulu tikus tak la sebahaya la ni..
pengajaran dr peristiwa yang menimpa ayah lokman tu...kebersihan kena jaga sahabat2..peralatan masak n makan yang kita guna kena perati2 betul kot2 terjatuh n terkena kencing tikus..kena peringat mende ni kat family kita...sedih gak dengo kerana kencing tikus jer ada yang meninggal dunia..