Pages

Solat Time

Thursday, February 12, 2009

Derhaka itu apa sebenarnya?

Assalamualaikum..

Takziah dan al-Fatihah buat Allahyarham YB Haji Roslan Shaharum, bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang (kawasan aku tu) yang telah pulang ke pangkuan Rabbul Jalil baru-baru ini.

Semoga Allah memcucuri rahmat ke atas mu, al-Faatihah.
 Allahyarham Hj Roslan Shaharum

Dalam keadaan gawat politik di negeri kebanyakan kita yakni negeri Perak, timbul pelbagai fitnah dan tohmah yang berleluasa di dalam masyarakat Islam terutamanya kaum Melayu. antaranya derhaka kepada sultan dan kerajaan haram (macam negara Israel la pulak) yang baru dilantik.

Apabila kita membaca dan mentafsirkan suasana serta polemik politik yang mengharukan ini mengikut kacamata dan perspektif berbeda sama ada penyokong kerajaan PR mahupun BN, sebaiknya kita jangan terlalu emosi dalam memperjuangkan apa jua fahaman dan tuntutan kita. Kerana Syaitan akan menyelit semasa kita marah dan leka, maka segala niat luhur dan ikhlas akan pupus jua setelah berjaya ditunggangi para Iblis dan Syaitan. 

Marilah kita sama-sama mentelusuri sejarah yang telah berlaku untuk panduan bersama. Semoga dengan bahan yang aku kongsikan bersama kalian dapat membantu kalian untuk lebih memahami apakah maksud derhaka mengikut persepsi dan tafsiran sahabat semua.

Selamat membaca...

Kisah 1:
Pada tahun 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa kepada Mohd Tajol Rosli (bekas MB Perak) telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua. Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan.
Allahyarham Ghazali Jawi

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar. Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

Kisah ini dipetik (tanpa izin) daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah.

Kisah 2:

Perang terbuka Dato' Anuar Musa (gambar di atas) terhadap Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim (taukey Petra Resources yang dapat banyak projek dengan Petronas) sebagai Sultan Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra yang tidak se'bulu' dengan beliau. 

Juga pernah berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob (bekas Menteri Besar Kelantan) yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta baginda turun daripada takhta. 

Justeru, apa kata sahabat-sahabat semua dalam hal ni?


10 comments:

Anonymous said...

dia ader klausa kecik fontnyer kat bwh tu mayb hang tak nampak kot yg mengatakan yang its ok kalu puak depa saja yg buat puak2 lain tak buleh.. kira2 tgk parti jugak la.. parti mana.. kalu ada bau2 islam sket teruih jatuh derhaka muahahahahah

Anonymous said...

Muahahahahah!! patut la aku tak perasan beb! kecik sangat sampai kenai pakai microscope. silap2 kena pakai nanoscope.

boleh kata 'lu suka?' tak?

Anonymous said...

yes mmg betoi kata max soprano...klausa kecik tu mmg ada pada setiap hukum n ketetapan yang dibuat oleh puak2 barua ni...hanya orang2 yang mahu berfikir jer yang nampak klausa ni...yang buta hati perut pakai teropong tgk anak bulan posa pun depa tak nampak.

dunia la ni mmg mcm ni...dabel stended yang kita alami kat mesia skrang bukan satu yang terpencil...aku berani kata semua kerajaan expesially negara umat islam mmg mengamalkan dabel standad haram nenek ni...geng2 bn ni ingat rakyat buta tak tau baca...depa nak rakyat berfikiran kelas pertama tp tindakan yang depa buat kt rakyat mcm mesia sebelom merdeka.

ayoh!!!kita buktikan di bkt ganteng nanti.

Anonymous said...

Semalam MB Haram turun ke Bkt Gantang, dgr citer die kene kutuk giler oleh masyarakat Bkt Gantang.

Sape2 ade kasut2 yg lama yg dah tak pakai, terutama yg bau mengancam, silalah bawa ke Bkt Gantang. Lori2 akan disediakan utk mbawa kasut2 itu utk kemudahan rakyat di Bkt Gantang nak lempor pade Osman Jaili dan Najib pada musim kempen nanti.

Abu Atief, hang jgn bimbang, aku tak kan tinggalkan bumi Bkt Gantang ini selagi PAS belum memenangi PRK ini.

Ghubin, nama dgr abg hang ada juga disebut utk mewakili PR dlm PRK ini. Kot mana pun sapa yg bertanding bagi PR aku tetap akan beri sokongan 200%

Ya Allah, jatuhkanlah parti haram opah ini daripada mengambil semula kerusi di Bkt Gantang.

Takbiiiiir!!!!!

Anonymous said...

hurmm... hear i not from my brother (yoda style). sapa cdg nama abg aku abu husni oi? aku rasa berat tak bertanding sbb pas tepen tak suka kt abg aku especially geng syiah celup.

lagipun, ada org lain yang lebih berkaliber such as anak arwah haji ahmad sg petai power2 beb! amik contoh si derih tuh. sapa tak kenai derih? derih ni yang lawan dengan mukhriz di jerlun dulu.

