Pages

Solat Time

Friday, May 22, 2009

Habit @ tabiat

Assalamualaikum..

Merokok ialah satu perbuatan yang tiada faedah langsung pada perokok mahupun alam persekitaran. Daripada saja try test, lama-lama melekat. Ada yang ketagihan candu dalam rokok, ada juga yang menjadi tabiat dan kebiasaan.

Kegagalan aku untuk menjadi seorang insan yang bebas rokok baru-baru ini menyedarkan aku akan betapa sukarnya untuk membuang sesuatu tabiat yang sudah lama sebati dengan kehidupan seharian aku. Aku tahu akan keburukan merokok buat diriku dan keluargaku, tapi oleh kerana aku ni manusia yang teramat lemah, aku masih tercari-cari kekuatan mental untuk mengikis tabiat buruk.

Buat kerja 'last minute' pun dikira termasuk ke dalam tabiat yang buruk. Procrastinate ataupun berlengah-lengah merupakan suatu kebiasaan ataupun tabiat yang tidak molek. Kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita mengerjakan solat di awal waktu? Sedangkan waktu solat seperti zohor itu panjang. Tak kisah kalau nak ikutkan secara akal. Tapi perasankah kita bahawa apa yang nak disampaikan oleh Rasulullah SAW ialah mesej yang menyuruh kita supaya tidak berlengah-lengah dan melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan.

Oleh yang demikian, aku menyeru sekali lagi buat teman-teman yang 'sibuk' tatkala weekdays ataupun tengah minggu, pada hujung minggu ni bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan untuk membayar yuran tahunan yang belum dijelaskan. Buat mereka yang telah menjelaskan yuran tahunan anda, aku ucapkan: "Syabas! Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dan terima kasih."

Untuk pengetahuan semua, TIADA masa kecederaan akan diberikan kepada mereka yang terlambat membuat pembayaran. Segala surat-menyurat, rayuan, nak bermanja dan sebagainya tidak akan dilayan. Sudah sampai masanya kita mengikis tabiat buruk kita sedikit demi sedikit. InsyaAllah, dengan sokongan yang kawan-kawan berikan, Komuniti ini akan terus mantap dan cemerlang.

Marilah kita sama-sama berubah daripada insan yang baik kepada insan yang cemerlang. Bak kata mat salon: "To be a better man/woman".

15 comments:

marn said...

Setakat la ni yang dah setel setahu aku la:
1.Jamil
2.Suhaimi
3.Mart Jeni
4.Aku
5.Jamnul Aziah

Yang lain-lain, aku taktau. Mr. Bendahari aku taktau dia dah setel ke tidak sebab hanya dia yang tau akan maklumat terkini.

Meh la kita setel apa patut. Ni bukan untuk kita saja. Ni untuk Islam, mereka yang diuji Allah dan sebagainya.

tuan penasihat mat said...

Tuan Presiden what say kalu dana kali ni kita beli dinar emas lak so pelaburan kita tu dipelbagaikan lah...

marn said...

hargh.. gaji dah masuk, apa perubahan yang ada dalam list mereka yang dah setel yuran abu atiep oi?

aku menghitung hari ja nak tengok tara mana kawan2 yang dok cakap bunyi letup2 nak buat tu, nak buat ni.

biasa la tu. kerja baik kerana Allah ni memang la banyak dugaannya. kena sabaq. tapi jangan berlengah sudah.

marn said...

berkenan dinar emas ni, aku rasa elok la diperbincangkan bersama kerana ni duit jemaah. Aku takmau pandai2 laboq ja. Kang kata buat duit tu macam duit sendiri. Kalau ikut hati aku memang aku nak buat macam duit sendiri. Sebabnya, bila dah duit sendiri, rasa berhati2 tu lebih.

mart said...

Merokok skang ni dah kira tabiat mewah sbb sekotak rokok dah braper? bak kata abg asr sendri mau ingat.

marn said...

x jugak mart.. gudang garam baru rm3.80 sekotak 12 btg. kira ok la tu kalo na kdibandingkan dengan madghut.

mart said...

sanggup ko compare rokok kretek dgn madhrud? tggi benor rokok dimata hang ker? jgn la bagi alasan bro utk justifikasi bro... nak compare cari mende lain.. aku akan pertahankan maghrud..

