Assalamualaikum..
Besar hati bilamana ada cadangan dan pelawaan untuk berbuka puasa di rumah kawan. Besar lagi hati kawan yang menjemput. Ha.. tunggu apa lagi? Jom kita pakat-pakat pi kutip pahala sorang sikit dan bagi meriah!!! Tapi... Bila? Kat mana? Lauk apa? Teruskan bacaan anda.
- Bila? : 4 September bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
- Kat mana? : No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
- Pukui brapa? : Time bukak posa la bang oi..!
- Makan apa? : Kambing dan pelbagai juadah bukak posa la ya akhi..!
- Apa lagi? : Solat Maghrib sama Isyak siap tarawikh oleh sdr. Sohibul Samahah (bakal mufti kita la).
- Sapa dia? : Ish! budak nih.. banyak tanya aih! Dok tanya-tanya ni, hang nak jadi imam ka?
- Ok.. ok.. lagi?: Ha, jangan mai tangan kosong. Bawak la sorang sikit juadah untuk berbuka. Kan ka maneh di sisi pandangan masyarakat timur.
- Sapa yang boleh mai?: Sapa yang hang nak bawak mai? Anak bini cukup la. Mak ayah kalau nak join skali pun, no hal. Tapi tok ketua, tekong marhaban, makcik Lijah tepi rumah, ketua kompang sama tok siak toksah la hangpa gatai2 nak ajak. Kang tak jadi la kita nak buat parti liar bersama kamben di perdupaan.
- Tema? : Tema apa lagi? Aku tema hidung tu karang! Bukak posa pun nak tema-tema? Okla, temanya: Tubna ilallah, wa raja'na ilallah, wa nadimna 'ala maa fa'alna. Bulih???
Sekali lagi, terima kasihlah buat Bu Atief sebab sudi nak jadi tuan rumah lagi sekali tahun ni. Baik hati punya pasai, kawan-kawan nanti pi bawak la duit lebih sikit, Bu Atief tu orang menega. menega Habbatul Baraka. Boleh la tolong dia cari duit raya. Dia ada anak bini. Tolong eh..?!
Satu lagi, yang aku mintak kawan-kawan bawak mai sorang sikit juadah bukan apa, ni aku kongsi bersama fadhilat bulan Ramadhan ni. Macam dalam hadis ni: Daripada Anas telah berkata: Telah ditanya wahai Rasulullah, apakah sedekah yang lebih afdhal? Sabda nabi SAW yang bermaksud: Sedekah pada bulan Ramadhan- Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn Jauzi dan Al-Baghawi.
Dan lagi satu: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.- Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Baihaqi. Paham? Tak paham? Kena paham la.