Pages

Solat Time

Tuesday, March 30, 2010

Kot-kot terlupa

Assalamualaikum..

Bersempena dengan posting pendek aku yang sebelum ni, nasihat-menasihati dan ingat-mengingati, marilah kita sama-sama mentelusuri sejarah bermulanya era gelap di Malaysia.

Era gelap ataupun dalam bahasa globalnya 'Dark Age' bermula bilamana Sultan Madey menaiki takhta pada tahun 1981. Bukan jauh pun dengan tarikh hari ini. Zaman di mana kita mula kenal logo PATA 'sang penyu' yang memakai spek mata hitam. Zaman kita mula memasuki alam persekolahan.

Era gelap ini berterusan setelah sultan Madey turun takhta. Diteruskan oleh sultan-sultan yang terkemudiannya. Di antara faktor berlakunya era gelap ialah pengenalan beberapa akta yang zalim. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengekang kebebasan rakyat jelata mengkritik kerajaan pada masa itu dan terbawa-bawa hingga sekarang. Memandomkan semangat juang rakyat jelata untuk meminta keadilan dan mengasikan 'telo' manusia yang berjantinakan 'jantan'. Rakyat jelata ramai yang menjadi betina yang berjanggut, pelacur murahan, bohsia dan bonsai akal fikirannya dek hasil indoktrinisasi akta-akta zalim tersebut.

Mari kita kenali akta-akta zalim yang disebutkan di dalam perenggan di atas:

1. Akta Polis : Digubal pada tahun 1963 asalnya. Kemudian pindaan berlaku pada tahun 1967, 1981 dan 1987 semata-mata memberikan kuasa penuh kepada polis untuk 'menidakkan' hak rakyat jelata untuk berkumpul. Secara tidak langsung menafi dan membelakangkan hak kebebasan rakyat untuk berkumpul yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Aku pernah diligan polis pada suatu malam yang indah bersama rerakan yang duduk tinggal setaman perumahan dek gara-gara kes melepak di tepi padang bola lepas solat Isyak sambil dilimpahi cahaya suram lampu jalan. Nasib baik kapchai Honda 70 arwah bapakku yang punya, hebat beraksi mengelak tendangan ada bayang pihak polis. Berjaya mencilok lari. Bukan buat apa pun. Curi-curi hisap rokok time tu. Tu pun pihak polis nak 'cas' kata kami ni nak buat gerakan subversif. Nasib baik la dalam kalangan melepak tu ada terselit sama dua beradik anak Ketua Balai Polis waktu tu. Segala cas digugurkan.

2. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) : tercipta tahun 1960. Tujuan asalnya nak lawan komunis. Tapi dek kerana ketagihan nak menangkap orang, Sultan Madey telah membuat lebih 20 kali pindaan untuk menjadikannya lebih oppresif. Kiranya pendek kata (bukan aku kata), sapa yang kena tangkap atas sebab ISA, dia tu lebih jahat dan lebih bahaya daripada komunis.

Hat ni pengalaman diri-sendiri tak pernah ada, tapi keluarga terdekat sipi-sipi nak kena tu ada la. Pengalaman aku sendiri, pernah dihantar dan diambil daripada sekolah oleh SB (siput babi) selama tiga hari berturut-turut. Dan sepanjang perjalanan pergi-balik sekolah, berlaku interogasi secara haram oleh jahanam punya Siput Babi. Memanipulasikan aku pada waktu tu seorang budak mentah yang tidak mengerti apa-apa ketika itu. Yang ku tahu, balik sekolah nak ligan ayam dan lastik tupai ja. Sanggup Siput Babi kumpul data dan maklumat daripada sumber macam aku (pada masa tu la).

3. Akta Percetakan dan Penerbitan (OSA) : Dicipta tahun 1984 untuk menyimpan segala kebobrokan kesultanan Madey. Asal-usul akta ni diambil daripada Printing Press Act yang dibuat oleh British jahanam pada tahun 1948. Kemudiannya dipinda tahun 1987 untuk merahsiakan segala repot dan salah-laku kerajaan daripada mata dan pengetahuan rakyat marhein macam aku ni. Segala koran dan akhbar yang melawan arus, akan ditarik permitnya. Penulis-penulis lancang dan penyebar fitnah (ikut mata sultan Madey dan konco-konconya) akan ditahan dan disiksa secara minda sampai jadi mandom dan pengecut.

Yang ni, aku tak takdak pengalaman. Harap-harap, tak kena tindakan pada masa akan datang. InsyaAllah.

4. Akta Hasutan : Pun asalnya dibikin oleh British pada masa dulu untuk mengekang nasionalis yang menuntut kemerdekaan. ramai yang jadi mangsa ni. Antara operasi yang terkenal menggunakan akta ni ialah Operasi Lalang.

Yang ni pun sama. Aku takdak masa nak hasut-hasut orang ni. Taktau la kot kalau bercakap betui dikira hasutan. Muahahahahahahaha..

5. Akta Siaran ataupun Broadcasting Act : Benihnya daripada 'British Propaganda'. Diubahsuai menjadi akta tahun 1987. Memberi kuasa besar kepada Menteri Penerangan untuk memanipulasikan dan menguasai segala apa bentuk serba mak nenek 'broadcast media' yang dimiliki kerajaan. Hasilnya kedapatan hari ini akan TV meloya, TV1 dan TV2 yang lebih lawak daripada Raja Lawak dan lebih sarkis daripada Royal London Circus.

Hasil daripada akta-akta yang telah disebutkan di atas: Ramai yang jadi penakut. Nak jaga periuk nasik katanya. Taktau la kot zaman la ni tok-tok guru sampui ajar bahawasanya rezeki itu kerajaan yang bagi, bukan Allah Taala.

