Pages

Solat Time

Thursday, October 8, 2009

Kita dan hutang

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan berada di bawah payung rahmat Ilahi sentiasa.

Hutang. Satu perkataan yang cukup sinonim dengan dunia pada hari ini. Ada yang berhutang kerana terpaksa. Ada yang hutang kerana nak bermewah-mewah. Apa pun jua alasannya, makin lama makin sikit manusia yang bebas daripada hutang.

Dalam doa pun sentiasa disebut: Dijauhkan daripada bebanan hutang. Tapi malangnya, dalam kita sedar atau tidak, kita merelakan diri kita dibebani dengan hutang. Kenapa? Tu.. kad kredit berbagai. Kereta habis bayar, tukar kereta baru. Buat hutang baru. Dan roda bebanan hutang itu terus berputar dan kita adalah penyumbang terbesar sumber kekayaan tuan punya bank.

Apa usaha kita ke arah membebaskan diri kita daripada bebanan hutang?

10 comments:

marn said...

Muahahahahah.. aku bli umah kolong je. tapi tak bermakna bli tu bli kesh mani. utang beb. kiranya tuan punya milik tu adlah bank yang aku dok bayo tiap2 bulan.

Kalo tak abih bayo, bawak beban utang masuk kubo le jawabnya. walaupun ada mrta, selagi tak setel utang, jawabnya tergantung le roh aku. muahahaha.

Sebut pasai utang, kita ni dah jadi hamba utang. baik rumah, kereta, kad kredit dll. betui2 kerja jadi kuli batak untuk bank2 yang kaya-raya.

Terkujat jugak aku bila dapat info drpd abe mark berkenaan jurang pendapatan per kapita antara miskin-kaya. kita ni dok ranking nombor satu beza ketara paling besaq perbezaan pendapatan perkapita miskin-kaya.

Tu pun ramai yang tak sedo ke diri. dok cas senang duduk di msia ni. kita ni rasa macam selesa dah. walhal.. sempit idup. mana taknya, cuba kita kira balik pendapatan bulanan kita yang bersih sepelas tolak segala liabiliti (tanggungan hutang dan belanja hidup anakbini) kita. Aku rasa tak banyak yang ada belen RM1000.00

abu ateif said...

nak buat camana lagi dah tu cara yang kita pilih pasal cepat dan mudah hahaha...

Yob Mat Said said...

sebenornya kita mmg semakin susah, kita ja yg rasa makin senang sbb perasan cam semua dah ada, ada tv ada dvd, mini compo, rumah baru + renovation, kereta, set bilik tidur, kitchen cabinet, plaster syiling.. tapi yg sebenornya berlaku ialah kita diberi fasilitas untuk berhutang, tu yg sampai hutang keta pon dh ada yg cecah 12 taun? hutang courts mamouth la, bikin dapur pon hutang waima bli hanpon pon ader yg berhutang.. punya la hadap nak pakai henpon canggih.. adakah aku against org2 camni? jwbnya tidak cuma aku rasa ikut2 keperluan la.. itu la key word nya.. mayb sound a bit kedekut tapi ye la kita mempunyai pilihan nak ker tak nak.. Sad to say kakitangan k'jaan adalah yg paling ramai berhutang atas sbb depa ni keja gomen so sng bebeno nak buat loan utk apa saja.. tu yg sampai rapat payslip tu.. kira Tuan Presiden byk juge la belen... Aku harap geng2 cikgu & ustat2 kita ni bijak ketika membuat keputusan dlm berbelanja & membuat hutang..

ps: bli rumah & keta tu kena la hutang idok tak merasa yob..

Anonymous said...

Salam ..

Apabila di sebut bab hutang ni la , aku nak buka satu pertanyaan dan aku harap jawapan yang betoi dr sudut syariah dan bukannya main logik akal .

Si suami beli rumah ( of coz utang ngan bank ) untuk keperluan keluarganya berlindung dan sebagainya . Tak lama kemudian Si bininya plak beli ( utang ngan bank jugakla ) dengan niat buat harta . Persoalannya adakah perbuatan si bini ni di kira haram kerana dengan sengaja melibatkan diri ngan riba kerana dia dah ada rumah pembelian lakinya sebagaikeperluan untuk berlindung .

Aku bertanya sebab ada ustaz dan ostat yang kata haram dan harus .

( soalan aku ni tak de kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah mati . Hanya sekadar nak tau hukumnya )

Jawab... jawab ...

Adiso SPEKI

abu ateif said...

jwpn aku senang jer...ke2 2 laki bini tu kalau telibat ngan utang bank konvensional mmg riba la...la ni dah banyak pembiayaan cara islam di bank islam n perbankan islam...zaman cim peng dulu ya ka tak dak bank islam...dok gitu?

Mr. Smith said...

