Assalamualaikum..
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Terharunya aku. Teringat guru-guru tua yang pernah menaburkan bakti buat kita masa zaman sekolah dulu. Ada yang telah pergi menyambut seruan Ilahi dan juga yang uzur. Buat yang telah pergi, marilah kita sama-sama mensedekahkan al-Fatihah buat mereka. Dan buat yang sedang uzur, hanya sekalung doa buat kalian, moga cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Allah Taala jua yang mampu membalas jasa guru-guru kita. Sekarang, guru kita ialah pengalaman sendiri dan kawan-kawan.
Saban tahun kita menyambut hari guru. Sama ada sedar ataupun tidak, setiap kita secara tidak langsung adalah guru dan dalam masa yang sama juga bergelar murid. Guru kepada anak-anak kita, anak-anak saudara dan mereka yang berada di sekeliling kita. Murid kepada pengalaman dan mereka yang berkongsi ilmu dengan kita.
Guru terbaik yang pernah hadir untuk mendidik umat manusia ialah Muhammad SAW. Selayaknya baginda dinobatkan sebagai guru terulung sepanjang zaman. Kerana tanpa ilmu yang berpandukan wahyu, kita tidak akan mengenal apa itu nikmat iman, islam dan ihsan.
Soalan untuk para guru (yang kerja rasminya adalah guru) ialah; apakah ukuran seseorang itu yang layak digelar guru yang berjaya? Sila jawab!
10 comments:
Buat kengkawan semua, Selamat Hari Guru.
Salam ....
Bagi aku cuma murid yg dapat menilai gurunya . Mereka sahaja yg memahami ape yg telah diajar oleh gurunya .
Cuba ingat zaman sekolah dulu ... berapa kali aku di 'tumbuk' dan di piat telinga oleh cikgu kerana gagal menjawab soalan Mate . Ingaatttt sape cikgunya . Tapi itulah cikgu dalam keseriusannyanya ada guraunya . Dalam kegarangannya ada rasa sayangnya . Dalam gelak tawanya ada pengajarannya . Itulah cikgu
Bagi aku yg dah pun jd cikgu , aku akan mengajar sebaik yg aku boleh buat , walaupun aku ajor budak yg tak sebangsa dan seagama dgn aku . Jd ape yg aku cari ? aku cuma mencari keberkatan Ilahi
ADIOS ... SPEKI
a'kum,
kepada semua member yg menghntr ucapan hari guru pd aku tempoh hari,aku ucapkan bebanyak terima kasih,sempena hari guru ni aku teringat satu peristiwa dimana aku telah membuatkan sorang guru ni menangis dek kerana perangaiku tp yg herannya aku boleh ketawa,lalu dia berkata"besok klu kau jd guru barulah kau tau mcm mana rasanya".masa tu aku plk blh ckp"buat ape jd guru,cari la kerja lain,jd buruh ke,bela lembu ke,bercucuk tanam ke,dan apa-apa ke selain dr jd cikgu".Tapi sahabat-sahabat ku,sesungguhnya tuhan itu maha kaya,akhirnya jd guru jgk aku.
BORG:ngape le dulu cikgu tu x ckp
klu kau jd kaya ke,ataupun
klu kau jd menteri besar
ke,ataupun klu kau jd perdana
menteri ke heh..heh..heh..
just joking,anyway aku ttp
bersyukur.
ko bernasib baik box pasal bukan aku yang jadi cikgu ko ketika kejadian yang ko cerita tu berlaku...kalau tak...munkin ko dah bergelar allahyarham...cikgu manusia biasa...cam orang lain...kalau tak ikhlas dan jujur mendidik anak bangsa jadi lah dia seperti kata pepatah umpama kanggaroo yang mengajar anaknya melompat katak.
Salute kepada2 sahabat2 aku yg bergelar Guru... berjuta2 pahala kome... Sbb tu aku segan dgn hampa..
Kepada sahabat2 yg dah dapat surat dr Komunitas jgn le buat2 lupa yea.. Itu semua telah dipersetujui bersama semasa diPangkor tempohari... Sila hubungi Ust Ahmad Zaki jika telah membuat pembayaran. Sekian
Hallamak! Sapa yg blom setel, pohon setel secepat mungkin. Termasuklah aku ni. Zaki, untuk pengetahuan ko, org pertama yg buat pembayaran yuran tahunan ialah sdr kita Jamil. Dia bagi duit kt aku lama dah. Cuma aku xdak kesempatan nk bank in ke dlm akaun ko.
Borg,
Bunyi ayat tulisan ko yg pengujung komen tu mcm ko rasa xbest je jadi cikgu. Muhehehhehe. Aku nyakat je. Jadi cikgu ni byk pahala beb. Berjuta2 lemon. Apa tidaknya, bila anak murid beramal dgn ilmu yg cikgu2 ajarkan, otometik dapat pahala sama banyak degan anak murid. Tak kurang seduit pun. Bkn mcm MLM.
Mmg aku envy dgn hangpa yg jadi cikgu. Aku ada la dulu ngajo dan mmg kena dengan jiwa aku. Malangnya gomen tak bagi aku jadi cikgu sbb tiap kali aku mintak kpli, x dapat. Dah bukan rezqi aku berjuang sbg guru secara rasmi. Raaanya dunia bisnes ni la platform aku untuk berdakwah.
Ramai jugak la yg tny pasai apa aku x jadi ustaz sbb ada kelayakan. Tu pada pandangan manusia. Mungkin jua Allah Taala nampak aku x sesuai jadi guru. Tu yg x dpt kpli tu. Heeeheheheheheh.
Pengalaman aku yg byk berpindah sekolah memungkinkan aku punyai ramai guru. Ada jugak guru yg anti dengan aku sbb aku sound tepet depa dlm kelas bila fakta dan pengajaran yg depa bg tu salah. Muahahahahah. Sampai kena halau dan dikuarantin dlm maktabah pun pernah. Smp ari ni aku x mintak maap pun kat cikgu yg sakit hati dgn aku. Aku paham. Ada yg mmg ego x bleh terima teguran seorang murid. Ada yg poyo. Tu bukti kata cikgu2 ni just a mere mortal. Full of mistakes. Cuma kita sebagai pelajar kena terima seadanya kekurangan guru2 kita.
Ya Allah,Kau tabahkanlah hati guru2 yg menabur jasa dan bakti buat anak2 muridnya.
marn...hang mmg kughang ajo ngan cikgu hang...nasib baik cikgu hang tu bukan aku...kalau tak nasib hang cam gebok jgk la.
so far bilangan ahli komuniti yang dah bayor yuran baru mencecah 5 orang...aku expect hujung minggu ni munkin bayaran mencecah 4 kali ganda...sama2 la kita menunaikan tanggungjawab kat komuniti kita...
wehhh marn,,,abang iz kata boring lepas kawen kureng aktiviti...dia dok tanya bila boleh tarik loban kat pangkor or candat sutun kat ganu kiter
muahahahaha... aku memang kurang ajaq dengan cikgu dulu. sebab cikgu kurang ajaq ngan aku. muahahahahaha.. mana taknya, sebab aku student, tego cikgu takbleh? memang cikgu2 byk yang hangin satu badan ngan aku.
hangpa yang jadi cikgu, bila ditego dek student hangpa sebab hangpa salah, kena la ngaku salah. jangan ego dan blagak, nanti anak murid x respek.
muahahahahah!!
Post a Comment