Solat Time

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum..

Buat semua ibu-ibu yang di luar sana, aku selaku moderator blog ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu. Moga Allah Taala merahmati selalu ibu-ibu yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan kasih-sayang.

Buat ibuku yang kukasihi, moga Allah SWT merahmatimu selalu dan dipanjangkan umurmu. Penat lelahmu mendidikku, takkan dapat aku balas. Kenakalanku mencabar kesabaranmu. Hanya Allah jua yang mengetahui betapa hati ini kesal yang teramat kerana selalu membuatkan gugurnya airmatamu kerana sikapku. Moga engkau tabah selalu. Doaku buatmu takkan kunjung padam. Ya Allah! Kau gembirakanlah hati-hati para ibu seperti mana gembiranya Hawa bertemu Adam AS di Jabal Rahmah. Kau gembirakanlah hati para ibu segembira mereka ketika mula-mula menjadi ibu. Janganlah Engkau bebani mereka dengan hati yang sugul dan sedih. Amin...

Buat isteriku yang tercinta, terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi ibu terbaik buat anak-anak kita. Walaupun kadangkala 'jongos' mu mencabar kesabaranku, namun itulah warna-warni kasih-sayang yang Allah berikan pada kita sekeluarga. Moga Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang merahmatimu selalu di atas jasa dan pengorbanan yang engkau berikan ketika membelai dan memelihara anak-anak kita dengan penuh kasih dan sayang. tiada kata-kata dan ucapan yang mampu menukilkan hati dan perasaan ini.

Dan di sini ingin aku kongsikan bersama-sama kalian akan kisah yang telah di'forward'kan kepadaku oleh isteri tersayang. Selamat membaca...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati..... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku.... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... apa yang perlu kita buat? Hanya doa pengubat hati nan lara.

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata; "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

4 comments:

marn said...

Selamat hari ibu buat yang bergelar ibu dan bakal ibu. yang blom jadi ibu, pelan2 la. Ada rezqi, insyaallah. Yang penting, usaha.

abu_ateif said...

menitik ayaq mata aku baca posting kali ni...benda2 yang macam ni la yang dapat ingatkan kita pada jasa mak kita sejak kecik...byk salah n silap kita kat mak kita...selamat hari ibu kat kengkawan yang dah jadi ibu.

GBORG said...

a'kum,
baguslah klu ko dh sedar wahai abu atief,diharapkan lps ni ko rajin-rajin la blk sg harum,jgn ghalid dok latih bola je,tu semua dunia je,lagipun bukan bola yang beranakkan ko.

gborg:aku setia menunggu seruan
ngole mu

Anonymous said...

Salam ...


Iiiiibuuuuuuuuuuuuuuu ....

Emaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkk ...

Syahdunya ,

Sori tak sempat nak nulis nak balik jumpa mak aku .

ADIOS SPEKI