Org Bkt Gantang pun power2! Ramai tokoh. Abg aku tu otak bisnes sket. Politik2 ni rasanya lambat lagi dia nak join secara serius. mungkin tengah dok kumpui dana la kot.

Tapi taktau la kot. Mengkala jumhur mau, aku rasa dia tak tolak la kot. Tadi aku call dia, tak pulak dia bunyi nak masuk bertanding ka hapa ka.

Mengkala dia masuk bertandin', sure aku balik berkubu dan susun strategi dengan izin Allah. Tak kisah la sapa pun yang masuk bertandin', as long as lawan BN, aku tetap sokong.

Anonymous said...

Aku dengaq sembang2 org sini je, pasai depa kata dia ada klinik dan pada pandangan depa tentu dia mempunyai pengaruh yang kuat.

Tapi aku ghasa mungkin Us.Derih jadi calon kita. Kot mana pun kita beri sokongan kpd calon kita nanti.

AllahuAkbar!!!

Anonymous said...

Salam ...

Info dr SPR mengenai Election di kedua-dua bukit tu. Penamaan calon pd 29 Mac 2009 , hari ngundi pada 7 April 2009 . Aku tertanya-tanya le ... ngape tempoh yg agak lama diperlukan oleh SPR utk penamaan calon dan pengudian ?

Jadi dibawah ni adalah Hipotesis aku ler ....
(1) Adakah kerana memberi laluan kepada puak-puan UMNO utk melancar General Election parti mereka pd bulan Mac tu nanti .
(2) Ya laaa tak kan nak berkejor-kejor dari PWTC ke kedua-dua bukit tu .
(3) Duit kena pakai banyak GE mereka kena suap juak2 yg ada , Pengundi Bukit gantang kena bagi , Pengundi Bukit Selambau kena bagi
(4) Mungkin Najib tak jadi PM lepas GE UMNO sebab puak UMNO lebih cayakan Pak Lah, so dia tak lg jd Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perak, oleh tu kena la ubah strategi lain .
(5)Bagi aku kat Perak ni tak de calon BN yg sesuai untuk diletakkan di BG , so depa kena tggu sape calon PAS baru boleh letak calon . Ini pengajaran dari election KT kerana depa letak terlalu awal calon hgga boleh di cantas . Tak Gitu Abu Atief oiii

Apa-apa pun ... semua kena pasti PR menang

ADIOS ...SPEKI

Anonymous said...

p/raya di kedua2 bukit tu mmg perancangan bn haram jadah utk buat lewat slps perhimpunan umno...depa ingat baguih la kalau buat lepas perhimpunan umno tapi depa tak tau...masa perhimpuanan nanti depa akan bergaduh sakan...masalah rasuahnya...masalah puteri n wanitanya...masalah najib altantuyanya...masalah pak lah tak nak letak pm nya....perghhhhh!!!kita akan sama2 saksikan parti pengkhianat bangsa ni bergaduh sesama sendiri...kompom depa tak leh dapat bkt gantang n selambau...orang2 bkt gantang jgn risau...selagi ada abu husni kat sana umno gigit jari kaki bercekam jer la.

Anonymous said...

Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini.

Hangpa tengok betapa kecutnye teloq2 depa utk berhadapan dengan PK sehingga terpaksa menggunakan istana utk mendapat sokongan rakyat pada parti HARAM JADDAH, kononnya nak junjung setia pada tuanku, cit... pooorahh.

Pada hal depa lagi teruk derhaka pada raja2 kita contohnya:

"Kami nak derih, natang" dan episod anuar musa nak gulingkan sultan kelantan.

Almaklumlah PR kan lebih derhaka dari mamat2 yg sanggup kata sultan deme ni Natang haha!

ada ke mee layu yang nak pegi perhimpunan ni.. heheee...

atau kena import mat indon... bangla... nepal sebab nak meramaikan majlis ni... hehehee...

Aku harap jgnlah ada di kalangan shbat2 aku yang masih lagi sokong parti laknak ni.

Kembalilah kpd perjuangan Islam.
Tinggallah parti yang memperjuangkan 'Asobiyyah' (nasionalisme)yang nabi s.a.w tak mengaku ummat.

TAKBIIIIR!

Anonymous said...

Dirasakan kerajaan haram perak tidak cukup kuasa utk mentadbir maka pak lah pula nak jumpa sultan utk mendapatkan taring yg lebih pjg menguasai negeri perak.Apa ler pulak yg nak disogokan.

'Al-Halalul bayyin wal haramul bayyin'
ertinya:Yg halal itu jelas dan yang haram itu jelas. (Matan Arbain- Imam Nawawi)

Kalau nak kata PR derhaka kat sultan isu yang hangat sekarang ni...amNO dah lama menelanjangi institusi di Raja di era cet det lagi...membuang imuniti di raja yang mana boleh mengheret raja ke mahkamah.

amNOlah yang memaki sultan dengan isu 'natang' nya...siapa yang menghalalkan semua tu?