Solat Time

Friday, February 6, 2009

Nifaq

Assalamualaikum..

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan berazam untuk menambahkan amalan serta menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah. Ramai di antara kita yang emosi disebabkan penangan Najib yang dikatakan 'membeli' beberapa ADUN PR di Perak sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri.

Apa-apa pun, buat mereka yang menyokong kerajaan PR di Perak, mohon jangan emosi sangat. Kalau tak puas hati, tunggu je la PRU yang ke13 lagi tiga empat tahun nanti. Masa tu, pangkah la mengikut pilihan anda. Terpekik terlolong macam mana pun, BN tetap akan ambil-alih. Apa yang perlu dibuat? Kemaskinikan usaha dakwah dan saluran maklumat biar sampai ke kumpulan sasaran. 

Pada aku, lebih baik jadi pembangkang yang kuat daripada menjadi pemerintah yang lemah.
Selamat membaca...

Nifaq merupakan suatu penyakit yang boleh dikira sebagai virus yang amat berbahaya untuk sebuah ummah. Penyakit ini merupakan satu dosa besar. Secara lahiriahnya seseorang itu nampak muslim tetapi batiniahnya adalah kafir. Malahan lebih berbahaya daripada kufur. 

Golongan yang mempunyai penyakit nifaq ini disebut munafik. Mereka ini merupakan golongan yang paling kuat menentang pelaksanaan syari'at Allah SWT walaupun mereka mengaku sebagai seorang muslim. Sebagaimana firmanNya: “Apabila dikatakan kepada mereka; marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan kepada Rasul, nescaya kamu lihat orang orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat kuatnya dari mendekati kamu.” - anNisaa’: 61

Manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengenai golongan munafiq: “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di antara sifat dan ciri orang munafik:
1. Kufur kepada Allah SWT.
2. Mempunyai sifat hasad dan dengki kepada orang yang beriman. 
3. Mempersendakan Allah dan RasulNya serta agama Islam 
4. Membuat kerosakan di muka bumi dengan melakukan pelbagai jenis kezaliman. 
5. Memiliki sifat pendusta dan manipulasi terhadap orang lain; memerintahkan kemungkaran dan mencegah kebaikan seperti kikir, rakus, tamak dan membuat kerosakan lain dengan cara dan gaya bahasa yang indah sehingga orang lain terpedaya.

Bahawa Allah SWT telah berfirman: “Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan mereka (orang-orang kafir dan orang-orang munafik) di neraka Jahannam.” - anNisaa’: 140.

Lebih buruk lagi, Allah SWT menghina para munafiq dengan berfirman: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah.” - anNisaa’: 145.

Sehinggakan bahayanya orang-orang kafir dan orang-orang munafik amat besar bagi umat Islam, Allah memerintahkan RasulNya untuk berjihad melawan mereka, hal ini seperti diterangkan dalam al-Quran: “Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah kepada mereka! Tempat mereka adalah neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” - atTahrim: 9

Agak-agak apa yang boleh kita pelajari daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak?

14 comments:

Anonymous said...

Salam ...

Aku terkedu , sedih bukan kepalang , menyampah tak terhingga , meyumpah seranah dah jenuh dosa aje yg dapat .. dalam kelam kelibut ni hidayah pun tiba dan teringatkan firman Allah mafhumnya " kamu merancang , Allah pun merancang dan Allah sebaik-baik perancang " maka adalah lah hikmah disebalinya cuma kita tunggu dan lihat . Balasannnya pasti tiba . Bila ... hanya Allah yang tahu kita hanya perlu terus mencuba .

Betul kata Mr. Presiden tu lebih baik jadi pembangkang yang kuat daripada menjadi pemerintah yang lemah . Nanti buli dek orang .