Anonymous said...

Memang susah nak buang tabiat merokok ni... dulu teman berhenti sekali... tahan le dlm 4 bulan kot... lepaih tu makin menjadi...

Tapi sekali tu hari mula2 puasa tu... masa sahur tu tibai 3 batang straight rasa nak terbakar tekak... lepaih tu minum air banyak2 terus posa... buka puasa jangan sentuh lagi... dan jauhkan diri daripada kawan2 yg merokok utk tempoh agak lama dan elakkan bersosial kejap... dah nak berhenti punya pasal kena la korban apa yg patut temporarily...

Banyakkan minum air suam... ini cerita kongsi pengalaman berhenti merokok le... setakat ni Alhamdulillah masih berdaya tanpa asap... masing2 ada pendekatan sendiri kalo nak berhenti... pakai le apa pendekatan yg ghasi dgn diri sendiri... azam kena kuat... bila dah berhenti rentikan try2 isap dah...

SMY

mart said...

Syabas SMY... bukan aper si marn ni udah pon brenti nk dekat sebulan pon.... pastu stat dpt rokok PERR trus istiqamah isap balik...

marn said...

Aku tiada kata2 untuk menangkis hujahan sahabat2 semua. berlinang ayo mate bile ada kawan yang sanggup kongsi petua berenti rokoks.

aku cuba.. aku cuba.. Cobaan...!

Berenti rokok ni menguji tahap kesabaran, buang tabiat buruk yang dah lama bersarang dan tau level mana kekuatan mental. So far, aku discover yang aku ni tahap mental tahap rendah punya la. Muahahahah! aku akui kelemahan diri, bukan nak bukak pekong di dada.

Apa kata, untuk semua perokok tegar, kita sama-sama buang tabiat buruk kita ni sesama. Barulah dikatakan buat perkara baik untuk seluruh warga Komuniti. Bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW berbuat perkara baik dengan berjamaah. Ka gumana?

Tidak lah bermakna akan rokok itu setaraf dengan elMadghuto. Sesungguhnya tiada apa yang mampu menyamatarafkan elMadghuto. Forgive me for my insolent behaviour. Muheheheheh..

abu_ateif said...

salam sahabat2ku...

Dengan bangganya atas kapisiti aku sebagai seorang bendahari dengan ini aku mengiklankan sahabat2 yang telah berjaya membayar yuran komuniti kita yang kita sayangi ini...berikut adalah nama2nyer:
1.SMY
2.mr presiden
3.mat jeni
4.akak mr presiden tak lain tak bukan jam aziah.
5.zaki saidin
6.farid the ghostbusted
7.tolong jgn pertikaikan aku dah bayar ker belom.

yang lain2...bak kata orang paghit...tak mandangggg

Bear Bub said...

Smlm aku kal kirk hammet dia kata dia akan setel by hand dgn tuan bendahari. Pg td Hasnul sms pon mengatakan yg dier akan bank-in. So Kita tggu jer lah...

marn said...

muahahahahaha.. takpa. berkat kesabaran semua, insyaAllah akan ada last minute punya rush hour (i wonder why they keep saying rush hour when traffic jam like hell and moving nowhere? rush for what? supposed they call it traffic jam hour lah!)

bear bub said...

Waima kat kenuri Mael sure nanti ader yg baru nak bayo.. tgk la nanti.. aku optimis (Belah Ipoh Optimis tu = Optimus Prime) heheheh

abu_ateif said...

akom semua..
sehari dua ni tak de siapa yang berani bank in duit yuran kat aku...munkin ini juga implikasi kemelesetan ekonomi negara kita wpun dinafikan oleh pm one malaysia.

kat kenduri mail nanti aku akan open tebel utk sesiapa yang nak bayar yuran...tapi aku tak leh lama la kat sana pasal dihari dan masa yang sama aku involve ngan satu pgrm kat ipoh hehehee.

wokeh kengkawan...salam