Pages

Solat Time

Friday, February 20, 2009

Suku dan suku-sakatnya

Assalamualaikum..

Kisah Bukit Lanjan yang telah diskodeng dan disiarkan dalam beberapa akhbar nyamuk membawa kepada dimensi baru dunia politik yang lebih memualkan. Elizabeth Wong dah tekad letak jawatan. Maka, akan ada PRK la jawabnya.


Di Malaysia ni ramai yang mengaku Muslim tapi dalam hati beriman dengan fahaman Sekular. Politik suku, agama suku. Siapa yang jadi tok gurunya dan kitab manakah yang dijadikan sandaran menginstinbath serta merujuk hukum-hakam? Sedangkan menggauli bini sendiri sekalipun, Allah Taala sudah berpesan tentang adab-adabnya seperti haram 'bergaul' ketika isteri didatangi haid, masuk melalui 'pintu belakang' dan banyak lagi, inikan pula nak mentadbir negara. 

Walhasil, bila agama tu disukukan dan dilarang memasuki politik, maka jadilah politik itu kelihatan bangang dan berbau hanyir seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Tiada beradab, jahat, kotor, hanyir dan memualkan. Menjadikan mereka yang cerdik-pandai, profesional, alim-ulama' seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripada terjebak dalam dunia politik.
Remote control idaman

Bila golongan ini berbuat demikian, maka akan menjadi-jadilah kebobrokan dan pincang serta tempang kuasa eksekutif kerana banyak mereka yang ada dalam dunia politik ni adalah bekas posmen, bekas jaga pintu pagar keretapi, peniaga-peniaga (yang suka buat untung atas angin) dan mereka-mereka yang tiada kualiti baik dari segi syakhsiah dan akhlak yang boleh dipersoalkan serta mereka yang hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. 
Ni salah satu contoh bodohnya pemimpin, 
tengok penutup teropong tu kalau tak percaya!

Memang perkara sebegini amat dialu-alukan oleh sebilangan mereka yang tamak serta gilakan kuasa supaya para cendikia menjauhkan diri dan tidak ambil pusing tentang dunia politik kerana dikatakan politik itu sendiri kotor agar mereka yang bejat akhlak dapat menguasai tampuk kuasa. Bila ada di antara wakil rakyat yang dilantik itu miskin akhlaknya dan munafiq, tidak hairanlah sekiranya bermacam perkara yang mengjengkelkan timbul.

Dengan ini, demi mengelakkan berlakunya politik tiga suku yang cuba membodohkan rakyat bak kata Jalal (tukang masak masakan arab kawan aku): "They're insulting our intelligence!", aku mengajak kawan-kawan untuk ambil pusing dalam dunia politik kerana politiklah yang akan mencorakkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Pohon Allah SWT beri kekuatan dan keberkatan kepada kita semua, insyaAllah.

Ka gumana?

12 comments:

Anonymous said...

Salam...

Itule bezanya antara orang yg lebih mencintai dunia drpd akhirat . Deme bukannya tak percaya pd konsep pahala dan dosa tp kalau dah tahu diri tu jahil tapi tak nak belajar ... dah kira lebih teruk drpd jahil murakkab .

Aku tertarik ngan komen Tok Guru Nik Aziz semasa ditanya oleh wartawan ( Berita TV3 )tentang Si Eliz tu . Tu le jawapan org yg mengaji dan ada ilmu .

Bagi aku ler ' Bior tak pandai , tp jangan nak memandai ' takut nanti penganut agama islam haru biru .

Jgn risau ler ... kempen PRK ketiga-tiga bukit ni ( bukit ke 3 ? ) puak2 ameno akan mencanangkan semula wasiat Hj Hadi yg udah makan tahun tu .

Adios ... SPEKI

Anonymous said...

salam,,,

Geng2 mangkok hayon bn dah mula terdesak so guna jer la apa2 saja yang boleh bagi nyawa kat depa...depa peduli hapa ngan hukum hakam.

marn,,,JALAL tu bukan ka nama manja khir toyo kat kampung dia hehehehe...bila hang sebut tukang masak makanan arab teringat aku kat nasi madghut...malam ahad tu ada p kl sat ikut member cadang nak p tibai madghut tapi tak jumpa kedai muahkakakaaaa.

Anonymous said...

Wslm dan Aslkm..

Muahahahaha.. tu dia la.. len kali, helo la kawan2, bleh pi tunjuk jalan.

Utk pengetahuan semua, kedai tu tak lama dah nak tutup operasi sebab orang2 keliling kedai tu adalah golongan elit. depa tak suka hingar-bingar dan ramai orang. depa dah file komplen mintak dbkl tutup kedai arab tu. skang ni dbkl dah bagi kebenaran kat tiga line yakni pekida untuk kutip duit parking. Parking haram tadak pun. Saja depa nak kacau bisnes arab tu la. In laymen term, soh blah daripada pot skang ni. Oelh yang demikian, barang sesiapa yang nak merasa madhgut, kena la cepat. Takut bila pindah nanti, taktau lokasi baru kat mana. Pastu, takut bila pinah, tukang masak dia takmau keja dah. Sure ayaq tangan pun dah lain. Takut taste lari.

