Pages

Solat Time

Friday, February 27, 2009

Ahli baru dan tol

Assalamualaikum..

Buat sahabat semua, dalam kegawatan ekonomi dunia dan politik tanahair yang sedang melanda, khabar gembira aku titipkan bersama posting yang ringkas ini sementara nak pi solat Jumaat. Kawan kita si Ahmad Suzaini sudah naik pangkat jadi tok Sarjan calit tiga (bukan tiga line).

Cahayamata yang diberi nama Nellia Natasya Americana We Do Boycoot You (yang betuinya Nellia apantah.. aku lupa). Diputerikan pada pukul 9.00 pagi semalam di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Melalui kaedah Caesarian yakni pembedahan. Alhamdulillah, kedua ibu dan anak sihat walafiat. Doakan kebahagiaan mereka sekeluarga dan dirahmati Allah SWT. 

Dan nak sampuk sikit berkenaan berita hari ni perihal 5 tol yang telah dipersetujui oleh Kabinet akan dinaikkan harganya bermula 1 Mac depan. Kononnya nak selamatkan beberapa syarikat konsesi daripada menanggung kerugian. Kalau tidak dinaikkan, kerajaan terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM277Juta yang mana RM177Juta kepada PLUS, RM38Juta kepada Sprint dan RM30juta kepada AKLEH. Punya banyak duit yang akan di'sedekah'kan kepada konglomerat yang kaya-raya hasil rompakan ke atas rakyat. Takpa, nanti pilihanraya, suruh la tokey-tokey syarikat konsesi tol tu pangkah depa dan biar kita tengok sapa yang menang, rakyat yang dok bayar tol tu ataupun tetokey syarikat-syarikat konsesi tu.

Carta aliran trafik AKLEH

Dalam keadaan ramai yang hilang mata pencarian dan tiada peluang pekerjaan, celah tu juga syarikat-syarikat ni tiada hati perut dengan menaikkan kadar tol sehingga 0.68 sen bagi setiap kilometer untuk PLUS, dan anggaran 10sen-50sen setiap kilometer bagi beberapa lebuhraya sekitar Kuala Lumpur. Menteri JKR berkata, kira oklah dinaikkan sedikit sebab PLUS dah bagi diskaun buat pengguna yang guna PLUS dari jam 12 tghmalam - 7 pagi (ni masa orang paling sikit guna lebuhraya). Cerdik sungguhla tok menteri kita. Cerdik tahap tak boleh nak tumpang. Patutnya bagilah diskaun masa hujung minggu sebab banyak pengguna lebuhraya. PLUS takkan rugi sebab kuantiti kenderaan akan bertambah. 

Apa-apa pun, selamat berboikot barangan USA dan kalau berkemampuan, boikotlah juga barangan dan perkhidmatan kroni dan proksi syarikat yang mengaut keuntungan di atas kesengsaraan dan kesusahan rakyat Malaysia.

5 comments:

Anonymous said...

Nasib baik aku banyak pakai motor daripada naik kereta. Tapi tak boleh nak penting diri sendiri. Kesian jugak pada orang yang terpaksa bayar tol mahal.

Memang limau purut tiga serangkai..

Anonymous said...

nilah lakonan umno bn...sehari selepas menteri tol bagi tau tol akan naik,pak lah yang baik hati mintak tol tidak dinaikkan agar tidak membebankan rakyat...

macam barua pun ada lakonan depa ni...awat...pak lah tak tau ka menteri tu nak declare tol nak naik tu..bodoh sgt ka rakyat malaysia dipandangan mata pemimpin umno sehingga boleh digula2kan benda camni...

abu husni...member aku bagi tau hang baca doa bukan main lagi siap jek yb nazri lebih2 nampak...nazri tu bukan exco kan...dia tu yb bn yang tak berapa ganas..umno tak suka dia..dia bekas orang anuar.

Anonymous said...

muahahahaha.. aku gelak ja beb.. brengsek lho abu atief.

Anonymous said...

Lepas mangkok hayon tu rasmi mesyuarat PIBG dia salam dgn semua hadirin, bila sampai kat aku tiba2 dia peluk aku. Sial betul la....
mungkin dia nak aku tarik balik doa aku tu supaya hancurtkan musuh agama Allah.

Hari tu kami guru2 lelaki dah pakat pakai batik hijau. Teloq dia pun kecut jugak aku rasa. Dia tak sentuh apa pun berkaitan dgn politik semasa.

Anonymous said...

Muahahahaha!! doa bagi terbukak hati dia untuk turut serta dalam perjuangan Islam beb. InsyaAllah, kerja Islam akan jadi mudah beb.