Ayuh Bangun TAAKKKKBIIRRRRRRR

Adiso , Sepki

From Kch w Love said...

assalamualaikum guyz....

waduh... tetiba rase hiba, semangat dsbg bila melihat dan mendengar kalimah suci syahadah yg dilaungkan betul2 dihadapan pintu pagar madrasah hendak menuju ke masjid. Semangat ini perlu ada pd setiap individu muslim spy kalimah Allah diteruskan di bumi Perak Darul Ridzuan.
Setengah manusia berfikiran, apa le guna berdemontrasi mcm tu, buang masa dan tenaga saja. Sesia aje. Bagi wa itu pendapat orang yang tiada semangat, dayus, cepat putus asa, pengecut dan bacul.
sekurang-kurang mereka ini nanti terlepas apabila pertanyaan di alam akhirat tentang usaha menegakkan kalimah Allah nanti.
Kita pulak macam mane... Cukup ke sekadar bersimpati dari jauh saje.. So do something. sekurang-kurang terus berdoa kepada-Nya supaya memberi kesabaran, semangat tinggi, jalan penyelesaian dan kemenangan kepada mereka yang berjuang menegakkan kalimah Syahadah di bumi Perak Darul Ridzuan khususnya dan Malaysia amnya.

TAKBIRRRRRRRRRRRRR

ABU HUSNI said...

YA ALLAH, LIMPAHKANLAH KESABARAN KEPADA KAMI RAKYAT PERAK,KHASNYA DI BUKIT GANTANG.

SETELAH BEBERAPA HARI UJIAN YANG MENIMPA, KINI ENGKAU UJI LAGI KAMI DENGAN UJIAN YANG BESAR.

YA ALLAH, ENGKAU RAHMATILAH PEMERGIAN YB US. ROSLAN B SHAHROM DARI PARLIMEN BUKIT GANTANG YANG KAMI SAYANGI, ENGKAU AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSANYA DAN TERIMALAH AMALANNYA SELAMA MENJADI PEMIMPIN KAMI. AMIN YA RABBAL ALAMIN....

abu_ateif said...

abu husni..insyallah doa hang makbul...ahli syurga tak kan allah tak makbulkan doa kot.

allah sebaik2 perancang...najib n umno bn cukup tak suka nak p/raya...kekalahan by election kat p.pauh n k.ganu cukup menyentak jantung n tulur depa...tu sbb depa lebih suka culik adun pr n suap juta2 n lompat parti...tu pilihan yang depa ada la ni...nak p/raya????tobat lahong depa tak nak...pasal depa tau mood rakyat la ni menolak bn haram jadah kecuali mereka2 yang buta hati perut yang masih sokong bn.

jgn risau abu hosni...aku dah nampak dah bibit kemenangan pr di bkt gantang....ni lah masa rakyat nak tunjuk kat najib altantuya bhw apa yang dia dah buat kat perak adalah satu pengkhianatan "ramdah" aka haram jadah

abu_ateif said...

abu husni..insyallah doa hang makbul...ahli syurga tak kan allah tak makbulkan doa kot.

allah sebaik2 perancang...najib n umno bn cukup tak suka nak p/raya...kekalahan by election kat p.pauh n k.ganu cukup menyentak jantung n tulur depa...tu sbb depa lebih suka culik adun pr n suap juta2 n lompat parti...tu pilihan yang depa ada la ni...nak p/raya????tobat lahong depa tak nak...pasal depa tau mood rakyat la ni menolak bn haram jadah kecuali mereka2 yang buta hati perut yang masih sokong bn.

jgn risau abu hosni...aku dah nampak dah bibit kemenangan pr di bkt gantang....ni lah masa rakyat nak tunjuk kat najib altantuya bhw apa yang dia dah buat kat perak adalah satu pengkhianatan "ramdah" aka haram jadah

Abu Husni said...

Salam,

Bagi pandangan aku, apa yang berlaku ni banyak hikmahnya. Kita kena banyakkan kerja dakwah kita untuk berhadapan dengan puak2 jahil supaya depa tak terikut dengan taghut.

Ingatlah firman Allah taala:-
Allah adalah penolong (wali)bagi orang2 yang beriman yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya (Nur) kebenaran, manakala orang2 kafir (engkar)penolong (wali) mereka adalah taghut yang mngeluarkan mereka dari cahaya kebenaran kepada kegelapan.

Jadi kita kena usaha berdamping dengan puak2 UMNO ni supaya depa tak terikut dengan taghut.

Perasaan sedih menyelubungi diri aku apabila melihat saudara2 aku yang dibelasah oleh YAHUDI KEPALA MERAH di hadapan Baitullah Masjid Ubudiah tempat kita solat jemaah 5 waktu semasa kita mengaji di MIBCKK dulu.