Maka, cepat la nak pi terai nasik madhgut tu ha.

Anonymous said...

heheehee..
bukan tak nak helo kengkawan tapi aku p sana pun dah malam...kul 11 kat selayang teman sahabat jumpa orang...aku segan nak ganggu hampa pasal dah lewat takut ganggu latihan atas pusat pulak..

marn,,,hang kalau jumpa tukang masak madghut tu bagi tau kat dia kat ipoh banyak tempat2 yang menarik untuk dia bukak kedai,,,sewa pun leh murah jer hehheee...aku jadi tukang basuh pinggan pun jadi janji leh tibai kambing pri tiap hari hehehee.

apa crita sahabat kat bukit gantang...agak2 sapa calon pas?

Anonymous said...

Salam,

Setakat ni calon PR utk PRK Bukit Gantang dah ade cume tak diumumkan lagi dengan rasminya oleh TG Presiden. Yg aku dengor di antara calon-colannya ialah:-
1. Asri Scoot
2. Ismail Nizar
3. Fariz

Manakala di antara calon Be End pula ialah:-
1. Hazrul Affendi (ARAB)
2. Jins Shamsuddin
3. Rosli Hussin (ADUN TRONG)

Itu maklumat terkini yang aku dengar.

Anonymous said...

wehhh abu husni hang jgn buat lawak...ader ker orang nak pangkah asri scotte tuh hehehehe...kalau aku jd pengundi kat bkt gantang aku pangkah hampa tiga2 sekali...

perghhh si arab tu mmg dah jd orang kuat umno ke kat bkt gantang tu...tak tau la aku dah macam2 skandal dan bahana yang umno dah buat kat agama bangsa dari dulu kini dan selamanya tp masih lagi disokong oleh geng2 yang dok ngaji agama ni...tu yang orang dok kata hidayah tu...dok gitu?

Anonymous said...

kalau jins samsudin jd ahli parlimen bkt gantang makin banyak la lagi tanah orang melayu yang umno leh jual...dia pandai berlakon yob...sedo2 hilang jer...bila rakyat tanya kat jins dia jawab...jangan takut esok masih ada.

Anonymous said...

Jin islam... Betui la kata hang si jins tu jawab esok masih ada. Tapi aku nk tny la jugak kat dia: esok untuk siapa dan lama mana nak menanti hari esok?

Anonymous said...

salam,
abu atief, utk pengetahuan hang, ada angin pus-pus mengatakan yg UMNO nak lantik ARAB jadi ketua pemuda bahagian bkt gantang.
Aku sembang sendiri dgn puak2 depa. Tapi puak2 pemuda tak mau pasai dia baru terjun dunia politik dan dia tak dok di bkt gantang. La ni dia masih kat penang.

Nasib baik la dia jadi adik ipaq Mael Ninja. Kalau tak tentu kena pelangkung dgn Mael punya budak arab tu.

Insya Allah hari ahad ni dpt tahu sapa calon kita, pasai aku kena pi taklimat petugas PRK oleh Timb. Presiden Us. Nasaruddin Mat Isa dan Mustafa Ali.

La ni aku tengah berperang dgn pihak pentadbir sekolah aku pasai depa jemput Exco haram (ADUN Manjoi)rasmi mesyuarat PIBG esok.
Celaka punya YDP PIBG.

Yb Haram Jaddah Dato' Hj. Md Nadri
akan mai esok dgn alasan sebagai Pengerusi Yayasan Perak. Peringkat awal pihak PPD dan JPN tak terima melibatkan orang politik di sekolah tapi depa ugut GB, PPD dan JPN Perak.

Itulah busuknya perangai UMNO. La aku tengah karang doa utk majlis esok.

Ya Allah hancurkanlah UMNO. Takbiiir!

Anonymous said...

Abu Husni, next term, singkirkan YDP PIBG mangkok skolah hang tu. Kata takmau campoq politik di sekolah, ni depa pi jemput pulak orang kontroversi. Patutnya, nak jemput tunggu la kata putuih mahkamah dulu.

Anonymous said...

hehehe nak marah buat apa abu husni...hang yang tak baca arahan pekeliling jgn campoq urusan politik di sekolah tu...kat bawah pekeliling tu depa ada jelaskan maksud politik yang tak boleh campor disekolah ialah politik pembangkang...baguih macamana pun akhlak adun or exco tu kalau dia pembangkang jgn harap la nak p rasmi apa2 kat sekolah...kalau dia nak tumpang kencin pun pihak sekolah mampuih tak bagi tapi....

kalau yang nak datang tu orang umno...banyak mana pun rasuah dia suap...berapa orang anak dara n janda dia ngap...berapa banyak tanah melayu dia lelong kat cina...tu tak penting...yang penting dia ahli umno...anytime dia boleh mai n join program sekolah...pacak la sejuta bendera umno n bn kat keliling sekolah sapa pun tak marah...dok gitu?

Anonymous said...

gitu.. gitu..