Pages

Solat Time

Friday, October 15, 2010

Berita Mutakhir

Assalamualaikum..

اِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Terkini...

Solat jenazah akan diadakan di rumah arwah ustaz Ibrahim selepas solat Asar dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Pauh, berdekatan dengan rumahnya hari ini. Harap maklum.

Berita terkini: Ustaz Ibrahim ayahnda kepada sahabat kita sdr. Ismail Nizar aka Ma'er Ninja baru sahaja pergi buat selamanya menyambut seruan Ilahi pada pukul 9 pagi tadi. Berita dikhabarkan oleh beliau sendiri kepada en. Mart Jeni melalui panggilan telefon. Aku pula mendapat berita daripada Mart Jeni.

Dikhabarkan bahawa ayahnda dan bondanya Ma'er memang sedang sakit. Sakit tua. Nak dijadikan sebab meninggal, beliau terjatuh di dalam rumah, lalu terus menghembuskan nafas yang terakhir.

Buat Ma'er, moga kalian sekeluarga tabah menghadapi sunnatullah; bahawa setiap yang hidup pastikan mati. Kelak, setiap kita akan melalui proses yang sama. Sama ada hari ni ataupun bila-bila, pasti akan datang detik itu.

Firman Allah yang bermaksud; "Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh." (Surah al-Nisa’: 78)

Sama-sama kita sedekahkan al-Faatihah buat roh ayahnda Ma'er Ninja. Moga dia ditempatkan bersama golongan yang diredhaiNya.

Aku memang tak boleh lupa akan jasa baik Ustaz Ibrahim ayahnda si Ma'er ni. Baik orangnya. Percakapannya lemah-lembut. Begitu jua adanya dengan bonda Ma'er. Tu sebab Ma'er cakap pun lemah-lembut je. Gitulah kira-kiranya. Memang deme tu keluarga yang pemurah. Asal musim deghoyan je, mesti ada bahagian untuk kawan-kawan yang datang nak menjamu selera. Cumanya, kawan-kawan je yang takde kesempatan nak pegi makan deghoyan.

Harapan aku, buat sahabat-sahabat yang duduk berdekatan, kalau ada kelapangan dan kemampuan, pergi le ziarah keluarga Ma'er tu. Masa macam ni lah sahabat-sahabat perlu bagi sokongan moral.

"Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada redhaMu, tenteramkan mereka dengan rahmatMu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

1 comment:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam...
takziah mail. n aku doakan agar ruh ayah ko mendapat rahmat n keampunan allah swt