Pages

Solat Time

Tuesday, February 17, 2009

Kisah tiga bukit

Assalamualaikum..

Dalam beberapa minggu lagi, kita akan menghadapi drama politik ke atas tiga buah bukit; Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan. Kesemuanya terletak di dalam negeri yang diperintah oleh PR. Dan kesemuanya mempunyai cerita yang berbeza. Apa jua yang bakal berlaku, akan menentu senario politik Malaysia ke arah sama ada yang lebih demokratik ataupun tidak. 

Dunia makin gawat ekonominya, namun gawat politiklah yang amat terasa dewasa ini. Sama ada demokrasi terus subur ataupun kembali ke zaman gelap seperti sebelumnya, sama-sama kita nantikan dengan penuh debaran.

Pohon Allah Azza wa Jalla membantu kita dalam meneruskan kehidupan yang semakin terhimpit dan tersepit. 

Suka atau tidak, kita terpaksa untuk berbicara soal politik semasa kerana parti politik dan ahli-ahlinya lah yang menentukan masa depan negara. Jangan kita menjadi sekular dengan mengatakan bahawa soal politik dan agama itu tidak boleh dicampur-adukkan. Sedangkan penghijrahan Rasulullah SAW ke kota suci Madinah merupakan suatu tindakan politik. 

Setuju atau tidak pernyataan aku di atas, terpulang. 

3 comments:

Anonymous said...

marn,,,

biar aral apa pun yang melintang...biar ribut apa pun yang membadai aku menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh tn.presiden.

kita jer yang depa tak bagi sembang politik...kita ja depa tak bagi kempen politik...yang depa dok guna segala media yang ada untuk mengukuhkan politik kotor n jijik depa...berkempen sepanjang tahun tabur fitnah pada PR...PR depa bagi seminggu jer masa utk berkempen...

mual n semakin meluat aku ngan taktik haprak puak2 umno ni...tak tau bila nak berakhir.

Anonymous said...

salam..

eleh setakat derhaka kat sultan ape ler sangat ...

Cuba ingat balik Si Amin Al-Maunah ... siap derhaka kat Agong lg . Lagi terror kan . Eh ! Amin tu kan ker oghang Perak ... hebat bebenor la oghang Perak ni ada darah keturunan Si Jebat kot ?

Dalam gambar tu ada dua bukit ajer .. cam ner boleh jd tiga bukit lak .

Adios SPEKI

Anonymous said...

salam..

eleh setakat derhaka kat sultan ape ler sangat ...

Cuba ingat balik Si Amin Al-Maunah ... siap derhaka kat Agong lg . Lagi terror kan . Eh ! Amin tu kan ker oghang Perak ... hebat bebenor la oghang Perak ni ada darah keturunan Si Jebat kot ?

Dalam gambar tu ada dua bukit ajer .. cam ner boleh jd tiga bukit lak .

Adios SPEKI