Marilah kita berpesan-pesan agar kita tidak mudah lupa dan alpa dengan kesibukan, hambatan dan kecintaan kita kepada duniawi.

Demi masa...

Assalamaualaikum..

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan, yang nasihat-menasihati sesama lain. Marilah kita sama-sama ingat-mengingati antara kita. Selamat beramal!

Friday, March 12, 2010

Jumaat datang lagi..

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi. Penghulu hari untuk setiap minggu. Banyak kelebihan hari Jumaat. Jangan kita mensia-siakan kedatangan hari Jumaat. Sama-sama kita renung dan mengambil iktibar daripada hadis Nabi Muhammad SAW akan kelebihan hari Jumaat. Perbanyakkanlah amalan semasa hidup untuk bekalan di akhirat kelak.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW jug bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Tuesday, March 9, 2010

Jemputan kenduri kahwin lagi..

Assalamualaikum..

Buat semua warga Komuniti87, dengan segala hormatnya aku selaku wakil abg aku yang sulung; Dr. Haji Jamnul Azhar, ingin menjemput saudara-saudari sekeluarga ke majlis perkahwinan anak sulungnya. Maklumat adalah seperti berikut:
  • Tarikh : AHAD 14 MAC 2010 bersamaan 28 Rabiul Awwal 1431H
  • Masa : Jam 12.00 tengahari - 6.00 petang
  • Tempat : No. 28&29, Lorong Teratai Jingga 10, Taman Teratai Jingga Fasa 2, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah.
peta rumah ayah pengantin

Pi jangan tak pi. Aku ada sana. Jadi tukang sambut tetamu. Moga dengan kehadiran tuan/puan seisi keluarga akan memeriahkan lagi majlis walimatul urus tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Hectic is my new middlename

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan dirahmati Allah Azza wa Jalla selalu.

Sibuk! Sibuk! Sibuk! Perkataan keramat yang menjadi ratib aku sehari-harian. Saja nak kongsi pengalaman hidup sama kawan-kawan kat sini. Aku rasa ramai di kalangan kita yang dah lalu dan punyai pengalaman yang baru dan sedang aku lalui ni. This is my story. My hectic week.

Pertamanya, bermulanya minggu pertama untuk aku mengadaptasikan suasana kehidupan baru aku sekeluarga tanpa kehadiran mak mertuaku yang telah banyak menolong menguruskan kehidupan kami sekeluarga. Dia balik ke kampung di Kuala Terengganu untuk persediaan ke Makkah menunaikan ibadah haji tahun ni, insyaAllah. Lagipun, dah sampai masa untuk dia berehat sebab dimamah usia. Faktor kesihatan tubuh badannya yang semakin tak berapa nak larat satu, kerenah anak-anak aku yang sedang mekar menjadi dara sunti pun satu hal juga.

Keduanya, kerenah anak sulung aku yang cukup susah nak pergi ke sekolah. Adakah terlebih manja dibelai tokmanya? Ataupun sesi dan suasana persekolahannya membosankan? Ataupun dia tidak paham apa yang diajar? Ataupan ada sang pembuli? Aku pun tak tahu dan tak paham. Dah abih aku selidik tanya anak dara sulung aku nan sorang tu kenapa takmau ke sekolah. Dia tak boleh bagi jawapan yang jitu. aku pun dah bertanyakan pada guru (anak dara aku panggil teacher) akan masalah anak aku di sekolah. Katanya tiada. Malah, cepat menangkap (ni kata cikgu anak aku la). Aku baca dan kutip ilmu di internet, banyak yang sarankan pujuk dan terangkan secara lembut. Jangan gunakan kekerasan. Aku pun cuba ikut. Hasilnya, hari pertama memang cun. Masuk hari kedua, buat balik perangai lama. Hasilnya, bini aku lewat sejam masuk kerja dua hari berturut-turut. Proses pujuk rayu yang memakan masa hampir sejam. Baru boleh masuk dalam kereta. dalam kereta buat perangai. Pergh.. Allah Maha Mengetahui betapa maksud perkataan 'sabar' cukup besar dan berat untuk dipenuhi.

Ketiganya, anak kedua aku yang asyik batuk dan selsema tak mau nak sihat-sihat. Pergi klinik pakar, pakar bagi ubat, pergi klinik tak pakar, bagi ubat. Tengok hujung minggu ni, kalau tak baik-baik juga, aku bawa pergi x-ray paru-paru. Mana tahu kalau-kalau ada jangkitan kuman, nauzubillah.

Keempatnya, buku Laporan Tahunan Hospital Sungai Buloh 2008 yang berpuaka dah makin dekat dengan deadline. Tak sampai suku yang siap. Buku Nur Islam pun sama. Deadline minggu depan.

Kelimanya, CC aku yang sudah ditutup. Barang-barang dalam CC tu nak treban mana pun aku taktau. Semuanya kena setel dalam minggu ni.

Apa tujuan aku kongsi masalah sehari-harian aku dengan kawan-kawan? Nak bagitau, aku takdan nak kemaskinikan blog. Ni pun curi-curi tulis sebab dah lama entri baru tak ditulis. Harap kawan-kawan paham. Dan pasal masalah anak-anak aku, sapa ada boleh bagi cadangan? Aku dah fenin dengan tugasan yang keliling pinggang. Ditambah lagi dengan kerenah anak-anak. Setakat suruh sabar, aku tengah buat la ni.. dan makin nipis kesabaran ni. Selawat pun berbuih, istighfar pun dah jenuh. Minta Allah Taala kurangkan bebanan.