The question is... how islamic is islamic banking? kalau ikut perkiraan, hutang lebih besar kalau kita guna islamic method yang digunapakai dalam perbankan islam di malaysia ni.

Sbg contoh, rumah aku. selepas 28 tahun, aku kena bayar total kpd bank rm398,000.00. harga rumah aku cuma rm153,000.00 yang aku buat loan guna islamic banking. memba aku bli rumah harga rm245,000.00. lepas 28 tahun, dia bayar 398,000.00 jugak. dia guna konvensional method. So how?

Kalau ikut alFadhil Yusof Qardhawi, pembelian yang melibatkan hutang riba diharuskan untuk rumah pertama dan kereta pertama saja. sebab tu dah kira tahap keperluan dan bukannya kemudahan. Dan dikira haram sekiranya pembelian rumah/kereta ke2 itu melibatkan riba. Sebab yang ke2 itu dah dikira kemudahan.

Semudah mana kita nak passing joe (pas baton) kepada panel shariah di setiap institusi bank yang claim kata depa tu shariah compliance untuk menanggung dosa sekiranya ada unsur2 tekanan ke atas pembeli?

Aku berpendapat, kebanyakan institusi perbankan kita masih tidak memahami ruh islam yang ada di dalam sistem muamalat islami. Masih ada unsur2 menekan pengguna seperti yang berlaku di dalam perbankan konvensional. Cuma dipakaikan pakaian shariah sahaja untuk mengaburi mata umat Islam dewasa ini.

inilah dilema aku yang paling besaq. Lain orang, lain pandangan. Cumanya, kita perlu berhati2 daripada terjerumus ke dalam kancah bebanan hutang ni.

Mr Smitters said...

Tu Zaman bila tu mr smith oii setau aku bitamin ajil dah pon diharamkan aka diberhentikan. Pada hemat aku kita patut menyokong produk islamic walau mcmmanapon, sbb penambah-baikan akan sentiasa ada. Kita ni masih di peringkat beginners sahaja so support sahajalah yg mampu kita buat at at least part kita dh lepaih, kira mcm bila kita bagi derma la, kita bila huluq derma kat tabung nak buat masjid la, tulun ank yatim la, buat sekolah agama la yg kat tepi2 masjid bila balik semayang jumaat tu kita bukan nya tau depa ni betui2 mewakili badan tersebut tetapi kita bersangka baik & niat nak menolong tu tggi sbb nk saham akhirat lebih so kita pon dermalah barang sedikit.

Sama dgn sistem perbankan islam ni NIAT kita mmg nk sokong produk islam biar mereka yg AHLI sahaja menguruskan segala selok belok perbankan kita ni AWAM kalau tak puas hati masuk ke website bank tersebut & buat terguran.

Aku secara peribadi nampak perbankan islam semakin diterima & tlh byk penambahbaikan berlaku di sepanjang 5 tahun kebelakangan. Terutama bila byk bank2 dr teluk telah mula bertapak di malaysia dimana ianya akan menyebabkan berlakunya byk persaingan. & byk persaingan adalah sangat baik utk pengguna seperti kita sbb kita dh byk pilihan.

Sekian

metal jawa said...

sonyap yo

Anonymous said...

salam ...

Ha aaaa , Aku pun heran ..

Sonyop Ajoooo

Speki

marn said...

I'm back! Sorry guys. Lately, I'm not feeling well and got sick. My body and mind asked me to rest and take a break. So, I did. And the result is good and going better. But not fully recovered. Hope y'all in better shape and excel.

Ku bersyukur kerana masih lagi diberikan rezeki oleh Allah SWT dalam melayari kehidupan yang sementara ini. Dunia yang fana' ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Sama ada kita mampu menangani segala dugaan dan ujian Allah Taala dalam kehidupan seharian kita, sama-sama kita doakan semoga Allah Azza wa Jalla menguatkan ian kita dan ditetapkan iman sehingga akhir hayat. Hanya pengakhiran yang baik sahaja yang kita kena usahakan supaya hidup ini bermakna di akhirat nanti.

Perihal hutang-piutang di atas dunia ni, akan dibawa ke akhirat. Seraya, kita kena usahakan sebolehnya membayar dan melangsai hutang secepat mungkin.

Memang kita patut dan MESTI menyokong apa jua produk Islami. Tidak kira dalam bidang perbankan atau tidak. Dalam bab produk seharian seperti ubat gigi, sabun, malah minyak petrol sekalipun, kita mesti dahulukan produk daripada syarikat2 Muslim. Kerana yang demikian itu membantu ekonomi umat Islam dan kita percaya bahawa syarikat2 Muslim ni, membayar zakat. Dan wang zakat tidak diperuntukkan untuk orang kafir.

Semua ini akan diperincikan di dalam posting yang akan datang..

Ilal liqa' ya Asdiqa'ie