Ya Allah, selamatkanlah negeri kami ini daripada pengikut2 taghut, agar mereka tidak membuat huru hara dalam negeri kami ini.

Abu Atief, p/raya kecil nanti mai turun B. Gantang, kita gempur habis-habisan puak2 taghut ni.

Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

marnolito said...

Innalillahi wa inna ilahi raajiun...

Memang aku tak sangka dalam dok sebut2 kot ada la Adun @ MP yang meninggal dunia sebab senang nanti dapat projek segera dan orang kampung pun dapat bantuan segera, rupa-rupanya, tu dia ha.. siap kena mengundi nanti aku ni.

Kebetulan pulak dah yang meninggal dunia tu MP kawasan aku, Bukit Gantang. Apa-apa pun, takziah buat keluarga Ust. Ruslan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Anonymous said...

Salam ...
Hari tu ada kengkawan yg tanyer pasal zakat pendapatan, cuba hang pa bukak laman web ni ( http://zakat.com.my/kalkulator/pendapatan.html ) Kat situ ada cara pengiraan tentang zakat pendapatan dan berapa yang kena bayar .

Eh Eh Mat Zeni Si Syafinaz Konichiwa tu belajar kat MIBCKK ker ? aku musykil laaaa.

Abu Husni oiii . Kalu Kuala Terengganu sanggfup pi takkan jiran sekampung aku tak leh nak sampe kot .. Ayoh kita serbu ke Kedua2 bukit tu ( Bukit Gantang N Bukit Selambau ) .

Adios SPEKI

abu husni said...

Cayalah adios speki, semangat juang macam mike le teman nak. setengah orang tu cakap meletup-letup, tapi habuk pun tak dak.

Ajak le shbt2 mike ke Bkt Gantang, supaya sama2 kita mempertahankan Bkit Gantang daripada jatuh ke tangan Haram Jaddah UMNO.

Kami di sini dah mula bergerak. Malam smlm mesyuarat UPU dan mlm ni mesyuarat MTD.

Kepada shbt2 yang jauh, kalau tak blh datang, bdoalahuntuk kemenangan Islam.

ALLAHU AKBARRR!!!

Mart Jeni said...

Salam..

Menjawab soalan Meor Speki jawapannyer ialah YA Syafinaz tu mmg bekas pelajor MIBCKK stat dr form 1 hingga le ke form 5 kenapa tak percaya? FYI dier dulu lagi dah speki dr ko meo cuma skang ni dah pakai kontek lense la.. Meor kalu pakai kontek lense pasni kena la pulok tukor nama "meo kon lense" hahaha

As for Bukit Gantang. Ianya adalah tanah tumpah darah mak kesayangan aku.. umah opah aku nun di hujung sblm nak naik fly over sana tuh... ramai gak la sanak sedara aku yg masih tinggal disana. Abu husni kalu hang terserempak dgn seorang lelaki lanjut usia BISU yg naik basikal tua.. ha tu la pakcik aku iaitu abg kepada mak aku.. dier ni PAS dulu kini dan selamanya.. sure pasni dier sibok kehulu kehilir tampal poster utk PRK Bkt Gantang..

Allahuakbarr!

abu_ateif said...

abu husni..
aku memfatwakan abu husni wajib bermuqim di bkt gantang spjng tempoh berkempen....umno bn akan melepaskan jin dan syaitan yg kaw2 utk depa rampas bkt gantang...setan najib usah cerita la...bapak punya setan...aku harap abu husni akan menangkap semua setan2 tu.

tak sabaq aku nak p bkt gantang...la ni mosim deghoyan ka kat sana...kalau tak leh menyelam sambil togak ayo muahahahaaa.

aku yakin pas akan menang ngan majority yang x pernah berlaku kt mesia sebelom ni...kompom!!!

Marnolito said...

Aku musti balik kampung tolong kempen. Kalau tak, sure nanti menjawabla aku dengan Allah Taala.

Bear bub said...

Biler tarikh ngundi nyer yob? besok br tau kan?

marnolito said...

Deme tak isytihar lagi. teman tengah hold my horses je nih. to unleashed the hell to the enemy.