Pages

Solat Time

Wednesday, May 6, 2009

Ulamak? Afa tu?

Assalamualaikum..

Terkini..

Ok. Aku baru dapat mesej daripada elSyazali yang berbunyi: Salam... Madrasah Idrisiah akan mengadakan Ihtifal pada 9 Mei 2009, jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari. Perasmian oleh Pegawai Kewangan Negeri Perak. Semua bekas pelajar dijemput hadir.

Hah! Apa lagi geng? Ada berani ka? Jom kita pi bagi meriah sikit sekolah tu sambil jumpa bekas guru / ustaz kita. Boleh la kumpui ramai-ramai. Nak plan pegi rumah kenduri rumah Mail pun senang. Dan jugak, sapa yang tak dan nak bank in kan duit tabung dana, bolehla nanti bayaq masa jumpa nanti. Senang gitukan?

InsyaAllah aku turun. Mat tak bleh bagi confirmation lagi. InsyaAllah Mat Jeni pegi gak. aku akan paksa dia. jom kita!

Posting asal..

Iskh.. sehari dua ni aku sibuk gila. Baru balik dari bercuti di kampung bini tersayang. Nun di Kuala Terengganu. Orang sana dok sibuk menyandat sotong. Pergh.. kalau ikut pengalaman aku menyandat sotong tahun lepas, memang meriah beb. Sotong jenuh. Purata sotong yang berjaya dijinakkan dalam kurang lebih sekaki panjangnya.

Agak-agak hangpa la, bilanya nak buat trip candat sotong ni? Tahun depan ok kot? Nak best lagi, siap tidoq kat Pulau Kapaih. Pergh.. boleh snorkling sekali. Walaupun batu karangnya tidaklah secantik Pulau Redang, Tenggol dan Perhentian, tapi tetap menawan sukma (bukan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja). Kalau mau, tahun depan aku bolehlah set dengan orang Marang chartered bot sebijik. Nak mengail pun boleh. Bawak ja joran sendiri.

Masa tahun sudah, aku bertolak lepaih asaq, balik sampai jeti sebelum subuh. Kalau dah tangkapan banyak, boleh tolak kat peraih di jeti Marang tu. Sotong dapat, duit pun dapat. Pergh.. rugi la woi kalau takmau buat trip candat sotong ni. Nak best lagi, kita pi trip laki2 ja. Anak bini tinggai la sat kat rumah. Ka gumana? Ka mabok laut? Tu tak jadi masalah. Ada ubat bagi elak dari kena mabok laut. aku yang cas hero ni pun telan dua bijik. Tu pun kena jugak sebab salah telan ubat. Dia koman2 kena sejam-dua telan ubat tu baru sihat. Ni tak, ataih bot baru nak telan. Lagipun (ni alasan kuat ni) aku dok kat belakang bot. Asyik dok hidu asap diesel bot. Kalau dah berjam-jam beraromakan diesel, aku rasa badak ayaq pun tumbang.

Dalam sehari dua ni jugak, aku perati orang dok sibuk bincang pasai siapa dia ulamak? Sapa dia yang dikatakan ulamak ni? Macam Imam al-Ghazali tu tak dapat la. Jauh dah kena tinggai zaman kita ni. Hat yang mengaji agama dan ada degree saja kah yang layak dipanggil ulamak? Macam mana pulak yang tadak degree? Apa kriteria yang perlu ada pada ulamak?

Ada idea dan pendapat tak? Mai kita kongsi idea dan pendapat serta buat ribut minda sket. Jom kita sembang!



5 comments:

marn said...

Sapa nak pi woi?

hondo si ketua lanun said...

bertolak ari jumaay slps star wars ker?

kirk hammet said...

aku nak

Marn said...

Awainya mart. Hg nk tidoq mana? Ka pi pukui 4pagi? Setakat la ni yg oknya nk pi ialah: aku, mart jeni, jamil n asri. Org kl sapa lg nk join? Abg kirk pun nk pi. Canteq la tu. Si sopi kadir pun nk join katanya. Sapa lg?

Anonymous said...

Salam ...

cantek gak gambo hang marn .

Satu lagi rampasan kerusi di DUN perak . Abis belaka deme rampas

SPEKI