Pages

Solat Time

Thursday, January 31, 2008

Pak Ali bukan tamak tapi bingai..

kapak perak Pak Ali

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "Ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Moral cerita: Jangan terus mengecam atau mengutuk mahupun 'cas' orang. Selidik dahulu. Kalau ada kesempatan tengok la cerita Iran yang bertajuk:
The Hidden Half (Nimeh-Ye Penhan) - arahan Tahmineh Milani. The story is more to feminist but it's a lovely story to share with.

Friday, January 25, 2008

Cahayamata

gambar hiasan

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan dirahmati Allah selalu buat kita semua, amin. Pemberitahuan buat semua warga K87, dengan ini adalah secara rasminya, En. Saiful Yusrin selamat bergelar bapa. Putera yang belum diberikan nama telah selamat dilahirkan melalui kaedah 'caesarian' @ pembedahan pada pukul 1.45 pagi pada hari Rabu 23hb yang lalu. Moga Allah Taala merahmatinya dan keluarganya selalu. Dilimpahkan rezeki yang banyak dan diberikan kekayaan di dunia dan di akhirat.

Dan seperti posting yang sebelum ni, diharap semuanya paham dan maklum akan segala maklumat dan tentatif program yang telah dirangkakan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar kita sama-sama dapat meluangkan masa untuk duduk di dalam satu majlis supaya dapat kita bincangkan apa jua pelan tindakan seterusnya.

Sudah banyak masa berlalu, tapi sehingga kini masih tiada apa jua tindakan yang serius untuk membawa Komuniti ini ke satu langkah yang lebih positif. Semoga dengan adanya majlis perjumpaan tu nanti, akhirnya dapat membuahkan hasil yang positif untuk kesemua kita.

Ya Allah! Satukanlah hati-hati kami ini.

Friday, January 18, 2008

Maka...

Assalamualaikum..

Minta maaf kepada semua warga K87 sebab dah lama tak letak posting baru. Aku agak sibuk dengan urusan dunia. Walau apa pun jua yang sudah, sedang dan akan berlaku, aku akan terus untuk memberikan komitmen yang jitu kepada perkembangan blog kita ini.

Baru-baru ni aku ke Ipoh dan terima kasih buat kawan-kawan di Ipoh yang sudi meluangkan masa melepak dengan aku. Buat kawan-kawan yang lain tak sempat aku ziarah, minta maaf sekali lagi sebab masa amat mencemburui aku.

Perihal perjumpaan kali ke2 yang bakal diadakan di Pangkor, terdapat beberapa maklumat terkini:
  1. Tarikh: 14 & 15 Mac bersamaan Jumaat & Sabtu 2008.
  2. Tempat: Pangkor Rimba Camp, Teluk Nipah, Pangkor.
  3. Harga: RM 170.00 buat mereka yang bekeluarga. dan RM90 untuk mereka yang bujang ataupun yang sudah berkahwin tapi datang 'solo'.
Tentatif program adalah seperti berikut:

Hari Pertama (14 Mac)
  • 12.30-2.00 ptg: Check-in bilik@chalet memasing.
  • 2.00-4.30 ptg: Berehat melepaskan penat.
  • 4.30-5.45ptg: Solat, minum petang dan Penyediaan bahan mentah untuk acara 'Santapan Agung di Tepian Pantai Kala Malam Bulan Mengambang' bagi kaum Hawa. Manakala untuk kaum Adam, pergi memukat sambil bermain buih di gigi air.
  • 6.00-6.45ptg: Bersantai bersama keluarga di dalam/di tepi/di atas laut (mengikut kesesuaian). Masa bersuka-ria dengan anak-anak, bini(-bini) dan kengkawan.
  • 6.50ptg-7.45mlm: Solat Maghrib-Isyak berjamaah.
  • 8.00-10.00mlm: Makan malam.
  • 10.30mlm: Sesi ramah-mesra dan cabutan bertuah.
  • 11.00mlm: Boleh la nak pulang ke bilik@chalet memasing.
  • 12.30pagi: Meeting tak rasmi.
Hari kedua (15 Mac):
  • 5.00-600pagi: Solat Subuh berjamaah dan kuliah pagi.
  • 6.30-7.15pagi: Senamrobik.
  • 7.30-9.00pagi: Sarapan dan mandi laut. Sambil mendengar taklimat tentang keselamatan di dalam air.
  • 9.30-11.45pagi: Fun time (nak membeli-belah ka, round island ka,dsbgnya).
  • 12.00tghari: Check-out dan bersurai.
Kalau ada apa-apa pertambahan, perubahan, bangkangan, sokongan ataupun cadangan, sila berikan komen anda di ruangan yang disediakan.

Terima kasih.


Thursday, January 3, 2008

Selamat, selamat dan selamat..

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru Gregori 2008, Selamat Berazam Baru, Selamat Bertugas buat Guru-guru dan Selamat Belajar buat Murid-murid.

Ucapan selamat khas buat mereka yang berazam untuk membuka tirai 2008 dengan azam dan semangat untuk memajukan diri. Aku pun tumpang gembira dengan keadaan K87 kita yang semakin meriah dan rancak. Alhamdulillah, Allah Taala jua yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kerana Dialah yang memberi ruang dan peluang untuk kita terus bersama-sama memblog.

Masuk hari ni, baru dua hari aku berasa sihat sebab aku baru sembuh demam & serangan asma. Mat Jeni masih lagi ditahan di hospital kerana kena jangkitan virus di kaki (kaki bengkak). Doa2kan semoga dia cepat sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital secepat mungkin.

Semalam aku, Saiful Asri, sepupu Asri dan Jamil pergi melawat Mat Jeni di Hospital Ampang Puteri pukul 11.45malam. Bawak Mat lari pi makan kat kedai nasi kandar Pelita di seberang jalan. Seleranya tetap macam biasa. Sebab yang sakitnya kaki, bukan perut mahupun mulut.

Apa jua episod yang telah kita lalui semasa 2007, kiranya baik, jadikan ingatan, dan jikalau tak baik, jadikan sempadan. Tahun 2007 kita tinggalkan dengan penuh emosi dan kenangan. Moga 2008 menjadi tahun di antara tahun-tahun terbaik dalam hidup kita, insyaAllah.

Hasil mesyuarat tanggal 28 Disember lalu bagi membincangkan reunion ke-2 nanti yang telah diputuskan sebulat suara seperti berikut:
  1. Tarikh : 13 & 14 Mac 2008 bersamaan hari Khamis dan Jumaat.
  2. Tempat: Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
  3. Harga: (belum diputuskan).
  4. Makanan: Untuk jamuan makan malam, kita putuskan akan diadakan gotong-royong. Manakala untuk minum petang hari tiba dan sarapan pagi hari kedua; kita minta tuan chalet sediakan. Tapi kalau cik GBorg atau sesiapa saja yang ada cadangan yang lebih bernas, sila suarakan.
Untuk mereka yang dari KL dan Lembah Klang yang ingin berkonvoi pada pagi 13 Mac tu nanti, bolehlah bertemu di Hentian Sebelah Rawang dari pukul 7.30 - 8pagi.

Aku stop kat sini dulu, nanti ada apa-apa info, aku sambung lain.

Wassalam.